Rooney Dedahkan Pengorbanan Yang Dilakukan Bagi Membolehkan Ronaldo Cemerlang di United

Wayne Rooney telah membuat satu pendedahan di mana beliau telah melakukan satu pengorbanan yang besar bagi membolehkan Cristiano Ronaldo bermain dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ketika mereka bergandingan bersama di Manchester United.

Gandingan Rooney dan Ronaldo telah bersama selama 5 musim di Old Trafford menyaksikan mereka telah memenangi 3 gelaran Premier League dan satu gelaran juara Champion League selepas dua kali ke perlawanan akhir.

Ketika menjadi rakan sepasukan Ronaldo dan Rooney telah ketawa bersama, menangis bersama mereka bersumpah harap mati pun bersama tetapi sejak dua menjak ini makin kerap mereka diganggu visi, bila celik juga bila mimpi.

Rooney telah menceritakan secara panjang lebar mengenai bekas rakan sepasukannya itu yang kini beraksi bersama Real Madrid ketika menjadi pundit atau pendeta dalam rancangan Sky Sports Monday Night Football.

ketawa bersama, menangis bersama mereka bersumpah harap mati pun bersama. Imej : Getty Images Sport

Sebagai lelaki budiman Rooney menceritakan tentang Ronaldo yang merupakan pemenang 5 kali Ballon d’Or dengan penuh rasa hormat dan penuh penghargaan.

Rooney telah mengorbankan peranannya sebagai penyerang dan bermain lebih bertahan supaya Ronaldo tidak perlu melakukan tugas bertahan.

“Kalau Cristiano Ronaldo ada dalam pasukan, kau takkan merampas benda yang terbaik dari beliau iaitu menjaringkan gol.”

“Biarkan Ronaldo segar dan sentiasa bersedia ketika pasukan memenangi bola untuk menjaringkan gol untuk kau.” Ujar Rooney.

“Jika kau mintak Ronaldo mengejar full back dan turun ke bawah untuk bertahan, itu akan mengganggu dan menjejaskan permainannya.”

Saat bersama Ado dan Oney. Imej : Reuters

Rooney akui pengorbanannya itu banyak menjejaskan permainannya namun demi Manchester United beliau tidak kisah seperti mana Aiman yang tak kisah.

“Itu banyak memberi kesan kepada permainan aku, tetapi pada masa tu Ronaldo merupakan pemain yang lebih berbahaya dan Ronaldo seorang pemain yang mampu mencipta keajaiban yang membolehkan kami memenangi perlawanan.”

“Seperti yang aku cakap sebelum ini, kami satu pasukan jadi kau tak perlu kisah untuk melakukan pengorbanan ini.”

3 gelaran Premier League dan satu gelaran juara Champion League. Imej : Daily Mirror.

Gandingan Rooney, Tevez dan Ronaldo merupakan antara gandingan terbaik ketika zaman Alex Ferguson. Rooney dan Tevez banyak melakukan kerja bertahan untuk membolehkan Ronaldo memberi yang terbaik.

“Kami mempunyai persefahaman yang baik kerana aku dan Tevez banyak melakukan tugas bertahan berbanding Ronaldo.”

“Tetapi dengan kehadiran Ronaldo, korang akan tahu bahawa beliau akan membantu kami memenangi perlawanan besar dan mencipta moment yang hebat.”

“Dengan pemain lain korang tak merasa la nak menang tapi tidak dengan Ronaldo. Untuk mendapatkan yang terbaik kau kena beri sokongan kepada Ronaldo.”

“Aku sangat bangga melakukannya untuk Ronaldo bagi membolehkan beliau menjaringkan gol penting dan membantu kami memenangi trofi.” Ujar Rooney lagi dengan hidung kembang-kempis tanda bangga.

Pengorbanan Rooney dibalas Ronaldo? Imej : FunnySportFootball

Begitulah kisah pengorbanan dan semangat berpasukan Shrek untuk Ronaldo demi kejayaan pasukan Manchester United.

BACA:  Rooney Hadiah Tevez Lamborghini Selepas Pemain Lain Mengejek Tevez