Robben: 34 Tahun Hanya Angka, Yang Paling Penting Adalah Prestasi

Arjen Robben berkata beliau tidak mahu dinilai berdasarkan usianya kerana yang ada dalam bola sepak hanyalah persembahan baik atau buruk.

Robben yang kini mencecah usia 34 tahun telah menyaksikan Bayern Munich bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka musim ini dan berada di kedudukan ke-6 Bundesliga selepas mengalami dua kekalahan dari 7 perlawanan.

34 tahun bukan penghalang untuk beraksi baik. Makin tua makin berisi

Walaupun telah memasuki usia ‘tua’ dalam bola sepak, Robben masih lagi merupakan pemain utama buat Bayern Munich musim ini dan telah menjaringkan 3 gol dalam 10 penampilan.

Juara bertahan Bundesliga itu sedang melalui penurunan prestasi dan gagal mencatatkan sebarang kemenangan dari 4 perlawanan terakhir mereka.

Ada pihak yang mendakwa kebergantungan Bayern Munich terhadap bintang berusia mereka merupakan punca utama masalah tersebut. Namun begitu, Robben percaya pemain profesional seperti beliau dan Frank Ribery masih lagi mampu menyumbang dan mempunyai peranan penting dalam pasukan tersebut.

“34 tahun bukan lah terlalu tua. Kami mempunyai personaliti dan pendapat kami sendiri. Tiada usia yang terlalu tua dalam bola sepak, yang ada hanyalah baik atau buruk sahaja.”

Mengenai pergelutan prestasi Bayern Munich musim ini, Robben berpendapat pengurus, Niko Kovac masih lagi individu yang tepat untuk mengemudi pasukan tersebut dan perlu diberikan masa yang lebih.

“Kovac merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan juara. Beliau sedang berusaha untuk mencari jalan supaya kami bermain dapat bermain bola sepak dengan lebih baik.”

“Kami tidak perlu melakukan perubahan terlalu banyak.”

Walaupun berada di kedudukan ke-6 Bundesliga, Bayern Munich hanya dipisahkan 4 mata sahaja dengan pendahulu liga, Borussia Dortmund. Robben percaya persaingan liga yang lebih kompetitif musim ini akan memberikan kebaikan kepada bola sepak Jerman, terutamanya selepas Bayern Munich berjaya memenangi kejuaraan liga selama 6 musim berturut-turut.

“Melihat kepada kedudukan Bundesliga ketika ini, ia merupakan satu situasi yang baik. Situasi macam ni lah yang ramai pihak mahu lihat berlaku di Jerman.”

“Beberapa tahun lepas, semua orang berkata segalanya boring dalam perkara yang melibatkan Bayern Munich. Tetapi saya tidak risau.”

Ayam tua macam Ribery dan saya masih lagi mampu menyumbang untuk Bayern Munich

“Walaupun anda berjaya memenangi perlawanan, tidak semestinya keadaan berjalan dengan baik untuk anda.”

“Kami perlu bermain dengan lebih semangat, menggerakkan bola dengan lebih baik, membawa kembali elemen kejutan, dan mula mendominasi pasukan lawan seperti sebelum ini.”

Bayern Munich akan menyambung aksi Bundesliga Sabtu ini dengan melakukan kunjugan ke Wolfsburg yang kini menduduki tangga ke-9 liga.

BACA:  Tuchel Terus Tertekan Selepas CEO Bayern Munich Enggan Beri Kenyataan Beri Sokongan