Ronaldo Rampas Freekick Newcastle dan Yakin Jaringkan Gol Yang Sah

Cristiano Ronaldo telah melakukan sesuatu yang tidak masuk akal apabila telah merampas bola sepakan percuma milik Newcastle United dan dengan yakin sudah menjaringkan gol yang sah.

Pemain Portugal itu telah menjaringkan gol pembukaan namun telah dibatalkan kerana terlebih dahulu offside dan sepakan percuma untuk Newcastle United.

Dengan kedudukan mata yang sama di Old Trafford, pengadil Craig Pawson menghadiahkan sepakan percuma kepada Newcastle pada minit ke-48 disebabkan offside.

Beberapa saat kemudian, pemain pertahanan Fabian Schar menolak bola kepada penjaga gol Nick Pope, yang terus berdiri di depan bola selama beberapa saat.

Sementara itu, Ronaldo jelas menyangka pemain antarabangsa Switzerland, Schar telah melakukan sepakan percuma pantas dan menerkam untuk menerkam gawang.

Cristiano Ronaldo yakin dia telah menjaringkan gol yang sah namun tidak begitu di mata pengadil yang terus meniup wisel sebelum bola menerjah jaring lagi.

Pemain Manchester United yang lain termasuk Ronaldo sangsi dengan keputusan pengadil lalu dikerumun pengadil secara berjemaah kerana membatalkan gol itu.

Pengadil tenang mengawal situasi dan Ronaldo pula telah dilayangkan kad kuning kerana melakukan bantahan yang melampau di mata pengadil dan layak dihukum.

Ronaldo telah dikeluarkan pada minit ke-72 dan digantikan dengan Marcus Rashford yang lebih bertenaga dan laju namun keputusan seri tanpa jaringan hingga tamat permainan.

Newcastle Curi Mata di Old Trafford

Manchester United meneruskan saingan Premier League menentang pasukan yang sedang meningkat naik dalam proses pembangunan semula pasukan, Newcastle United.

Newcastle United kini berada diprestasi terbaik dan berada ditangga keenam walaupun hanya mencatatkan tiga kemenangan dengan 5 seri dan hanya sekali tewas dalam 9 perlawanan.

Dilimpah dengan wang yang tidak terbatas, Newcastle mengamalkan perbelanjaan berhemah untuk mendapatkan pemain berkualiti bagi memberi keseimbangan kepada pasukan.

Hasilnya sejak pertengahan musim lalu, Newcastle sudah mampu bersaing untuk berada dalam kelompok 10 teratas yang menjadi sasaran awal mereka bagi tempoh beberapa tahun ini.

David De Gea pula turun untuk penampilan ke-500 bersama Manchester United dan diraikan bersama Ronaldo yang menjaringkan 700 gol bersama Sir Alex Ferguson sebelum perlawanan.

Cristiano Ronaldo bermula dari kesebelasan utama bersama Casemiro yang bergandingan dengan Fred yang disayangi ramai. Raphael Varane juga kembali bergandingan dengan Lisandro Martinez.

Manchester United bermula baik dan Jadon Sancho memotong masuk ke dalam dari sebelah kiri lalu menghantar bola mencari Cristiano Ronaldo.

Namun bola sangkut tetapi sampai kepada Bruno Fernandes yang membuat satu setting cantik, tapi rembatan Fred kau tau la macam mana pergi.

Pada minit ke-19 perlawanan dihentikan seketika selepas Sven Botman mengalami kecederaan di kepala kerana berlanggar dengan Antony Santos.

Newcastle United mula mendapat rentak dan mula menguasai perlawanan dan memaksa Fred memberikan sepakan percuma.

Cubaan Ronaldo dengan satu lambungan ke gawang selepas melihat Nick Pope keluar berjaya dikeluarkan dan dalam masa yang sama pembantu pengadil mengangkat bendera.

Percubaan bahaya hadir melalui Joelinton dan tandukkannya terkena palang, tindakan susulan pula tidak berhasil dinafikan tiang dan hanya meraih sepakan penjuru.

Sehingga ke penghujung babak pertama, Newcastle jelas lebih mengancam dan berbahaya berbanding Setan Merah yang acah-acah garang menanti perlawanan tamat.

Erik Ten Hag telah memperkemaskan permainan Setan Merah pada separuh masa kedua bagi mencari gol kemenangan.

Jelas permainan dikuasai namun gol tidak kunjung tiba, Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan namun dibatalkan kerana offside teruk.

Nick Pope berlengah-lengah untuk membuat sepakan dan Ronaldo mencuba nasib dengan merampasa bola lalu meletakkan bola ke gawang yang kosong.

Ronaldo meraikan gol itu namun pengadil membatalkannya lalu pengadil terus dikerumuni oleh pemain Manchester United.

Kerana tindakan cuba jayanya itu Cristiano Ronaldo dilayangkan kad kuning, aksi keras berterusan menyaksikan Bruno Fernandes dan Casemiro turut meraih kad kuning.

Perlawanan kerap terhenti kerana kecederaan pemain Newcastle yang tidak kehabisan sejak awal permainan. Mungkin ini salah satu taktikal Newcastle.

Pada minit ke-72, Cristiano Ronaldo telah dikeluarkan dan Marcus Rashford yang sudah lama memanaskan badan masuk sebagai pengganti.

Ronaldo kelihatan membebel seorang diri dan menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya dia dikeluarkan oleh Erik Ten Hag.

Pada minit ke-85 dapat dilihat peminat Manchester United mula meninggalkan stadium mungkin tidak tahan dengan aksi pasukan kesayangan.

Perlakuan Ronaldo itu berterusan selepas duduk di kerusi pasukan dengan wajah penuh kekecewaan jelas terpancar.

Minit ke-88, Manchester United berjaya mendapat peluang terbaik apabila Marcus Rashford berjaya melepasi perangkap offside.

Nick Pope terpaksa keluar ke hujung kotak tetapi berjaya diperkotak-katikkan Rasford yang memilih untuk menghantar bola kepada Fred.

Namun sayang Fred adalah Fred yang gagal menyudahkan dengan meletakkan bola ke gawang terbuka dengan percubaan jauh tersasar.

Sundulan saat akhir Marcus Rashford dari hantaran genius Casemiro gagal disudahkan untuk meraih tiga mata.

Kegagalan Rashford menyempurnakan peluang menyaksikan Setan Merah terpaksa berkongsi mata dalam aksi di laman sendiri.

Manchester United: De Gea, Dalot, Varane, Martinez, Shaw, Fred, Casemiro, Sancho, Antony, Fernandes, Ronaldo.

Pemain Simpanan: Heaton, Lindelof, Rashford, Malacia, Pellistri, Elanga, Garnacho, Iqbal, Mainoo.

Newcastle United: Pope, Trippier, Brun, Botman, Schar, Longstaff, Joelinton, Guimaraes, Murphy, Almiron, Wilson.

Pemain Simpanan: Karius, Lascelles, Shelvey, Lewis, Targett, Wood, Fraser, Willock, Anderson.

BACA:  Ronaldo Dan Bruno Fernandes Dikecam Kerana Merengek dan Tidak Hargai Penyokong