Pada 8 Disember tahun lalu, selepas tamat aksi terikat 1-1 bertemu Young Boys dalam saingan Champions League, Rio Ferdinand dan Owen Hargreaves telah membuat ramalan berkait masa depan United.
Ramalan tersebut kini diungkit semula oleh para penyokong kerana ia jauh tersasar dari apa yang dijangkakan oleh kedua-dua mereka.
Keputusan seri di Old Trafford itu merupakan perlawanan kedua United yang dikendalikan oleh Ralf Rangnick, dengan pengurus dari Jerman itu memulakan kariernya sebagai pengurus setan merah dengan mencatatkan kemenangan bertemu Crystal Palace.
Rio Ferdinand says Ralf Rangnick has already solved biggest Manchester United problem: https://t.co/gXYtCa6C32
— MUFC News (@MUFCNewsApp) February 8, 2022
Selepas aksi bertemu Young Boys itu, Ferdinand dan Hargreaves juga bersama pengacara, Jake Humphrey telah membincangkan tentang jadual 10 perlawanan akan datang untuk Manchester United.
“Kamu lihat situ (jadual) dan kamu rasa tidak ada yang akan meninggalkan kamu di belakang. Dia mesti akan fikir yang dia akan lepasi semua itu dan Southampton berada di kedudukan terbaik.”
Komen Ferdinand.
— ń (@12nnimxo) February 12, 2022
Hargreaves kemudiannya menyuarakan pendapat beliau dengan menyatakan:
“Ini kemenangan, menang, menang, menang, menang, menang, menang, menang, menang, menang. Ia sudah tentu.”
Humphrey kemudian bertanya kepada Hargreaves adakah beliau rasa yang United bakal mendapatkan 30 mata penuh dari kesemua 10 perlawanan tersebut.
Bekas bintang England itu tidak melengahkan masa terus bersetuju dengan kenyataan yang disebutkan oleh Humphrey itu.
Walau bagaimanapun, pengurus interim kelab, Ralf Rangnick jelas sekali gagal untuk mengubah Man Utd dari terus menjadi badut yang menghiburkan para peminat setiap minggu secara konsisten.
Man Utd and Ralf Rangnick must listen to Rio Ferdinand theory on struggling Harry Maguire https://t.co/ypbD9k6ovz
— USA Today Sun🗨️ (@usatodaysun21) February 11, 2022
Sejak era Ole Gunnar Solskjaer, hinggalah sekarang era Ralf Rangnick, Manchester United masih menjadi pasukan yang sama dan masih belum dianggap sebagai pasukan pilihan.
Dari kesemua 10 perlawanan yang diramal oleh mereka, hanya sembilan sahaja yang berjaya dilangsungkan dek kerana satu perlawanan terpaksa ditangguhkan.
United hanya mampu mengutip 16 mata sahaja dari sembilan perlawanan tersebut, walaupun mereka sepatutnya diramal boleh mengutip 27 mata dari sembilan perlawanan tersebut.
Man Utd hanya mampu mencatatkan empat kemenangan sahaja dengan menewaskan Norwich, Burnley, Brentford dan West Ham.
Mereka kemudiannya mencatatkan keputusan seri bertemu Newcastle, Aston Villa, Burnley (timbal balik) dan terbaru bertemu Southampton.
Manchester United pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta saingan liga, dengan mereka berjaya mengutip kutipan mata yang sama dengan West Ham.
Arsenal, Spurs dan Wolves sementara itu semuanya berada di kedudukan yang hampir sahaja untuk memintas United dan berpotensi untuk memintas skuad kendalian Ralf Rangnick itu seandainya menang baki perlawanan yang mereka masih belum mainkan.
Rio Ferdinand and Owen Hargreaves are proven wrong as both predicted Man United would win their first 10 Premier League games under Ralf Rangnick https://t.co/DGKLxmS0ey
— MailOnline Sport (@MailSport) December 29, 2021
Bekas pemain midfield Manchester United, Paul Scholes tidak teragak-agak membantai keputusan pihak kelab melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus.
“Mereka sepatutnya membawa masuk pengurus elite dan terbaik dalam dunia bola sepak untuk menghidupkan semula skuad sekarang.”
Jelas Scholes kepada BT Sport selepas melihat setan merah hanya mampu seri bertemu Southampton.
“Manchester United, mereka sepatutnya ada yang terbaik dari segala segi.”
“Untuk tidak ada rancangan dan bawa dia. Dia secara teknikalnya seorang sporting director. Saya rasa dia ada latih satu pasukan selama dua tahun dalam tempoh 10 tahun terakhir ini.”
Rio Ferdinand and Owen Hargreaves are proven WRONG as both predicted Manchester United would WIN their first 10 Premier League games under Ralf Rangnick… but interim manager sees his side draw 1-1 at Newcastle https://t.co/BO162WNMxx pic.twitter.com/gPCZK5zWOw
— Showbiz (@showbiznotices) December 29, 2021
“Jangan salah faham, saya suka dia, saya dia datang dari seorang yang hebat. Dia cuma nampak kurang pengalaman dari segi kejurulatihan dalam tempoh lima ke enam tahun, atau berapa tahun saja ikutlah.”
Rio Ferdinand seperti kebiasaannya beliau akan menjadi individu paling bersemangat dan sembang kencang bila Man Utd menang.
Beliau akan berikan pujian menggunung semampunya kepada sesiapa saja yang menyerlah pada ketika itu dan seandainya keputusan sudah mula tidak memihak kepada mereka, beliau akan menjadi individu paling lantang untuk menasihati individu bermasalah tersebut.
Sumber: SPORTbible