Ronaldo Mengalir Air Mata Ketika Ditemuramah Piers Morgan

Cristiano Ronaldo nyata tidak mampu membendung perasaan sebak beliau lalu menitiskan air mata dalam satu temuramah bersama Piers Morgan yang akan disiarkan di kaca televisyen British dalam tahun lalu.

Pemain berusia 35 tahun yang telah dinobatkan antara pemain bola sepak handalan dalam sejarah bola sepak dunia walaupun tidak pernah menjulang Piala Malaysia telah ditunjukkan rakaman video mendiang bapanya.

Dalam video itu mendiang bapa Ronaldo telah berbicara mengenai Ronaldo dan video tersebut belum pernah ditonton oleh Ronaldo disepanjang usia hidupnya.

Jose Dinis Aveiro telah meninggal dunia pada bulan September 2005 kerana kegagalan hati padu usia 52 tahun. Ketika hidupnya bapa Ronaldo bergelut dengan masalah ketagihan alkohol.

Ketika kehilangan bapanya, Ronaldo baru sahaja berusia 20 tahun dan berada dalam proses pembangunan untuk menjadi pemain handalan di bawah bimbingan pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Pada ketika itu, Ferguson telah memberi pelepasan kepada Ronaldo daripada perlawanan Champion League bagi membolehkan beliau menghabiskan masa bersama bapanya yang tengah nazak di hospital London.

Satu tindakan terpuji daripada Ferguson yang sentiasa diingati Ronaldo yang membuatkan Ferguson sentiasa di hati Ronaldo.

Piers Morgan selaku pengacara dan pasukan ITV telah menunjukkan Ronaldo satu rakaman lama di mana bapanya telah memuji Ronaldo ketika berdiri di pintu dan video itu tidak pernah ditonton oleh Ronaldo.

Selepas menonton video itu Ronaldo nyata terkejut dan gagal mengawal emosinya lalu menitiskan air mata.

“Aku tidak pernah melihat video ni. Aku tidak pernah melihat video ni. Menakjubkan.” Ujar Ronaldo sambil menyeka air mata.

Morgan melihat emosi Ronaldo ketika itu telah bertanya, apakah yang yang menyebabkan beliau sedih? lalu dibalas Ronaldo :

“Menjadi nombor satu dan beliau tidak pernah sempat melihatnya. Beliau tidak pernah melihat aku menerima anugerah.”

Morgan kemudian menambah lagi. Beliau tidak pernah melihat betapa hebatnya kamu sekarang?

“Tidak pernah, Keluarga aku melihatnya, mak aku, abang aku dan anak aku. Tapi ayah aku tidak pernah dan beliau pergi ketika masih muda.”

https://twitter.com/itvnews/status/1173682538973454338

Sukar untuk melihat emosi daripada Ronaldo, walaupun kejayaan yang dikecapi beliau setaraf adiwira namun seperti kau, aku dan dia, Ronaldo hanyalah manusia biasa.

Selepas temuramah itu Ronaldo menjelaskan beliau menyangka akan menjalani satu temuramah dengan satu suasana kelakar bersama Piers Morgon namun sebaliknya terjadi.

“Aku fikir termuramah ini akan menjadi sesuatu yang kelakar dan tak menyangka aku akan menangis.”

“Aku tidak pernah melihat video ini. Aku tak tahu mana korang dapat. Aku nak video ni aku nak tunjuk kat keluarga aku.”

Kerana tabiat ketagihan alkohol, Ronaldo tidak dapat mengenali bapanya seperti insan lain.

“Sejujurnya aku tidak mengenali bapa aku 100 peratus. Beliau seorang pemabuk. Aku tidak pernah berbicara dengan beliau dalam satu perbualan yang normal.Itu sangat sukar.”

BACA:  Lima Rekod Yang Tidak Mampu Dipecahkan Oleh Messi Dan Ronaldo