Sancho Berpotensi Ikut Jejak Van De Beek Sekadar Di Bangku Simpanan

Gary Neville memberi amaran jika tidak berhati-hati, Jadon Sancho berpotensi mengikut jejak rakan sepasukannya Donny Van De Beek yan menjadi seorang pemain yang sekadar memanaskan bangku simpanan.

Menjadi pemain simpanan bukanlah sesuatu yang pelik malah Ole Gunnar Solskjaer sendiri merupakan pemain simpanan yang masuk sebagai supersub yang mampu membawa perubahan kepada permainan.

Namun situasi sangat unik buat Donny Van De Beek yang dibeli untuk sekadar menjadi pemanas bangku simpanan yang sejati tanpa diberi peluang untuk mendapatkan minit permainan.

Donny Van De Beek menyertai Manchester United dengan reputasi yang gah sebagai salah seorang 30 calon terakhir untuk anugerah Ballon d’Or tahun 2019 lantaran kecemerlangan bersama Ajax.

Musim ini menyaksikan Donny Van De Beek yang bersama Setan Merah untuk musim kedua hanya bermain lima minit sahaja di Premier League sebagai pemain gantian ketika menang 4-1 ke atas Newcastle United pada 11 September. Sejak itu tiada aksi liga untuk VDB.

Jadon Sancho diikat dengan harga sebanyak £72.9 juta dan nilai tersebut telah dipersetujui oleh pihak Manchester United. Dikhabarkan juga, tiada syarat-syarat lauk tambah bagi harga tersebut.

Sejak menjadi suri hati Setan Merah, Sancho sangat disayangi dan tidak dibenarkan untuk bekerja sepenuh masa dan kadang-kala sahaja diberikan membuat kerja separuh masa.

Sancho jarang diberikan peluang untuk beraksi di teater impian, Sancho hanya bermain dari kesebelasan utama untuk tiga perlawanan dari 9 perlawanan Premier League setakat ini dan banyak bermula dari bangku simpanan.

Jadon Sancho masih lagi belum diberikan peluang bermain selama 90 minit penuh di Premier League dan gagal menjaringkan gol dan juga gagal mencipta assist dalam tujuh perlawanan Premier League dimana beliau diturunkan.

Lantaran itu Sky Sport Jerman tanpa belas dan berhati perut telah menjadikan rekod semasa Jadon Sancho itu sebagai bahan troll bersandarkan kepada nombor 007 yang sinonim dengan James Bond.

Gambar Jadon Sancho telah disunting dikenakan pakaian ikonik James Bond yang merupakan seorang ejen rahsia bersama dengan rekod permainannya ‘They call me 007 atau mereka gelar aku 007’. Troll ini masih valid kerana Sancho tidak turun beraksi.

Sancho The Next Van De Beek?

Pemain legenda Manchester United yang merupakan penjilat tegar Ole Gunnar Solskjaer, Gary Neville menzahirkan kembimbangan akan masa depan Jadon Sancho yang dikhuatiri bakal menjadi the next Van de Beek.

Kita biasa dengar the next Ronaldo atau the next Messi kan?

Ketika bercakap mengenai situasi Van De Beek di Old Trafford, Gary Neville memberi amaran kepada Sancho tentang situasi semasa pemain itu selepas bermula agak perlahan.

“Aku tidak boleh tidak memikirkan tentang Van de Beek.” Ujar Gary Neville.

“Siapa yang telah meletakkan nama mereka kepadanya? Siapa yang menajanya di Manchester United, £40 juta yang telah dibelanjakan untuk pemain muda yang hanya duduk memanaskan bangku simpanan dan tidak menendang bola sepak selama hampir 18 bulan?”

“Sancho, jika dia tidak berhati-hati, akan berakhir dengan cara yang sama. Dia bermain dalam beberapa perlawanan yang cukup menggerunkan beberapa minggu lepas, bukan dia… Maksud saya persembahan pasukan.”

Sebagai penjilat tegar Ole, Gary Neville tidak pernah mempersoalkan kredibiliti dan kualiti Ole sebagai pengurus tetapi amat laju dalam menyalahkan dan menghentam para pemain.

Neville menyifatkan Sancho masih tidak dapat menyesuaikan diri dan tidak serasi walaupun bermain bersama Manchester United yang jauh lebih hebat berbanding kelab lamanya.

“Sancho datang ke kelab dan kelihatan sangat tidak cocok dan serasi jika dilihat dari segi bola sepak. Sancho kini bermain dalam pasukan dan unit yang jauh lebih baik berbandin Borrusia Dortmund.

“Dia datang ke sini dan mungkin berfikir, ‘apa kejadahnya aku buat di sini? Apa ini?’.”

“Tiada organisasi, tiada struktur, work rate ketika betahan sangat teruk.”

Namun Neville telah memuji kerja keras Sancho ketika dia diturunkan di bahagian sayap oleh Ole Gunnar Solskjaer.

“Dia sebenarnya satu-satunya pemain, bilamana kau tengok statistik larian bertahan di kalangan pemain serangan dalam pasukan Manchester United, yang betul-betul buat kerja.

“Aku rasa dia sama ada di tempat kelima atau keenam daripada kalangan pemain serangan dalam pasukan empat teratas.

“Yang pastinya dia dalam top 10. Jadi memang dia ni boleh buat banyak kerja.”

Entah di mana silapnya dua pemain berkelas dunia kini hanya sekadar di bangku simpanan seperti menghitung menunggu mati agak kau jumpa yang di nanti. Jika dilihat pada pandangan Neville semua salah pemain dan Ole adalah pure holy soul.

BACA:  Borussia Dortmund Tidak Gembira Dengan Perpindahan Sancho Menyertai Manchester United