Ronaldinho dan abangnya, Roberto telah ditahan pihak polis di Paraguay selepas masuk ke negara tersebut dengan menggunakan pasport palsu.
Warga Brazil itu masuk ke Paraguay pada rabu lalu untuk satu acara amal.
Pihak berkuasa telah datang ke hotel penginapan Ronaldinho berdekatan bandar, Asuncion dan telah menjumpai dokumen perjalanan palsu.
Hasil siasatan pihak polis telah pasport Ronaldinho dan Roberto yang tertera bahawa mereka daripada Paruguay bukan Brazil.
Caso Ronaldinho: Fue allanada la suite donde está hospedado Ronaldinho. Se encontraron, documentos varios, C.I. y pasaportes paraguayos con los nombres de Ronaldinho y su hermano. Investigación en curso. pic.twitter.com/jGO4ZoHNWn
— Fiscalía Paraguay (@MinPublicoPy) March 5, 2020
Ronaldinho kini tidak memegang pasport Brazil selepas dikenakan sekatan pada 2018 kerana terbabit dalam isu alam sekitar.
Pemain lagenda Brazil dan abangnya ditahan pihak berkuasa tapi masih dibenar untuk tinggal di hotel untuk siasatan.
Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo dibenarkan tinggal di hotel ketika siasatan dijalankan dan tidak dibenar meninggalkan Paraguay.
“Mereka telah memalsukan dokumen, mereka tidak ditahan dan penyiasatan kehakiman dijalankan untuk mendapatkan keterangan mereka.”
“Kemudian barulah diputuskan samada mereka akan ditahan atau tidak.”
Caso Ronaldinho: Fue allanada la suite donde está hospedado Ronaldinho. Se encontraron, documentos varios, C.I. y pasaportes paraguayos con los nombres de Ronaldinho y su hermano. Investigación en curso. pic.twitter.com/8cqHaEI5rS
— Fiscalía Paraguay (@MinPublicoPy) March 5, 2020
Seorang ahli perniagaan daripada Brazil, Wilmondes Sousa Lira berusia 45 tahun telah ditahan kerana dipercayai sebagai dalang pemalsuan dokumen.
“Ketika ini seorang ahli perniagaan Brazil telah ditahan dan menurut kenyataan awal, beliau bertanggungjawab dalam pemalsuan dokumen ini.”
“Ronaldinho dan Roberto telah memberi kerjasama dan mengisytiharkan diri mereka tidak bersalah, mereka berkata bahawa mereka diperdaya oleh ahli perniagaan.”
“Ketika dilapangan terbang, Polis telah menyedari bahawa dokumen ini telah dipalsukan dan tiada siapa dibenar mempunya dokumen palsu.”
“Maklumat kami ada berdasarkan penyiasatan kami bahawa pasport itu telah dipohon dan dikeluarkan sebulan lalu untuk Ronaldinho dan Roberto.” Jelas Menteri Dalam Negeri Paraguay.
Ronaldinho and his brother have been arrested for entering Paraguay with fake passports.
His fake passport shows his correct name, birthplace, and birthdate, but it falsely suggests that he’s a naturalized Paragauay citizen. [@Santula] pic.twitter.com/qOVEi7xPmi
— Zach Lowy (@ZachLowy) March 5, 2020
Pada 2018 Ronaldinho dan Roberto telah diharamkan meninggalkan Brazil selepas kerana menangkap ikan ditempat yang dilarang pada 2015.
Ronaldinho juga telah diarahkan membayar denda $8.5 juta dan sejak 2018 mereka berdua tidak dibenarkan meninggalkan Brazil.
Lebih kelakar, tahun lalu kerajaan Brazil telah melantik Ronaldinho sebagai duta pelancongan negara.
Ronaldinho held in Paraguay over fake passport claims https://t.co/AcaaqgNvj6
— BBC News (World) (@BBCWorld) March 5, 2020
Pengaruh seorang jejaka yang diberi nama Ronaldo de Assis Moreira dalam bola sepak memang tidak dapat disangkal lagi.
Suatu ketika dahulu, jejaka ini pernah mencetuskan kegilaan bola sepak melalui gerakan-gerakan lincahya di atas padang, terutamanya ketika menyarung jersi Barcelona.
Sentiasa tersenyum dan tidak pernah merebahkan badan, Ronaldinho cukup dicintai masyarakat bola sepak sedunia dan tidak melampau untuk mengatakan bahawa dia telah melahirkan rasa kasih dan sayang umat manusia terhadap bola sepak.
Semoga kesudahan yang baik bakal dilalui Ronaldinho dan abangnya.