Reaksi Paul Pogba Ketika Dikaitkan Dengan PSG Sungguh Priceless Dan Menghiburkan

Reaksi Paul Pogba ketika ditanya tentang perpindahan menyertai Paris Saint Germain sungguh priceless, dengan beliau terus meninggalkan sidang media tersebut.

Selepas menunjukkan reaksi yang priceless itu, beliau sambil tertawa terus meninggalkan dua rakan sepasukannya, Presnel Kimpembe dan Kingsley Coman dari sidang media itu.

Kontrak pemain midfield Manchester United itu akan tamat pada 2022 dan beliau masih lagi belum menandatangani perjanjian baru di Old Trafford.

Pogba awalnya mengenakan Kimpembe dan Coman dengan menyuruh kedua-dua rakan sepasukannya itu untuk bercakap di sidang media.

Namun kedua-dua pemain itu membalas dengan bertanya kepada Pogba tentang spekulasi berkait masa depannya.

Kimpembe menyatakan,

“Kami bercakap tentang Paris.”

Coman kemudiannya mencelah dengan menyatakan:

“Yeah, anda orang Paris bukan?”

Pogba yang awalnya tak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh rakan sepasukannya terus menjawab:

“Yeah, jadi?”

Vice-captain PSG, Kimpembe kemudian menyambung lagi:

“Jendela perpindahan tidak lama lagi.”

Sementara bekas pemain muda PSG, Coman terus merujuk kepada pemilik kelab, Nasser Al-Khelaifi dengan menyatakan:

“Nasser, ada hubungi dia?”

Pogba terus berubah jadi malu-malu kucing di situ sambil tangannya berpaut di bahu kedua-dua rakan sepasukannya, lalu beliau menjawab, ‘Tidak’, dan terus berlalu pergi.

Melihat kepada reaksi Pogba itu, kedua-dua Coman dan Kimpembe terus ketawa terbahak-bahak di situ sambil melihat rakan sepasukannya itu berjalan meninggalkan mereka.

Walaupun komen dan perbualan mereka semua sekadar satu gurauan, namun para peminat mula hangat membincangkan hal tersebut di media sosial.

Ramai yang percaya Pogba sudah bersedia untuk meneruskan kariernya bersama Man United, dengan pengurus kelab Ole Gunnar Solskjaer sangat optimis tentang hal tersebut pada Mac lalu.

Menerusi FourFourTwo, beliau menyatakan:

“Kami telah ada sesi perbincangan terbuka yang bagus bersama Paul, jadi apa kami bincangkan dan bagaimana pandangan kami tentang itu hanya untuk kami sahaja.”

“Saya hanya gembira dia boleh beri tumpuan dan beraksi dengan baik. Dia gembira untuk dirinya sendiri dan itu hal yang paling penting, kamu boleh nampak Paul menikmati karier dia dengan menyarung jersi merah itu.”

“Perbualan kami kekal rahsia, sudah tentu. Tapi sebagai contoh, Paul merupakan pemain Manchester United dan sentiasa akan jadi United. Dia sudah ada di sini dua kali dalam kariernya.”

“Dia datang ketika kanak-kanak, dia belajar tentang sejarah kelab, matlamat kelab.”

“Dia mahu lakukan yang terbaik untuk United ketika dia masih di sini dan saya rasa kita semua nampak itu. Dia sangat peduli tentang pasukannya dan dia cuba untuk bantu kelab berjaya.”

Walau bagaimanapun, masalah utama berkait masa depan Pogba bersama kelab adalah tentang ejennya, Mino Raiola.

United sememangnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Mino dengan kontrak Pogba masih belum diperbaharui juga kerana ejennya.

Pogba memainkan peranan cukup penting ketika membantu Perancis menewaskan Bulgaria 3-0 pagi semalam.

Dengan pengurus pasukan, Didier Deschamps tentunya akan meletakkan harapan yang tinggi pada Pogba untuk memimpin Perancis dalam aksi Euro kali ini.

BACA:  Mourinho: United Tidak Akan 'Tamak' Ketika Berbelanja Musim Panas Nanti