Romelu Lukaku akhirnya berjaya juga untuk memberikan impak dan membantu Chelsea untuk mencatatkan kemenangan, selepas beliau dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi bertemu Aston Villa awal pagi tadi.
Beliau berjaya menjaringkan gol keempatnya dalam saingan Premier League musim ini ketika membantu The Blues menewaskan Villa 3-1 di Villa Park.
Kemenangan ini secara tidak langsung menghidupkan semula harapan untuk Chelsea terus mencabar kejuaraan Premier League, selepas mereka beberapa kali keciciran kata sebelum ini.
Romelu Lukaku –
“We are the hunters now.” [Sky] pic.twitter.com/eeepyi158M
— LDN (@LDNFootbalI) December 26, 2021
Pemain termahal The Blues itu akhirnya berjaya juga untuk membuktikan mengapa kelab perlu mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmatnya.
Nilai £97.5 juta yang Chelsea bayar untuk dapatkan khidmatnya sebelum ini dikritik ramai pihak kerana merasakan Lukaku tidak memberikan impak seperti yang diharapkan.
Masuk sebagai pemain gantian, beliau berjaya membantu Chelsea untuk mendahului permainan, seterusnya kembali menghidupkan semangat beliau yang sudah kemarau jaringan sejak September lalu.
Beliau berjaya menjaringkan gol selepas Jorginho terlebih dahulu memadam gol pendahuluan pasukan tuan rumah yang dimiliki hasil gol sendiri jaringan Reece James.
Chelsea fans to Romelu Lukaku right now 🤗 pic.twitter.com/avBtLMcM3Q
— GOAL (@goal) December 26, 2021
Aksi babak pertama dalam perlawanan ini berakhir dengan keputusan 1-1, dan kerana itulah Thomas Tuchel memilih untuk memasukkan Romelu Lukaku pada aksi babak kedua permainan.
Pasukan tuan rumah berjaya mendominasi sepenuhnya aksi babak pertama permainan, dengan Ollie Watkins membuktikan beliau individu yang tepat untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Chelsea.
Selepas hampir 20 minit beraksi, Watkins kemudiannya berjaya memiliki ruang untuk melepaskan rembatan, namun ia berjaya dihalang dengan sempurna oleh Trevoh Chalobah.
Mason Mount kemudiannya menguji gawang gol Aston Villa hasil rembatan lencong dari luar kotak penalti, namun ia sedikit tersasar dari gawang gol.
9 – Romelu Lukaku has scored nine goals in 10 Premier League appearances against Aston Villa; he hasn't scored more against any other opponent in the big-five European leagues in his career. Villain. pic.twitter.com/1041ej5fAC
— OptaJoe (@OptaJoe) December 26, 2021
Villa terlebih dahulu membuka tirai jaringan, selepas Reece James yang mencuba untuk mengawal Matt Targett, telah menjaringkan gol sendiri menewaskan Edouard Mendy.
Walau bagaimanapun, Chelsea kemudiannya berpeluang untuk menyamakan kedudukan, selepas Matty Cash menjatuhkan Callum Hudson Odoi di dalam kotak penalti.
Mereka dihadiahkan sepakan penalti, dan Jorginho tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Ia merupakan gol ke lima Jorginho pada musim ini, hasil dari sudut sepakan penalti.
Walaupun jarang memiliki bola, namun tidak dinafikan yang Villa nampak sangat bahaya ketika mereka melakukan serangan balas.
Love Romelu Lukaku quote that every game now until the end of the season is a final. pic.twitter.com/UWs1OYjGhb
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) December 26, 2021
Danny Ings sendiri beberapa kali memberi masalah kepada barisan pertahanan Chelsea dalam perlawanan ini, namun malangnya beliau gagal untuk menjaringkan gol.
Kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan terikat 1-1 dan Chelsea dilihat lebih banyak memiliki peluang berbanding Villa.
Romelu Lukaku kemudiannya di bawa masuk pada aksi babak kedua permainan, dan beliau berjaya membuktikan yang beliau masih lagi antara penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.
Beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke-56 hasil build up yang dilakukan oleh Marcos Alonso dan Hudson Odoi.
Inilah yang dimahukan oleh para penyokong, Lukaku yang tajam dan sentiasa mampu untuk merobek gawang gol lawan.
Lukaku returns to the scoresheet as Chelsea secure all 3 points ✅#AVLCHE pic.twitter.com/jPUzbLHLgz
— Premier League (@premierleague) December 26, 2021
Chelsea kemudiannya beberapa kali lagi memperoleh kesempatan untuk menambah gol dan mereka kerap menguji gawang gol Emi Martinez.
The Blues akhirnya berjaya menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini, juga menerusi Jorginho hasil satu lagi sudut sepakan penalti.
Romelu Lukaku proves why Chelsea spent record fee to sign him as he seals victory over Aston Villa #AVLCHEhttps://t.co/B2UDoptilJ
— talkSPORT (@talkSPORT) December 26, 2021
Lukaku turut memainkan peranan penting untuk memenangi penalti kedua Chelsea dalam perlawanan ini, pada minit ke-93 permainan.
Steven Gerrard yang terpaksa menonton perlawanan ini dari rumah kerana sedang menjalani kuarantin hanya mampu melihat sahaja anak-anak buahnya bergelut dengan kekalahan 3-1 bertemu Chelsea.
Sumber: talkSPORT