Hampir 18 tahun Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun berlalu, namun gol hasil jaringan Ronaldinho yang berjaya melemaskan David Seaman dengan bola lob masih segar dalam ingatan.
Pada ketika ini Ronaldinho sedang meningkat naik untuk menjadi pemain terbaik dunia lagi menghiburkan serta manis leting dengan senyuman yang terukir di bibir.
Gol hasil jaringan Ronaldinho itu telah memberi inspirasi kepada Brazil untuk melepasi England di saingan suku akhir Piala Dunia pada tahun 2002.
Dalam perlawanan itu Ronaldinho telah menjaringkan gol serta membuat bantuan gol untuk Brazil menewaskan England dengan keputusan 2-1.
Adakah percubaan daripada Ronaldinho itu untuk terus menjaringkan gol atau sekadar mencuba nasib?
Ronaldinho mengimbas dan mengenang kembali gol sepakan percuma yang berjaya melemaskan David Seaman sambil mendedahkan niat sebenarnya ketika sebelum menjaringkan gol yang begitu epik sekali.
“Aku tengok Lelaki Laut(Seaman) berada di luar garisan. Lebih kurang dalam 5 meter. Aku apa lagi terus target ke gawang la, walaupun bukan ke situ sebenarnya sasaran bola.” Dedah Ronaldinho.
“Apa aku mahu lakukan sebenarnya mahu membuatkan David si Lelaki Laut(David Seaman) terdesak dan mungkin akan tergelecoh(tersadung) ketika kembali ke gawang.”
“Itu merupakan satu gol terhebat dalam perlawanan yang agung untuk Brazil di Piala Dunia.”
Tidak cukup dengan sumbangannya itu, Ronaldinho telah mengutip kad merah untuk menambahkan rencah dan drama dalam perlawanan suku akhir itu.
Ronaldinho terlepas perlawanan separuh akhir namum bermain kembali di final dan membantu Brazil menjulang Piala Dunia kelima mereka.
“Aku buat bantuan gol, menjaringkan gol, dan juga dibuang padang. Jarang-jarang la aku dibuang padang sebab aku suka senyum. Menewaskan Belgium juga sangat sukar, tetapi menewaskan England satu titik tolak kerana menaikkan keyakinan.”
“Orang ramai sudah jangka kami akan ke perlawanan akhir Piala Dunia kerana kebanyakkan pasukan pilihan terlah terkeluar awal.”
Pada Piala Dunia 2002 di Korea dan Jepun, Brazil muncul juara buat kali kelima selepas menewaskan Jerman 2-0.
Dalam edisi ini banyak pasukan pilihan tersingkir awal menyaksikan dua pasukan bawah anjing(Underdog) iaitu Turki dan Korea Selatan ke separuh akhir.
Dalam Piala Dunia 2002 ini juga banyak keputusan pengadil yang meragukan sehingga ada pasukan pilihan yang tersingkir awal.