Sadio Mane Pamer Aksi Luar Biasa Dasyat Bawa Senegal Ke Final AFCON 2021

Sadio Mane membuktikan yang beliau juga layak dianggap sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, selepas berjaya membawa Senegal ke aksi perlawanan akhir saingan AFCON 2021.

Beliau berjaya menjaringkan satu gol dan turut mencatatkan assists yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membantu Senegal mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Burkina Faso di pusingan 16 terbaik.

Mane jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan peringkat separuh akhir itu.

Beliau mencatatkan statistik yang sangat dasyat ketika membantu Senegal menyingkirkan Burkina Faso dari kejohanan ini.

Mane mencatatkan 100% ketepatan percubaan, 58 sentuhan, 5 take-ons, mencipta 5 peluang, 3 percubaan tepat, memenangi 3 foul, melakukan dua tackle, mencatatkan satu assists dan turut menjaringkan satu gol untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Senegal terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini menerusi Abdou Diallo yang menyempurnakan hantaran dari Kalidou Koulibaly.

Sadio Mane kemudiannya mencipta gerakan solo yang sungguh dasyat untuk mencatatkan assists yang sungguh menakjubkan untuk gol kedua Senegal yang dijaringkan oleh Idrissa Gueye.

Ibrahim Blati Toure kemudiannya berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Burkina Faso, seterusnya menghidupkan peluang untuk mereka melakukan comeback.

Malang untuk Burkina Faso, Sadio Mane muncul meledak gol ketiga untuk Senegal pada minit ke-87 permainan, seterusnya mematikan harapan mereka untuk melakukan comeback.

Gol tersebut merupakan gol ketiga Sadio Mane dari enam penampilan dalam saingan AFCON 2021, dengan beliau turut berjaya mencatatkan tiga assists.

Sejak dari aksi debutnya dalam pertandingan Piala Benua Afrika ini pada tahun 2015 yang lalu, Sadio Mane sudah berjaya menjaringkan 8 gol dan mencatatkan tiga assists dari 11 penampilan.

Pada edisi kali ini, beliau jelas sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang Mane merupakan antara pemain terbaik di kejohanan pada kali ini.

Senegal sememangnya antara calon kegemaran untuk memenangi pertandingan pada kali ini, dengan mereka kini sudah selangkah lagi untuk menjadikan hal itu sebagai satu kenyataan.

Senegal pada ketika ini merupakan pasukan dari benua Afrika yang berada di ranking terbaik dalam senarai ranking FIFA, dan jelas sekali mereka sangat berharap untuk muncul sebagai juara AFCON pada tahun ini.

Mereka telah dikecewakan oleh Algeria ketika aksi perlawanan akhir saingan AFCON edisi 2019 dan Senegal turut pada tahun ini dalam misi untuk menang.

Senegal juga cemerlang mencatatkan rekod tidak terkalahkan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, dengan mereka hanya mencatatkan satu sahaja keputusan seri.

Mereka merupakan pasukan paling kuat untuk kejohanan pada tahun ini, dengan 27 pemain yang ada dalam skuad Senegal merupakan antara bintang-bintang besar dalam dunia bola sepak.

Edouard Mendy, Sadio Mane, Chiekhou Kouyate, Kalidou Koulibaly dan Idrissa Gueye merupakan antara bintang-bintang besar yang akan turun mewakili Senegal di kejohanan AFCON pada tahun ini.

Bakal lawan Senegal dalam aksi perlawanan akhir nanti merupakan pasukan tuan rumah, Cameroon atau juara terbanyak AFCON, Egypt yang akan turun bertemu dalam aksi peringkat separuh akhir awal pagi esok.

Seandainya Egypt berjaya melayakan diri mereka ke aksi perlawanan akhir dengan menewaskan Cameroon, sudah tentu pertembungan antara Salah dan Mane akan mencuri perhatian ramai.

Kedua-dua pasukan ini juga akan bertembung satu sama lain di pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Qatar, dengan hanya salah satu pasukan sahaja dari mereka yang bakal layak.

Sangat sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa yang bakal muncul sebagai pemenang ketika kedua-dua pasukan ini bertemu nanti.

Namun satu hal yang pasti, Senegal sudah menarik nafas lega terlebih dahulu kerana tempat mereka dalam aksi perlawanan akhir sudah terjamin.

Sementara Egypt pula, mereka perlu berdepan tugas berat selepas ini kerana bakal berhadapan dengan pasukan tuan rumah, yang jelas akan bermati-matian untuk menang.

Sumber: CAF

BACA:  Mane Dakwa Liverpool Mampu Tewaskan Mana-Mana Pasukan Selepas Mara Ke Pentas Final UCL