Rooney Jelaskan Mengapa Beliau Memilih Messi Lebih Hebat Berbanding Ronaldo

Sejak 15 tahun kebelakangan ini, hampir kesemua pemain dan bekas pemain akan di tanya satu soalan yang sama. Ianya adalah meminta pandangan mereka tentang siapa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

Walaupun Messi telah mengatasi Ronaldo dari segi pungutan piala Ballon d’or dengan enam berbanding lima. Perdebatan tentang mereka tetap menjadi topik hangat untuk dibahaskan.

Ada yang mengaitkan dengan kejayaan bersama pasukan kebangsaan, gaya permainan, Ronaldo sudah bermain di banyak liga berbeza sedangkan Messi tidak dan bilangan gol yang berjaya mereka jaringkan.

Itu semua antara topik yang sering dibahaskan bila berbicara tentang dua pemain terhebat sepanjang zaman ini.

Bahkan kehidupan peribadi mereka berdua turut dibahaskan untuk menentukan siapa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo.

Namun yang sebenarnya paling layak untuk berbicara soal ini adalah pemain yang pernah beraksi bersama kedua-dua pemain hebat itu. Tidak kira beraksi dalam pasukan yang sama atau pasukan lawan

Sebelum ini ramai yang sudah meluahkan pendapatan mereka sendiri seperti David Beckham, De Maria, Legenda Pele dan ramai lagi.

Wayne Rooney menjadi pemain terbaru yang diminta melemparkan pendapatnya tentang siapa lebih hebat antara dua pemain itu.

Apa yang mengejutkan adalah, Rooney lebih memilih Messi berbanding Cristiano Ronaldo yang pernah beraksi bersamanya di Manchester United.

Memandangkan Rooney pernah menghabiskan lima musim beraksi bersama Cristiano Ronaldo, beliau adalah saksi yang melihat transformasi perubahan Ronaldo dari bersama setan merah hingga sekarang.

“Ronaldo tidak terlalu focus untuk menjaringkan gol, tetapi apabila kami mula bermain bersama, saya nampak satu-satunya hal yang dia mahu adalah untuk menjadi pemain terbaik di dunia.”

Tulis Rooney di The Times.

“Beliau tidak henti untuk berlatih dan berlatih lalu akhirnya membuahkan hasil. Ronaldo menjadi seorang penjaring gol yang sangat hebat. Tidak boleh dinafikan bahawa dia dan Messi adalah dua pemain terbaik pernah dilihat.”

“Tetapi, walaupun saya bersahabat baik dengan Ronaldo, saya akan lebih memilih Messi.”

“Alasan saya adalah sama seperti saya menonton Xavi dan Scholes, dua individu berbeza tetapi ada dalam diri Messi.”

” Saya pernah cakap tentang ketenangan dan saya tidak ingat bila saya melihat Messi menjaringkan gol dengan rembatan padu. Dia cuma menolak bola masuk ke gol, dia menjaringkan gol dengan mudah.”

“Ronaldo lebih aggressive ketika dalam kotak, beliau tajam. Tetapi Messi akan mainkan minda anda dahulu sebelum musnahkan anda. Dengan Messi anda akan berasa kecewa dan dia akan berseronok”.

“Kedua-duanya telah mengubah permainan sepenuhnya dari segi jumlah gol dan saya rasa mereka tidak akan pernah sepadan.”

Itu lah apa yang dilakukan oleh Messi ketika Barcelona menewaskan setan merah ketika aksi dalam saingan Liga Juara-juara tahun 2009.

Pemenang enam kali Ballon d’or itu telah dipilih oleh para peminat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Messi turut menjaringkan gol kedua dalam perlawanan dan gol tandukannya itu masih dikenang oleh beliau sebagai gol tercantik peribadinya hingga hari ini.

Dua tahun selepas itu Messi sekali lagi menjadi pemusnah setan merah apabila beliau menjaringkan gol untuk Barcelona sekali lagi menewaskan United.

Rooney betul, tidak ada kata lain selain penyeksaan dan hampir satu dekad, Messi masih memukau dan menyiksa lawannya dengan cara yang sama.

BACA:  Rooney Masih Tak Puas Kemenangan Man City Ke Atas QPR 10 Tahun Lalu Tidak Disiasat