Ramalan Keputusan Barclay Premier League – Matchday 1

EPL is back!

Musim bola eropah kini kembali memeriahkan senario bola sepak di kalangan peminat bola sepak di Malaysia, di samping tidak melupakan liga tempatan.

Jadi untuk menambah perisa kemeriahan ini, Daily Sukan membuat beberapa ramalan untuk perlawanan yang bakal berlangsung.

Manchester United VS Tottenham Hotspur

United dijangka akan membariskan tiga dari pemain barunya, Darmian, Depay dan Schneiderlin. Kemungkinan besar LVG akan menggunakan taktikal 4-3-3 dengan Schneiderlin dan Carrick akan bermain sebagai holding midfielder dan Mata akan bertindak sebagai playmaker. Masalah United ialah di bahagian penjaga gol apabila De Gea dikatakan belum bersedia untuk diturunkan dan Romero harus membuktikan bahawa dia adalah pilihan tepat.

Harry Kane, Eriksen, Chadli. Tiga pemain utama di bahagian serangan yang bakal menjadi duri dalam daging United. Vertoghen dan Alderweireld dijangka tiada masalah untuk bermain bersama di bahagian pertahanan. Bagaimanapun, pemain Spurs mungkin akan sedikit keletihan akibat perlawanan Audi Cup di pertengahan minggu ini.

United bakal menunjukkan peratus penguasaan bola yang tinggi di samping Kane dan rakan-rakan kerap menguji benteng United. Man Utd 3-1 Spurs.

Chelsea vs Swansea City

SWANSEA, WALES – JANUARY 23: Oscar of Chelsea controls the ball from Wayne Routledge of Swansea City during the Capital One Cup Semi-Final Second Leg match between Swansea City and Chelsea at Liberty Stadium on January 23, 2013 in Swansea, Wales. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Dua pemain baru yang lebih kepada simpanan, Begovic dan Falcao, dibawa masuk bagi menggantikan Drogba dan Cech. Kelebihan the Blues ialah mereka mempunyai jurulatih yang tahu menggunakan pemain dan mengatur taktikal bersesuaian dengan perlawanan. Kesemua pemain, kecuali Costa, disahkan cergas dan jangkakan Hazard, Oscar dan Fabregas membantu Remy untuk merobek benteng ‘The Swans’.

Swansea pastinya mahu mengulangi permulaan musim lalu apabila mengejutkan Manchester United di gelanggang lawan.  Jangkan Gary Monk akan bermain seperti corak digunakan Arsenal pada Community Shield minggu lalu. Ashley Williams bakal mengetuai barisan pertahanan bagi mengekang Chelsea dan serangan balas pasti diketuai Sigurdsson.

Tiga mata sukar buat anak buah Mourinho Mourinho di Stamford Bridge. Chelsea 2-1 Swansea.

Arsenal VS West Ham

LONDON, ENGLAND – JANUARY 23: Ricardo Vaz Te of West Ham Uniteddivews to make clearance during the Barclays Premier League match between Arsenal and West Ham United at Emirates Stadium on January 23, 2013 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Gunners masih lagi dibuai kememangan ke atas Chelsea dalam Community Shield minggu lalu, dan kesemua pemain dilihat bersedia untuk memberikam cabaran serius pada musim baru ini. Cech dijangka tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan gawang dari dibolosi sambil dibantu Koncielny dan Mertesacker. Walcott pastinya akan bermula sebagai penyerang, di samping Oxlaide-Chamberlain, Ramsey dan Cazorla di belakangnya. Coquelin dijangka tiada masalah sebagai holding midfielder.

West Ham baru sahaja mempamerkan prestasi mengecewakan apabila ditunjukkan jalan keluar dari liga Europa oleh kelab Romania, Astra Giurgiu. Kedukaan penyokong Thr Hammers sedikit terubat apabila pengurus barunya, Slaven Bilic berjanji akan menumpukan perhatian ke arah liga. Sakho, Nene dan Payet bakal mengetuai barisan serangan dengan Tomkins dan Collins di benteng pertahanan.

Sukar untuk melihat West Ham membuat kejutan di Emirates. Arsenal 3-0 West Ham.

Stoke VS Liverpool

Masih segar di ingatan penyokong kedua-dua pasukam peristiwa 6-1 musim lalu. Stoke musim ini diperkuat oleh Afellay, Shay Given, Glenn Johnson dan Joselu – 4 pemain yang mempunyai pengalaman luas dan berkebolehan tinggi. Dengan kemasukan Afellay, Stoke bakal mempunyai pemain serangan yang laju dan berkebolehan menggelecek bersama-sama Bojan Krkic dan Arnautovic. Ketiga-tiga mereka pastinya akan kerap mengusik benteng pertahanan Liverpool. Berita kurang enak apabila kapten, Ryan Shawcross terpaksa direhatkan 3 bulan untuk menjalani pembedahan belakang.

Liverpool berbelanja ramai pemain untuk musim ini dan paling menjadi tumpuan ialah Firmino, Milner, Ings dan Benteke. Pada pra musim, Liverpool hanya menentang lawan yang tidak setaraf dan sukar untuk mengatakan Skrtel dan Sakho/Lovren sudah bersedia untuk menahan asakan serangan Stoke.

Liverpool akan mengalami kesukaran di tempat lawan dan pulang hampa.Stoke 2-1 Liverpool.

BACA:  Champions League 2019/20: Napoli 1-1 Barcelona