Roberto Mancini Mendakwa Zlatan Sehebat Messi Dan Ronaldo

Zlatan Ibrahimovic merupakan seorang pemain bola sepak yang mempunyai karier yang sangat cemerlang.

Penyerang kebangsaan Sweden itu telah beraksi bersama banyak pasukan gergasi Eropah seperti Inter Milan, Paris Saint Germain, Barcelona, Manchester United dan AC Milan.

Sepanjang kariernya bersama pasukan kelab, Zlatan telah memenangi 33 piala dan beliau juga telah menjuarai empat kejuaraan liga di negara yang berbeza.

Rekod jaringan yang berjaya beliau catat juga sangat mengagumkan. Zlatan Ibrahimovic berjaya menjaringkan 540 gol dari 914 perlawanan untuk kelab dan negara.

Zlatan Ibrahimovic kini sudah berusia 38 tahun dan masih beraksi bersama AC Milan di Serie A, sedangkan pemain lain seusia beliau kebanyakannya sudah mula bersara.

Walau bagaimanapun beliau tidak di anggap sebagai pemain terhebat di zaman kegemilangannya.

Hal ini kerana karier gemilang beliau berlaku di bawah era penguasaan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Messi dan Ronaldo adalah dua pemain yang boleh dikatakan terhebat dan terulung di dekad ini bahkan mereka dianggap pemain terbaik sepanjang zaman.

Mereka berdua berkongsi 11 dari 12 gelaran Ballon d’or yang telah dipertandingkan. Dengan Messi memiliki enam manakala Ronaldo memenangi lima darinya.

Kebanyakkan peminat bola sepak meletakkan dua pemain ini berada di tahap berbeza berbanding Zlatan Ibrahimovic.

Tetapi tidak untuk Roberto Mancini. Pengurus dari Itali itu pernah mengurus Ibrahimovic ketika bersama Inter Milan.

Menurut beliau, Ibrahimovic layak untuk diangkat setaraf dengan Messi dan Ronaldo dan Ibrahimovic juga layak memenangi gelaran Ballon d’or.

“Zlatan akan dikenang sebagai salah seorang penyerang terbaik sepanjang zaman.”

Jelas Mancini kepada sportmediaset.

“Saya meletakkan dia setaraf dengan Messi dan Cristiano Ronaldo. Dia memenangi semua kejuaraan liga dimana dia beraksi, beliau banyak menjaringkan gol dalam kariernya.”

“musim ini beliau masih mempamerkan aksi cemerlang bersama Milan, tapi saya tidak pasti apa perancangan masa depan beliau.”

Tiada keraguan tentang kehebatan Zlatan. Beliau mempunyai keupayaan teknikal yang hebat, beliau bertubuh besar, gagah, handal di udara dan sentiasa menjaringkan gol yang cantik.

Tetapi untuk menyamakan beliau dengan Cristiano Ronaldo Lionel Messi agak tidak munasabah.

Iya, Zlatan telah memenangi pelbagaj kejuaraan dan piala sepanjang kariernya.

Tetapi Messi dan Ronaldo sudah berada dalam kelas tersendiri sejak 15 tahun yang lalu. Ada sebab mengapa mereka berdua menjadi topik perbualan ketika menamakan pemain terbaik dunia sepanjang zaman.

BACA:  Mourinho: Ini Musim Terakhir Ibrahimovic Bersama Manchester United