Ronda Rousey Mematahkan Rusuk Seorang Wartawan Yang Mencabarnya

Nama Ronda Rousey sudah tidak asing lagi dalam dunia MMA. Beliau adalah seorang lagenda UFC yang sekarang ini sedang bersama WWE.

Ronda Rousey dilahirkan pada 1 Februari 1987 di Riverside, California, Amerika Syarikat.

Selain beraksi bersama UFC dan WWE, Ronda juga pernah beraksi di pentas Olimpik mewakili Amerika untuk sukan Judo.

Ketika di UFC beliau beraksi untuk dua kategori iaitu Featherweight dan Bantamweight.

Ronda merupakan seorang petarung wanita yang paling digeruni dalam sejarah UFC.

Legenda UFC iaitu, Ronda Rousey telah memberikan pengajaran berguna kepada seorang wartawan bernama Aaron Tru yang begitu berani mencabarnya.

Wartawan tersebut mencabar Ronda Rousey dengan menyatakan bekas juara dunia UFC itu tak akan mampu menewaskan lelaki walaupun seorang lelaki yang baru menyertai judo sekalipun.

Aaron Tru telah cuba memancing emosi Ronda Rousey yang digelar ‘Baddest Woman on the Planet’  ketika sesi temuramah pada 2015.

Aaron Tru ketika itu menyatakan bahawa Ronda Rousey tak ada cukup kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki, walaupun baru sahaja menewaskan Cat Zingano di UFC184 dalam masa 14 saat.

Ronda Rousey ketika itu menyatakan dia sudah mulai tercabar dengan memberitahu Aaron:

“Anda sudah menekan butang geram dan membangkitkan kemarahan saya.”

Rousey kemudian memutuskan untuk membuktikan kepada Aaron bahawa dia mampu menewaskan lelaki dengan bantingan Judo yang sangat power.

Aaron tidak dapat bangun selepas dihempas oleh Rousey, dan dia merasakan rusuknya baru sahaja patah.

Ronda Rousey pula berasa bersalah selepas melakukan bantingan itu, walaupun pada awalnya ketawa, sebab ingatkan Aaron sedang bergurau.

Ramai peminat MMA tidak begitu simpati dengan Aaron Tru kerana menurut mereka Ronda Rousey baru sahaja mengajar dia yang bermulut lancang.

Korang tengok detik tu kat sini:

Selepas dari peristiwa itu, Aaron tidak lagi bermulut lancang dan beliau sudah lebih berhati-hati dalam tutur bicaranya.

Ronda Rousey selepas bersara dari UFC beliau telah mengikat kontrak bersama WWE dengan menggunakan nama pentas Rowdy Ronda Rowsey.

Beliau menggunakan nama Rowdy sempena nama penggusti kegemarannya Roddy Piper. Ronda Berjaya menjadi Juara Wanita Dunia di WWE tahun lalu.

Sehingga kini Ronda masih belum terlibat dalam mana-mana perlawanan dalam WWE dan menurut sumber beliau masih mempunyai kontrak bersama syarikat itu.

BACA:  Khabib Yakin Mampu Sekali Lagi Tewaskan McGregor