Roy Keane Pertikai Pemilihan Jordan Henderson, Adakah Sekadar Jadi Badut Pasukan England?

Roy Keane telah mempertikaikan pemilihan Jordan Henderson untuk pasukan England dan adakah Henderson akan sekadar menjadi badut tiga singa yang pandai membuat magic guna daun terup?

Pendapat Roy Keane mengenai pemilihan Jordan Henderson terus mendapat perhatian ramai kerana ia sangat kelakar, ganas dan keras. Kena dengan sifat Keane.

Jordan Henderson telah diketepikan dari pasukan sejak tiga bulan lalu kerana kecederaan groin yang telah dialami dalam perlawanan Merseyside Derby pada februari.

Walaupun masih tidak cergas sepenuhnya dan sangat kurang tajam untuk perlawanan. Gareth Southgate telah memasukkan Jordan Henderson dalam senarai akhir 26 pemain.

Sebelum perlawanan menentang Romania yang merupakan perlawanan pemanas badan terakhir England menantikan Euro bermula Roy Keane telah mempersoalkan tahap kecergasan Henderson:

“Jelas sekali Jordan tidak cergas. Aku fikir dia tidak patut bermain.” Ujar Keane ketika bersama ITV.

“Jika beliau tidak boleh bermain menentang Romania kerana permainan hari ini akan menjadi sukar untuk dia secara fizikal dan mental selepas tidak menendang bola selama 3 bulan setengah. Ini tidak boleh.”

Roy Keane kemudian bertanya apakah fungsi Henderson adakah dia akan melakukan helah/magik dengan menggunakan daun terup di kem latihan?

“Aku dengan orang cakap mereka mahu Henderson berada di sana, untuk apa? Adakah dia melakukan helah daun terup? Adakah dia akan menyanyikan lagu? Adakah dia melakukan kuiz setiap petang?”

“Apa dia buat sebenarnya? Jordan merupakan seorang pemain yang berpengalaman. Pasti Jordan tidak mahu berada di dalam pasukan hanya sebagai tukang sorak.”

“Kau nak bermain dan kau jelas tak mampu untuk beraksi.”

Keras dan menusuk kalbu kata-kata daripada Roy Keane seolah-olah Jordan Henderson disenaraikan hanya untuk menjadi badut pasukan England sahaja.

Jordan Henderson telah dimasukkan oleh Gareth Southgate pada minit ke-46 menggantikan Kalvin Philip dan kemudian kembali memakai lilitan ketua pasukan selepas Marcus Rashford dikeluarkan.

Kemudian Jordan Henderson bertindak bodoh dengan merampas sepakan penalti yang sepatutnya dilakukan oleh Dominic Calvert Lewin.

Lebih malang dan bertambah-tambah kebodohan Jordan Henderson apabila sepakan penaltinya mudah diselamatkan oleh penjaga gol Romania, Florin Nita.

Ternyata Jordan Henderson mahu mengambil semua kebodohan yang wujud menjadi miliknya seoran lantaran bodoh itu percuma.

Entah apa yang akan diperkatakan oleh Roy Keane selepas melihat apa yang dilakukan oleh Jordan Henderson yang boleh meragut keharmonian pasukan.

Itu belum dikira dengan jawapan bodoh selepas tamat perlawanan berkenaan kegagalan sepakan penalti beliau.

England 1-0 Romania

England meneruskan perlawanan pemanas badan sebagai persiapan untuk menghadapi Euro 2020, turun menentang Romania yang berlangsung di Stadium Riverside, Middlesbrough.

Gareth Southgate terus bereksperimen dengan menurunkan Ben Godfrey, Ben White dan James Ward-Prowse dikesebelasan utama. Tiga pemain yang sudah digugurkan.

Kontroversi menyelubungi pasukan England apabila tindakan para pemain berlutut sebelum perlawanan telah diboo dan diejek oleh penyokong sendiri.

Ini kerana ada yang menentang ritual melutut untuk menolak unsur perkauman itu dianggap sebagai perbuatan yang berunsurkan politik.

Ahli Parlimen Ashfield di Nottinghamshire, Lee Anderson menentang keras perbuatan ini dan menyifatkannya sebagai “gerakan politik” yang berisiko memecah belahkan “penyokong tradisional”.

Jesteru itu Lee Anderson telah memboikot perlawanan England dan inilah kali pertama beliau tidak akan menyaksikan perlawanan pasukan kesayangannya.

facebook.com/LeeAndersoninAshfieldEastwood/posts/3808945312538745

Penjaga gol West Bromwich Albion, Sam Johnstone akhirnya mendapat cap pertama bersama England yang mendapat peluang bermain 90 minit.

Marcus Rashford turut diturunkan dalam kesebelasan utama dan diberikan lilitan ketua pasukan untuk perlawanan menentang Romania ini.

Diusia 23 tahun 218, Rashford menjadi pemain termuda menjadi kapten sejak Michael Owen melakukannya ketika menentang Slovkaio pada Jun 2003 di usia 23 tahun 179 hari.

Secara kebetulannya ketika Michael Owen dilantik menjadi kapten pada 2003 itu, perlawanan berlangsung di tempat yang sama iaitu, Stadium Riverside, Middlesbrough.

England bermain dengan penuh yakin dengan permainan menyerang yang agak menghiburan bagi satu perlawanan persahabatan.

Pada separuh masa pertama menyaksikan percubaan Dominic Calvert Lewin dan juga pemain buruan Manchester United, Jadon Sancho telah menghentam palang.

Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-68 dari sepakan penalti selepas Jack Grealish dijatuhkan oleh Tiberiu Capusa.

Ini merupakan gol ke-100 dalam karier Rashford bersama negara dan juga kelab, di mana 88 untuk Manchester United dan 12 gol untuk England.

Jordan Henderson yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Kalvin Phillips membuat kemunculan pertama sejak 20 februari 2021.

Jordan Henderson gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Dominic Calvert Lewis telah dikasari dengan aksi kung fu oleh Vlad Chiriches.

Sepakan Jordan Henderson mudah dibaca dan diselamatkan oleh penjaga gol Romani, Florin Nita dan tiada gol tambahan sehingga tamat perlawanan.

Selepas perlawanan ketika ditanya mengenai kegagalan Jordan Henderson menyempurnakan penalti, Gareth Southgate tidak menyangka Henderson memandai-mandai mengambil sepakan.

“Aku jangkakan Dominic akan membuat sepakan dan bila Hendo tampil ke depan aku fikir dia akan pergi dan Dominic akan membuat sepakan. Aku akan periksa balik apa yang terjadi.”

Gareth Southgate beranggapan England mampu menang dengan jumlah jaringan yang selesa dan pada separuh masa pertama pemain tidak bekerja keras ketika kehilangan bola.

Pada separuh masa kedua permainan bertambah baik selepas bermain dengan 4-3-3.

Jack Grealish terus menyerlah dan menjadi pemangkin kepada bahagian serangan England yang membawa sinar kepada jentera serang dengan bijak mencipta ruang dan peluang.

Seperti biasa Jack Grealish tidak pernah jemu melakukan larian cap dagangnya dari tepi masuk ke kotak penalti untuk mendapatkan foul dari lawan.

Hasilnya satu sepakan penalti diperolehi dan menjadi gol kemenangan England dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

England: Johnstone, Godfrey, Mings, White, Shaw, Phillips, Ward-Prowse, Sancho, Calvert-Lewin, Rashford, Grealish

Subs: Pickford, D Henderson, Ramsdale, Trippier, Coady, J Henderson, J Lingard, Watkins, Bellingham, Kane, Rice

Romania: Nita, Sorescu, Chiriches, Nedelcearu, Camora, Cicaldau, Marin, Stanciu, Ivan, Alibec, Paun

Subs: Vlad, Iacob, Căpușa, Ganea, Rus, Maxim, Morutan, Hagi, Buedescu, Olaru, Baluta

BACA:  Jawapan Bodoh Henderson Selepas Gagal Sepakan Penalti Undang Kemarahan