Alejandro Garnacho jelas sekali tidak mahu mengecewakan sesiapa antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ketika bercakap tentang perdebatan status pemain terhebat sepanjang zaman.
Beliau memilih jalan selamat dengan menamakan kedua-dua Ronaldo dan Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Bintang berusia 17 tahun itu memiliki keistimewaan dalam kariernya dengan beliau menjadi antara pemain bertuah yang dapat menjadi rakan sepasukan kedua-dua bintang terhebat dunia itu.
Beliau menjadi rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Old Trafford dan walau tidak pernah membuat kemunculan bersama skuad senior setan merah, beliau, tetap berjaya mendapat tempat dalam skuad utama Argentina.
Garnacho dianggap bertuah kerana beliau berkesempatan untuk menjalani sesi latihan bersama kedua-dua Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Wira kemenangan saingan FA Youth Cup itu turut menggunakan gaya keraian terkenal Ronaldo ketika beliau menjaringkan gol bertemu Nottingham Forest dalam aksi perlawanan akhir.
Ketika Ronaldo mencatatkan hat-trick bertemu Norwich City pada April lalu, beliau telah memberikan match ball kepada Garnacho dalam usahanya mahu memberi semangat kepada bintang muda itu.
Messi dan Ronaldo telah berkongsi pentas sebagai pemain terbaik dalam dunia bola sepak sejak lebih sedekad yang lalu.
Mereka berdua jelas mendominasi dunia bola sepak dan tidak dinafikan untuk menganggap tidak ada pemain lain yang setanding dengan Ronaldo dan Messi sejak sedekad ini.
Memandangkan kedua-dua pemain itu dianggap antara yang terhebat sepanjang zaman, maka tidak hairanlah mengapa Garnacho sukar untuk membuat pilihan.
Ketika hari ulang tahun ke-35 Messi, beliau berkongsi gambarnya bersama legenda Argentina itu dan Garnacho turut meletakkan emoji kambing (GOAT) pada muat naik tersebut.
Tidak lama dahulu, beliau turut memuat naik gambar Cristiano Ronaldo menghadiahkan match ball kepadanya dengan Garnacho turut meletakkan emoji kambing (GOAT) pada muat naik tersebut.
Beliau memuat naik gambar tersebut dengan menulis:
“Terhebat sepanjang zaman… Impian hebat.”
Tulis Garnacho di laman instagram miliknya berserta emoji kambing (GOAT), bola sepak, api dan emoji hati.
Jelas sekali tiada siapa yang boleh menyalahkan Garnacho untuk menganggap kedua-dua Messi dan Ronaldo sebagai yang terhebat sepanjang zaman.
Tambahan pula, beliau pada ketika ini baru berusia 17 tahun dan tentunya beliau akan terlalu teruja dapat bertemu kedua-dua legenda terhebat sepanjang zaman itu.
Walau baru berusia 17 tahun, beliau sebenarnya memiliki bakat yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Beliau pernah membuat penampilan bersama skuad utama United ketika aksi bertemu Chelsea pada April lalu dan skuad setan merah pada ketika ini berhasrat mahu memastikan Garnacho akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Manchester United mahu menawarkan kontrak selama enam tahun kepada Garnacho dan berharap beliau bakal menjadi pemain harapan kelab di masa hadapan.
Menurut sumber laporan dari The Mirror, pengurus baharu kelab, Erik Ten Hag telah menonton rakaman aksi Garnacho sebelum ini dan turut meletakkan nama bintang Argentina itu dalam perancangan beliau.
Messi 🐐
Ronaldo 🐐Pity poor Alejandro Garnacho, he just can't win…https://t.co/PHCjI3yYUB
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 24, 2022
Pengurus dari Belanda itu mahu memastikan Garnacho ada dalam skuadnya pada musim hadapan dan hal itu membuktikan yang bintang muda itu bakal menjadi antara pemain terpenting kelab musim hadapan.
Walaupun beliau masih belum pernah menikmati aksi di atas padang bersama kedua-dua Ronaldo dan Messi, namun beliau tetap berjaya menikmati pengalaman berlatih bersama legenda terhebat dalam dunia bola sepak itu.
Sumber: SPORTbible