Pemain sayap Bayern Munich, Frank Ribery naik angin selepas ada pihak tertentu mempersoalkan tindakannya melawat restoran Salt Bae ketika cuti musim sejuk Bundesliga.
Bekas pemain antarabangsa Perancis itu memuat naik satu video di Twitter yang menunjukkan pemilik restoran Salt Bae memotong steak lalu meminta Ribery ‘melontar’ garam terhadap steak tersebut.
Menu hidangan yang dipesan Ribery dikatakan berharga £1000 satu set dan ia menyebabkan Ribery menerima kritikan kerana mengamalkan gaya hidup yang mewah dan membazir.
Status tersebut dimuat naik pada 3 Januari lalu dengan caption yang bertulis,
“Tiada cara yang lebih baik untuk memulakan tahun ini dari secebis garam dan melawat saudara Turki saya.”
No better way to start the year than with a dash of salt and a visit to my Turkish brother ???? #SaltBae #fr7? #ELHAMDOULILLAH??♥️ pic.twitter.com/O5ztj4mueq
— Franck Ribéry (@FranckRibery) January 3, 2019
Namun begitu, terdapat seorang wartawan bernama, Audrey Pulvey melancarkan kritikan terhadap Ribery kerana membazirkan wangnya terhadap perkara yang tidak berfaedah.
Pulvey juga berkata kekayaan yang ada pada Ribery sepatutnya digunakan dengan lebih baik untuk membantu orang yang susah.
Komen tersebut nyata tidak diterima dengan baik Ribery. Menerusi akaun Twitter beliau juga, Ribery menegaskan beliau hanya meluangkan masa dengan bercuti bersama keluarganya sahaja.
RIbery juga berasa dirinya menjadi mangsa kritikan yang tidak adil dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku. Beliau juga mengutuk pihak yang hanya mahu mencari kesalahan sahaja tanpa melihat kebaikan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
“Saya ingin memperbetulkan beberapa perkara bagi tahun 2019.”
“Mari kita bermula dengan segelintir pihak yang dengki dan marah yang datang dari kondom yang rosak.”
“F*ck your mothers, your grandmothers. Dan juga salur galur keluarga anda.”
“Saya tidak berhutang apa-apa anda dengan anda. Kejayaan yang saya ada ini datang dari Tuhan, diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang percaya dengan saya. Selain dari itu, mereka hanyalah batu-batu kecil dalam kasut saya.”
“Perkara kedua, kepada wartawan yang selalu mengkritik saya dan segala tingkah laku saya, termasuk harga makanan yang saya pesan !”
“Apabila saya menderma kepada kebajikan, kenapa tiada pihak media yang bercakap mengenai perkara tersebut ? Kerana saya sudah diajar untuk menderma apabila saya menerima duit yang banyak.”
— Franck Ribéry (@FranckRibery) January 5, 2019
“Anda lebih suka untuk bercakap mengenai percutian saya bersama keluarga, anda memerhatikan setiap gerak-geri kami, apa yang saya makan dan banyak lagi… Anda hanya melakukan perkara sia-sia.”
Dengki betul wartawan ni dengan Ribery. Nak buat macam mana Ribery, mana-mana tempat pon akan ada akhbar tabloid yang akan mencari bahan untuk menjaja kisah anda.
Harap bertabah !