Prestasi Terkini Rooney Menutup Mulut Pengkritik

Pada penghujung musim lalu para pengkritik dan peminat sangat yakin bahawa mereka telah menyaksikan pengakhiran kerjaya Wayne Rooney di tahap tertinggi selepas mengalami kemerosotan teruk sejak 2 musim yang lalu.

Selama 12 tahun Wayne Rooney menghabiskan masa bersama Manchester United dan telah menjaringkan 253 sekaligus menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman mengatasi rekod yang dipegang oleh Sir Bobby Charlton.

Bekas pemain Syaitan Merah, Teddy Sheringham pada bulan Mei yang lalu pernah menyatakan bahawa prestasi Rooney bukan lagi berada di puncak dan tidak juga berada di pertengahan tetapi telah terjunam jatuh ke bawah. Kejam sungguh kata-kata ini.

Sheringham juga menganggap kerjaya Rooney sudah tamat dan memalukan.

“Ke mana arah tuju Rooney aku tak tahu, mungkin beliau ke China untuk beberapa tahun.. Beliau hanya berusia 31 tahun dan ini sangat memalukan.” Ujar Teddy mengutuk Rooney.

Kerjaya gemilang bersama Manchester United

“Rooney bermula pada umur 16 tahun dan mempunyai karier yang hebat, tapi aku fikir Rooney harus pergi dan menikmati bola sepak.”

Selepas 6 bulan meninggalkan Manchester United, Rooney telah membuktikan bahawa mereka semua itu dan poyo. Bersama kelab semasa awal kariernya, Everton kembali menemui sentuhannya dan agak padu dengan usianya sekarang jika dibandingkan dengan prestasi musim lalu.

Wayne Rooney kini berkongsi kedudukan di tangga ke-4 bersama Sergio Aguero dan Romelu Lukaku dalam senarai penjaring dengan 10 jaringan dalam 16 perlawanan pertama. Ketinggalan hanya 2 gol di belakang Harry Kane dan satu gol di belakang Sterling.

Nak kejar Salah? Jangan harap!

Jumlah jaringan yang sememangnya menggiurkan bagi pemain yang melalui perpindahan secara percuma seperti Rooney apabila berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan pemain yang berharga £75 juta seperti Lukaku dan lebih satu jaringan berbanding Alvaro Morata yang berharga £60 juta.

Everton memberi peluang bermain untuk Rooney.

Rooney juga membuktikan bahawa beliau masih bernafsu dan tidak perlu ubat kuat untuk bertahan sehingga subuh baru cabut.

Musim lalu Rooney hanya memainkan peranan kecil di United. Hampir separuh 25 penampilannya musim lalu bermula dari bangku simpanan serta 6 perlawanan sahaja Rooney bermain sehingga tamat perlawanan 90 minit.

Musim ini bersama Everton, 6 perlawanan sahaja lagi diperlukan Rooney untuk menyamai masa bermainnya selama 2,347 minit ketika bermasa United musim lepas dan musim ini masih berbaki 5 bulan.

Bulan lalu Rooney telah menjaringkan hatrik pertamanya bersama Everton ketika menentang pasukan hebat, West Ham United. Salah satu jaringan hatriknya telah telah dianugerahkan trofi Premier League goal of the month bagi bulan November.

Setakat artikel ini ditaip menggunakan papan kekunci Microsoft, Rooney telah menjaringkan 6 gol dalam 5 perlawanan terakhir. Pada suia 32 tahun kini Rooney membuktikan beliau masih memberikan yang terbaik.

Prestasi Rooney setakat pertengahan musim ini juga lebih baik berbanding dua musim terakhirnya bersama Manchester United di mana pada musim 2016/2017 5 gol dan musim 2015/16 8 gol dijaringkan Rooeny di Premier League.

Rahsianya adalah, Rooney kini diberi masa bermain yang mencukupi bersama Everton.

BACA:  Rooney Percaya Manchester United Akan Kembali Ke Puncak Dalam Tempoh 2 atau 3 Tahun Lagi