Rangkuman Aksi Sancho Bertemu Leeds Bukti Nyata Beliau Pemain Yang United Perlukan

Jadon Sancho akhirnya berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya bersama Manchester United ketika aksi kemenangan 4-2 menewaskan Leeds United dalam perlawanan yang sungguh dramatik malam semalam.

Sancho kembali ke saingan bola sepak Inggeris selepas ditandatangani oleh setan merah dengan yuran perpindahan bernilai £73 juta dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu.

Ketika awal kariernya di Old Trafford, Sancho jelas sekali bergelut untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya dan sering dikritik kerana beraksi hambar.

Pemain berusia 21 tahun itu gagal untuk membuka akaun gol bersama Man United sehingga November lalu dengan gol pertamanya hadir ketika aksi bertemu Villarreal.

Dek kerana gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan seolah-olah gagal mengekalkan aksi cemerlangnya ketika bersama Borussia Dortmund, ramai yang percaya beliau bakal malap dan kariernya akan merundum.

Walau bagaimanapun, selepas kejayaannya menjaringkan gol bertemu Villarreal, aksi Sancho perlahan-lahan semakin meningkat dan ramai percaya beliau bakal membawa kelainan kepada jentera serangan setan merah.

Di bawah kendalian Ralf Rangnick, Sancho semakin matang dan aksinya juga semakin mantap, dengan aksi beliau ketika bertemu Leeds United di Elland Road semalam menjadi buktinya.

Beliau sepertinya sudah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya semula yang mana Sancho cemerlang bermain di posisi sayap dan terus menerus memberi ancaman ke kubu lawan.

Sancho turut dinamakan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan bertemu Leeds United semalam, dan aksi hebatnya turut diakui ramai.

Walau bermain di atas padang berlecak, namun ia jelas sekali tidak begitu mengganggu Jadon Sancho untuk mempamerkan aksi persembahan yang luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Beliau berjaya mencatatkan dua assists dalam perlawanan yang memperlihatkan enam gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan itu.

Beliau turut cemerlang melakukan enam gelecekan sempurna, melakukan 21 hantaran ke kawasan final third dan turut berjaya tujuh kali menyentuh bola di dalam kotak penalti Leeds United.

Bekas bintang muda Manchester City itu jelas sekali mencatatkan statistik yang jauh lebih baik berbanding pemain lain di atas padang, dan video rangkuman aksi beliau bertemu Leeds United sememangnya sangat menarik untuk disaksikan.

Ia jelas sekali sesuatu yang sangat menggembirakan untuk kem Manchester United dengan penandatanganan mega mereka kini sudah berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya semula.

Para peminat di media sosial turut tak henti-henti memberikan pujian menggunung kepada Jadon Sancho atas aksi hebat yang beliau persembahkan.

“Sancho yang saya nanti-nantikan sudah tiba ke Old Trafford. Inilah Sancho yang berjaya buat kita berusaha gigih untuk mendapatkan khidmatnya.”

“Dia bukan tak bagus, dia cuma perlukan masa, sekarang dia sudah berjaya temui rentak persembahan terbaiknya, jadi saya rasa pemain lawan perlu berhati-hati.”

“Jadon Sancho akan jadikan Premier League sebagai taman permainan dia selepas ini, percayalah cakap saya.”

“Dengan keadaan padang seperti itu, tapi dia masih mampu pamerkan aksi cemerlang, janganlah risau, saya yakin Sancho yang dinanti sudah tiba.”

Sancho mencatatkan assists pertamanya untuk gol yang dijaringkan oleh Jadon Sancho dari sudut sebelah kanan padang, dengan beliau bijak mencari ruang dan membenarkan bintang Portugal itu melakukan free header untuk menjaringkan gol.

Gol Fernandes tersebut berjaya membantu United mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 sebelum tamat aksi babak pertama permainan.

Namun begitu, para pemain setan merah mungkin sedikit terbuai pada awal aksi babak kedua permainan, dan memperlihatkan mereka bolos dua gol dalam tempoh dua minit.

Walau bagaimanapun, hal itu sama sekali tidak melemahkan semangat Sancho, dengan beliau berjaya mencatatkan satu lagi assists untuk gol jaringan Fred.

Beliau melakukan hantaran bijak mencari Fred yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Meslier, seterusnya memastikan United kembali mendahului permainan.

Pemain kebangsaan England itu turut berpotensi untuk mencatatkan satu lagi assists, namun malangnya bola umpanan cantik beliau disia-siakan oleh Anthony Elanga.

Elanga walau bagaimanapun tetap berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, selepas beliau bijak memanfaatkan bola umpanan cantik dari Bruno Fernandes di minit-minit akhir permainan.

Aksi hebat yang dipersembahkan oleh Sancho mendapat pujian menggunung dari Robbie Keane yang mengesan perubahan ketara persembahan bintang England itu.

Bercakap di studio Sky Sports, Keane menyatakan bahawa:

“Dia sangat hebat hari ini, Sancho. Beberapa minggu terakhir ini dia memang menakjubkan.”

“Ketika awal dia tiba, setiap kali dia dapat bola dia akan hantar ke belakang dan bermain hantaran mudah.”

“Sekarang, sejak empat ke lima minggu terakhir ini, saya nampak dia terlibat dengan situasi 1 lawan 1, dia berlari ke arah orang, dia cuba nutmeg orang.”

“Statistik dia bersama Borussia Dortmund memang menakjubkan, dia perlu lakukan itu sekarang. Saya nampak dia dah mula nak sumbang gol dan assists yang banyak sekarang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jadon Sancho Mungkin Akan Tukar Posisi Baru