Rooney Dianugerahkan Trofi Premier League goal of the month

Wayne Rooney telah dianugerahkan trofi Premier League goal of the month selepas menjaringkan satu gol cantik buat Everton dari garisan tengah padang ketika menentang West Ham United pada 29 November lalu.

Sejak menjaringkan gol menentang West Ham, Rooney kembali menggegar jaring untuk dua perlawanan berikutnya ketika menentang Newcastle dan di Merseyside Derby yang membuatkan Klopp tidak keruan.

Wayne Rooney mempamerkan aksi terbaiknya bagi tahun ini dengan melakukan hatrik ketika Everton menewaskan West Ham United 4-0 di hadapan pengurus baru mereka Sam Allardyce yang belum lagi memulakan tugas.

Nampak apa aku pegang?

Bekas pemain England itu melengkapkan hatrik dengan satu gol jarak jauh yang cantik dari kawasan sendiri. Jaringan jarak jauh kedua Rooney keatas West Ham United, gol sama dilakukan pada 2014.

Pengurus baharu West Ham, David Moyes hanya memerhatikan dari tepi padang gol dari bekas anak buahnya ketika di Everton dan Manchester United sebelum ini.

Goal of the season atau Puskas?

Alan Shearer dan Rio Ferdinand teruja melihat gol padu dari Rooney.

BACA:  Lingard Dipermainkan Oleh Rooney Begitu Saja