Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar menjadi pasukan pertama mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia selepas tewas kepada Senegal 3-1 hanya selepas dua perlawanan peringkat kumpulan.
Keputusan seri antara Belanda dan juga Ecuador telah mengesahkan kegagalan Qatar ini ditempat sendiri.
Nak cakap Qatar balik awal pun macam tak kena pulak kan? Dah memang kat rumah sendiri.
Host nation Qatar are the FIRST team to get eliminated from the 2022 World Cup! πΆπ¦ pic.twitter.com/vCWK1a3vfi
β ESPN FC (@ESPNFC) November 25, 2022
Sebelum ini sejarah telah tercipta apabila Qatar menjadi negara tuan rumah pertama yang tewas dalam pembukaan Piala Dunia dalam sejarah 92 tahun kejohanan itu.
Qatar mencipta rekod lagi apabila menjadi tuan rumah petama yang tewas dua perlawanan peringkat kumpulan di satu edisi Piala Dunia.
Qatar are the first host nation to lose multiple group stage games in a single World Cup π³ pic.twitter.com/DGCiRobl7s
β ESPN FC (@ESPNFC) November 25, 2022
Qatar tewas kepada Ecuador 2-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan di kumpulan A selepas majlis pembukaan yang gilang-gemilang namun kehangatan majlis pembukaan tidak seiring dengan persembahan Qatar.
Dengan jaringan daripada Boulaye Dia dan Famara Diedhiou telah meletakkan Senegal dalam kawalan, Qatar mempunyai harapan apabila Mohammed Muntari menjaringkan gol Piala Dunia pertama mereka.
Bagaimanapun, ia masih terlalu sedikit cukup tuan rumah, dengan pemain gantian Bamba Dieng melengkapkan kemenangan Senegal enam minit sebelum tamat permainan.
Qatar become the first hosts in the history of the World Cup to be knocked out after just two matches π¬ pic.twitter.com/4uycEl5aUj
β B/R Football (@brfootball) November 25, 2022
Selepas permulaan cerah dari Senegal, penyokong Qatar yang rancak berkumpul di belakang gol Edouard Mendy berang pada minit ke-34, apabila Akram Afif dikasari oleh Ismaila Sarr, tetapi pengadil Antonio Mateu Lahoz menolak rayuan penalti yang kelihatan sah.
Qatar terpaksa membayar untuk kesilapan Boualem Khoukhi, yang telah memberi bola kepada Boulaye Dia, yang tidak melakukan kesilapan dengan penyudah yang tenang.
Harapan Piala Dunia Qatar disentap lagi tiga minit selepas separuh masa kedua apabila Famara Diedhiou menjaringkan gol hasil dari sepakan sudut Ismail Jakobs.
269 β #Senegal πΈπ³ have ended a run of 269 minutes without scoring at the #WorldCup, their longest scoring drought since 124 minutes from June 16, 2002 to June 19, 2018. Lions.#FIFAWorldCup #FIFAWorldCup2022 pic.twitter.com/VTlndy8LHf
β OptaJose (@OptaJose) November 25, 2022
Senegal perlu mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol mereka, Edouard Mendy atas dua aksi menyelamat cemerlang ketika Qatar mencari gol untuk bangkit, penjaga gol Chelsea itu menafikan dengan bijak percubaan Almoez Ali dan Ismaeel Mohammad.
Tandukan padu Mohammed Muntari empat minit selepas masuk dari bangku simpanan memberi sinar dihujung senja buat Qatar untuk terus hidup disaingan Piala Dunia.
Gol Mohammed Muntari merupakan gol pertama Qatar pernah jaringkan dalam Piala Dunia.
Mohammed Muntari scores Qatar's first ever World Cup goal πΆπ¦ pic.twitter.com/Vewyprc6w7
β GOAL (@goal) November 25, 2022
Ketika sinar dihujung senja itu tiba tanpa disangka awan hitam menjelma yang terus menghancur dan meranapkan harapan serta impian Qatar.
Gol Bamba Dieng pada minit ke-84 terus membunuh perlawanan untuk memberi Senegal tiga mata berharga.
Senegal telah menamatkan kemarau 269 minit tanpa menjaringkan gol di Piala Dunia, kemarau jaringan terpanjang mereka sejak 124 minit dari 16 Jun 2002 hingga 19 Jun 2018.
Kemarau gol ini ditamatkan Senegal bukan dengan satu gol tetapi tiga dan menghantar tuan rumah yang sememangnya berada di rumah pulang ke rumah selepas Belanda dan Ecuador seri.
Qatar menjadi tuan rumah pertama dalam sejarah Piala Dunia tersingkir hanya selepas dua perlawanan.
Qatar: Barsham, Pedro Miguel, Mohammad, Khoukhi, Abdelkarim Hassan, Ahmed, Al-Haydos, Boudiaf, Madibo, Ali, Afif
Senegal: Edouard Mendy, Sabaly, Koulibaly, Jakobs, Diallo, Idrissa Gueye, Nampalys Mendy, Diatta, Diedhiou, Ismaila Sarr, Dia.