Barcelona Dan Real Madrid Berebut Mahukan Sadio Mane

Barcelona perlu membayar £ 225 juta untuk menandatangani Sadio Mane musim panas ini, menghancurkan rekod dunia untuk perpindahan yang kini dipegang oleh Neymar.

Penyerang Liverpool itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barca atau saingannya Real Madrid untuk jendela perpindahan musim panas nanti, bersama dengan rakan sepasukan Mo Salah.

Satu perkara yang boleh melegakan Real ialah Barcelona perlu membayar lebih. Mengikut The Mirror, Barcelona mempunyai perjanjian dengan The Reds bahawa mereka akan membayar lebih £ 89 juta di atas nilai pasaran bagi mana-mana pemain Liverpool sehingga musim panas 2021.

Dengan Transfermarkt kini menilaikan pemain penyerang Senegal itu dengan nilai £ 135 juta. Maka itu bermakna gergasi Catalan perlu meleburkan £198 juta yang mereka terima dari PSG untuk penjualan Neymar bagi mendapatkan Sadio Mane.

Perjanjian itu dibuat kerana langkah untuk juara Sepanyol Barcelona mendapatkan Philippe Coutinho pada Januari 2018. Selepas menghabiskan beberapa bulan untuk cuba menandatangani pemain tengah Liverpool itu.  Barca akhirnya bersetuju dengan bayaran £ 140 juta kepadanya.

Sebahagian daripada perjanjian itu termasuk klausa yang mengatakan bahawa Barcelona harus membayar premium yang besar Sekiranya mereka mahu mendapatkan pemain lain dari Anfield hingga musim panas yang akan datang.

Dari pihak Quique Setien berharap agar mereka boleh menambah lagi pemain penyerang untuk Barcelona pada Januari lalu, selepas kecederaan yang menimpa Luis Suarez mengganggu musim mereka tetapi mereka gagal untuk mendapatkan sesiapa.

Kecederaan Ousmane Dembele selepas jendela pemindahan ditutup memberi mereka kesempatan untuk membuat tandatangan kecemasan dan membawa Martin Braithwaite.

Umur Suarez dan rekod kecederaan Dembele bermaksud bahawa Barca seharusnya dapat melihat untuk menambah satu lagi pemain penyerang pada musim panas mereka, walaupun sudah banyak menghabiskan untuk Antoine Griezmann tahun lalu.

Walau bagaimanapun pesaing mereka Real Madrid mungkin mempunyai lebih banyak alasan untuk mencari pemain penyerang berkelas dunia, namun sehingga kini mereka masih gagal untuk mendapatkan pengganti Cristiano Ronaldo.

Masalah kecederaan Eden Hazard dan aksi tidak menentu beliau, telah menyebabkan banyak masalah di Bernabeu. Manakala Luka Jovic juga terbukti Menunjukkan aksi hambar setakat ini dengan hanya menjaringkan dua gol di La Liga. Zinedine Zidane tampaknya tidak mempercayai bekas penyerang Frankfurt itu.

Mane terus menjadi integral dengan kejayaan Liverpool dan pemain berusia 27 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dalam liga dan memberikan enam bantuan gol untuk rakan sepasukannya.

Sekarang ini tidak masuk akal bagi mana-mana pemain Liverpool untuk meninggalkan Merseyside. Tetapi daya tarikan Real dan Barca mungkin akan mempengaruhi keputusan pemain itu.

BACA:  Ansu Fati Meraikan Gol Dengan Berlari Mencari Doktor Yang Merawatnya