Paris Saint Germain dilaporkan sudah menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 orang pemain yang mahu dilepaskan pada musim panas ini, dalam usaha mereka untuk menandatangani Lionel Messi.
PSG mahu menjual atau setidak-tidaknya meminjamkan para pemain yang berada dalam senarai mereka, sebelum jendela perpindahan ditutup.
Selepas tularnya berita yang mengatakan bahawa Messi akan meninggalkan Barca, gergasi Perancis itu terus memulakan langkah untuk mendapatkan Lionel Messi.
PSG transfer window this season:
1. Lionel Messi for free
2. Sergio Ramos for free
3. Donnarumma for free
4. Wijnaldum for free
5. Achraf Hakimi for 70 Million
This is genuinely the best transfer window in football history. pic.twitter.com/gVkUvc9sIH— Mian Hammad (@MianHammad007) August 9, 2021
Kini mereka dilaporkan sudah hampir untuk melengkapkan perpindahan sensasi melibatkan pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu.
Messi juga berkemungkinan akan memakai jersi bernombor 19 di Paris, dengan beliau dijangka akan menandatangani perjanjian selama dua tahun dan tambahan setahun jika mahu dilanjutkan.
Menurut sumber laporan dari The Athletic, beliau akan menerima £21 juta sebagai bonus penandatanganan dan akan turut menerima nilai yang sama setiap tahun jika beliau masih bersama PSG.
Gergasi Ligue 1 itu sememangnya berkemampuan dari segi kewangan untuk melakukan hal tersebut, dan mereka tentunya sangat berharap agar kelab akan bina keuntungan berganda dari pengiklanan dan penjualan jersi selepas menandatangani Messi.
PSG fans are already gathering outside the Parc des Princes and Le Bourget airport in Paris in anticipation of Messi's arrival 📸 pic.twitter.com/YiU0OU20it
— B/R Football (@brfootball) August 9, 2021
Walau bagaimanapun, pihak kelab ketika ini perlu untuk menstrukturkan semula kadar pembayaran gaji para pemain mereka.
Oleh yang demikian, PSG dilaporkan sudah menyenaraikan hampir 10 pemain dari skuad utama mereka, untuk dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.
PSG sangat terbuka untuk melepaskan pemain seperti Abdou Diallo, Thilo Kehrer, Idrissa Gueye dan Rafinha, dan mereka turut mahu melepaskan Mauro Icardi dan Ander Herrera walau kedua-dua pemain itu bertekad untuk kekal bersama kelab.
Breaking: Lionel Messi has agreed in principle to a 2-year deal with PSG and will travel to Paris today for a physical, sources tell ESPN.
The deal includes an option for a third year, and will be announced at the Eiffel Tower in the coming days, according to ESPN sources. pic.twitter.com/9qnI0VFje8
— SportsCenter (@SportsCenter) August 8, 2021
Walau bagaimanapun, masih terdapat keraguan berkait masa depan Kylian Mbappe, dengan kontraknya bersama kelab akan berakhir tahun hadapan.
Pihak kelab sangat berharap dengan penandatanganan Messi ini nanti, Kylian Mbappe akan lebih yakin untuk terus kekal dan mahu segera menandatangani lanjutan kontrak.
Seandainya PSG berjaya menandatangani Messi pada musim panas ini, mereka secara tidak langsung telah mencipta sejarah baru dalam jendela perpindahan pemain.
PSG pada musim panas ini sahaja, mereka telah berjaya mendapatkan tiga pemain berprofil tinggi secara percuma dan turut membawa masuk prospek masa hadapan yang sungguh menakjubkan.
Neymar 🔟
Messi 1️⃣9️⃣
Mbappe 7️⃣How many goals does this trio score in all competitions for PSG this season? 🇫🇷 pic.twitter.com/j7M43PuZ8R
— Goal (@goal) August 7, 2021
Pihak kelab sebelum ini sudah berjaya menandatangani Sergio Ramos, Gini Wijnaldum dan Gianluigi Donnarumma, menerusi perjanjian perpindahan secara percuma, dengan ketiga-tiga pemain berstatus free ejen sebelum ini.
Mereka turut menandatangani Achraf Hakimi dari Inter Milan dengan yuran perpindahan bernilai £54 juta dan turut membayar Porto £14 juta untuk melengkapkan perjanjian pinjaman Danilo Pereira menjadi perjanjian tetap.
Messi sementara itu turut mengakui yang beliau ada bertemu dengan para pemain PSG ketika sedang menikmati percutiannya di Ibiza selepas kejayaannya membantu Argentina memenangi Copa America.
Leo Messi: “The pic with Paris Saint-Germain was a coincidence, completely. I was there with my friends, we decided to take a photo… they told me: ‘Come to Paris!’ but it was just a joke, we were on holiday”. 🔴🇫🇷 #PSG #Messi pic.twitter.com/aKuh0LXQEd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2021
“Saya bertemu mereka di Ibiza, kami bertemu selama satu hari, kami berkumpul, kami semua kawan.”
Jelas Messi.
“Saya pergi untuk bertemu Paredes dan Di Maria. Ney hubungi saya dan kata, ‘kamu mahu jumpa saya?”
“Kami muat naik gambar bersama pada ketika itu kerana kami sedang menikmati percutian bersama, mereka asyik cakap pada saya, ‘mari ke Paris, mari ke Paris.”
“Tapi itu semua sekadar bergurau, itu saja.”
Sementara itu, dalam pada Paris Saint Germain sedang berusaha bermati-matian untuk melepaskan pemain utama dalam usaha mereka untuk menandatangani Lionel Messi, Barca pula sedang berusaha untuk menggagalkan usaha PSG.
Messi’s arrival in Paris has not been planned yet. ‘Patience’. No presentation scheduled on Tuesday by PSG as of now. 🔴 #Messi
PSG optimistic and waiting for Leo – some details to be discussed with laywers in the next hours. Messi will be in Paris once contract will be agreed.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 9, 2021
Peguam Barcelona dengan sedaya upaya mereka sedang berusaha untuk menggagalkan usaha Paris Saint Germain untuk menandatangani Lionel Messi.
Pelbagai usaha dan helah yang terpaksa digunakan oleh pihak peguam Barcelona untuk memastikan Paris Saint Germain tidak akan berjaya untuk menandatangani legenda Nou Camp itu.
A group of lawyers representing Barcelona’s members filed a complaint to the European Commission in an attempt to block PSG from signing Lionel Messi 🇦🇷 pic.twitter.com/M1GjKACq6n
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 9, 2021
Gergasi Catalan itu telah menuduh PSG tidak boleh menandatangani Messi memandangkan kedudukan ekonomi kelab mereka juga sangat teruk pada ketika ini.
Peguam Barcelona telah mengemukakan aduan kepada mahkamah rayuan Eropah, supaya menghalang PSG dari menandatangani Messi kerana masalah kedudukan ekonomi mereka yang bermasalah.
Juan Branco memuat naik status di laman media sosial untuk menggariskan aduan yang telah mereka lakukan terhadap PSG.
En nombre de socios del FC Barcelona, mi bufete ha preparado una queja ante la Commission Europea y demandas de suspension provisional ante justicia civil y administrativa en Francia para impedir que el Paris-Saint Germain firme a Lionel Messi. pic.twitter.com/Gksj8qYYvu
— Juan Branco ✊ (@anatolium) August 8, 2021
“Bagi pihak rakan kongsi FC Barcelona, firma saya telah membuat aduan dengan Suruhanjaya Eropah dan menuntut penangguhan sementara di mahkamah sivil dan pentadbiran di Perancis untuk mencegah Paris-Saint Germain dari menandatangani Lionel Messi,”
Tulis Juan Branco di laman media sosial miliknya.
“Nisbah PSG dari segi ‘Financial Fair Play’ adalah jauh lebih teruk berbanding FC Barcelona.”
“Pada musim 2019/20, struktur gaji PSG dan pendapatan mereka adalah nisbah 99%, sementara Barcelona pula hanya 54%. Perbezaan yang sangat ketara.”
Barcelona’s lawyers will attempt to block Lionel Messi’s move to PSG. (Source: Daily Mail) pic.twitter.com/mfSnOFbU1J
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 9, 2021
Mampukah peguam Barcelona menghalang PSG dari menandatangani Lionel Messi? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SB