Siapa yang tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak tersohor di dunia. Selain hebat di padang, beliau juga terkenal sebagai seorang individu yang pemurah dan baik hati.
Latar belakang Ronaldo yang datang dari keluarga kurang kemampuan membuatkan beliau sering terlibat dalam aktiviti kemanusiaan selain membantu mereka yang memerlukan.
Terbaru, beliau menggembirakan hati seorang peminat beliau yang sedang sakit tenat dengan melakukan lawatan mengejut untuk menggemberikan hati peminat cilik tersebut.
Joseph, kanak-kanak berusia 10 tahun dari Bristol dikesan menghidap tumor otak seawal usia 4 tahun dan perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat penyakit tersebut.
Seperti jutaan kanak-kanak lain di seluruh dunia, Joseph tergolong dalam kalangan peminat yang menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idola.
Thanks to @Cristiano for helping us grant Joseph’s #wish ? Joseph & his family were invited to Turin, Italy, where they were taken to meet his idol & enjoy an exclusive tour of @juventusfcen ⚽️Thanks to @Pitch_Intl who worked with Cristiano to turn this wish into reality! ? pic.twitter.com/SYvQAJOKMm
— Rays of Sunshine (@RaysofSunshine) May 13, 2019
Hasil kerjasama di antara pertubuhan kebajikan ‘Rays of Sunshine’, Pitch International dan Ronaldo sendiri, Joseph dan keluarganya telah berjaya diterbangkan ke Turin untuk satu lawatan yang tidak akan pernah dilupakan sepanjang hidupnya.
Sebaik tiba di padang latihan, Joseph disambut sendiri oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu dan telah dibawa mengelilingi pusat latihan Juventus oleh Ronaldo sendiri.
Joseph, who’s 10 years old, was diagnosed with a brain tumour. His dream was to meet his idol, Cristiano Ronaldo. When CR7 heard this, he turned that dream into a reality ❤
Best wishes Joseph! ? pic.twitter.com/KtdxmTfMeu
— Italian Football TV (@IFTVofficial) May 14, 2019
Selepas itu, Ronaldo berbesar hati bergambar dengan Joseph dan adik perempuannya selain menandatangani beberapa barang sebagai kenangan untuk Joseph.
Ibu Joseph, Kelly sangat gembira dengan pengalaman yang dilalui anak lelakinya itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
“Wow, wow, ucapaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang berusaha untuk menjadikan pengalaman ini suatu kenyataan.”
“Pengalaman ini cukup menakjubkan dan Joseph sangat sangat gembira.”
“Dia tidak tahu yang dia akan berjumpa Ronaldo sehingga lah saat Ronaldo ada di depannya. Reaksi di muka beliau memang berbaloi. Ronaldo sangat gembira untuk bergambar dengan kami dan menandatangani barangan kami.”