Real Madrid Dalam Perundingan Bersama Dortmund Untuk Mendapatkan Haaland

Kejayaan Borussia Dortmund menandatangani Erling Haaland adalah salah satu langkah dan keputusan terbaik oleh mereka. Haaland akan menjadi salah satu pemain terbaik serta prospek masa depan untuk pasukan Jerman itu.

Pemain berusia 19 tahun itu telah menjaringkan 11 gol dalam lapan perlawanan bersama Borussia Dortmund sejak meninggalkan RB Salzburg.

Penyerang muda Norway itu sudah menjadi antara calon pemenang Ballon d’Or di masa depan, kerana aksi memukau yang telah dipamerkan. Dan BVB telah memperoleh semua itu hanya dengan £ 18 juta.

Satu perniagaan yang hebat oleh mereka, tetapi juga masterclass yang lebih licik dari tokoh penjahat di Old Trafford Mino Raiola.

Super ejen itu sudah memastikan klausa pelepasan £ 63m dimasukkan dalam kontraknya untuk memastikan Haaland tidak akan terlepas jika pasukan yang lebih besar datang memancingnya.

Manchester United kini keluar dari perhitungan itu, sebahagian besarnya disebabkan pertikaian mereka dengan Raiola tetapi juga kerana mereka mungkin terlepas dari kedudukan empat teratas musim depan.

Bagi remaja yang menggunakan lagu tema Liga Juara-Juara sebagai bunyi jam penggeranya, itu bukan pilihan. Kerana beliau mahu beraksi di Liga Juara-Juara.

Walau bagaimanapun, Real Madrid tidak dapat diketepikan sebagai destinasi pilihan beliau dan sebenarnya, langkah besar pemain muda itu untuk berhijrah ke pasukan lain mungkin akan berlaku lebih awal dari yang kita fikirkan.

Menurut Marca, Los Blancos telah membuat tawaran dan mengadakan rundingan tentang membawanya ke Bernabeu seawal musim panas nanti.

Apa yang menariknya adalah klausa pelepasannya hanya akan aktif pada tahun 2021, jadi Madrid mungkin perlu menggoda Dortmund dengan tawaran kewangan yang mereka tidak dapat menolak.

Keinginan Zinedine Zidane untuk membawa penyerang baru telah didorong oleh kekalahan 2-1 pasukannya ditangan Manchester City dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara.
yang menyukarkan harapan mereka untuk layak ke pusingan suku akhir.

Real Madrid mungkin mempunyai lebih banyak alasan untuk mencari pemain penyerang berkelas dunia, namun sehingga kini mereka masih gagal untuk mendapatkan pengganti Cristiano Ronaldo.

Masalah kecederaan Eden Hazard dan aksi tidak menentu beliau, telah menyebabkan banyak masalah di Bernabeu. Manakala Luka Jovic juga terbukti Menunjukkan aksi hambar setakat ini dengan hanya menjaringkan dua gol di La Liga. Zinedine Zidane tampaknya tidak mempercayai bekas penyerang Frankfurt itu.

Madrid sebelum ini dikaitkan dengan pemburuan bintang sensasi PSG Neymar dan Kylian Mbappe. Namun rundingan untuk dua pemain itu memerlukan belanja yang besar.

Haaland adalah penyerang yang dicari oleh Madrid dan pelaburan untuk pemain seperti ini akan menguntungkan Madrid memandangkan usia beliau baru 19 tahun.

Haaland sudah buktikan bahawa beliau seorang penyerang yang hebat sejak dari RB Salzburg hingga kini di Dortmund. Jadi Madrid tidak perlu menunggu lama untuk memulakan langkah memancing.

BACA:  Arsenal Berpotensi Untuk Dapatkan Semula Khidmat Serge Gnabry