Sebab Mengapa Skuad Liverpool Kini Layak Dianggap Skuad Yang Sungguh Dasyat

Liverpool pada ketika ini selayaknya dianggap sebagai sebuah pasukan yang terhebat di muka bumi ini atas apa yang telah mereka persembahkan sepanjang musim ini.

Tidak dinafikan lagi, tiada mana-mana pasukan di dunia ini yang mungkin akan mampu melakukan hal-hal yang telah dilakukan oleh anak-anak buah Jurgen Klopp itu sepanjang musim ini.

Bahkan tidak ada pasukan dalam sejarah bola sepak Inggeris yang boleh dianggap setanding dengan skuad Liverpool pada musim ini.

Kehebatan Liverpool musim ini

Liverpool pada musim lalu bergelut dengan masalah kecederaan pemain dan mereka terpaksa berusaha keras untuk layak ke saingan Champions League musim ini.

Mungkin ramai yang tak meletakkan apa-apa kepercayaan kepada skuad The Reds itu pada musim ini, namun mereka sebenarnya sudah mencapai satu hal yang tidak masuk akal untuk dicapai.

Dari 36 perlawanan dalam saingan Premier League musim ini, anak-anak buah Jurgen Klopp itu hanya mencatatkan lapan sahaja keputusan seri dan dua kekalahan.

Ia mungkin tidak dianggap hebat memandangkan mereka kini sekadar berada di kedudukan kedua sahaja dalam carta saingan liga.

Walau bagaimanapun, memikirkan bagaimana mereka berjuang dalam semua pertandingan, jelas sekali sukar untuk mana-mana pasukan lakukan apa yang dilakukan oleh mereka pada ketika ini.

Liverpool berjaya mara ke perlawanan akhir saingan Carabao Cup dan FA Cup musim ini dan mereka turut cemerlang muncul Juara dalam kedua-dua pertandingan domestik di England itu.

Jika tiada skuad depth yang mantap, mustahil untuk sesebuah pasukan itu menang semua Piala domestik yang ada, dan berada di kedudukan terbaik liga pada masa yang sama.

Lebih menarik lagi, mereka turut berjaya layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League dan mereka akan turut bertemu Real Madrid pada hujung minggu ini.

Jadual padat

Secara purata, Liverpool terpaksa bermain satu perlawanan dalam tempoh tiga hari dan ia jelas sekali sesuatu hal yang sangat memenatkan.

Lebih menakjubkan lagi, boleh dikatakan Liverpool terpaksa bermain bermati-matian dalam kesemua perlawanan itu menggunakan pemain utama mereka kerana mereka mahu menyasarkan gelaran quadruple.

Tempoh 3 hari rehat untuk kembali beraksi jelas sekali tempoh yang sangat singkat apa lagi memikirkan yang Liverpool terpaksa berjalan ke luar negara dalam saingan Champions League.

Penat bermain belum hilang, ditambah pula dengan penat dalam perjalanan ia jelas sekali satu hal yang sangat menyukarkan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Sejak bulan lalu, boleh dikatakan kesemua pasukan yang akan bertemu Liverpool akan memiliki kelebihan dari segi persediaan.

Ketika pasukan lawan mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan, skuad Liverpool pula terpaksa turun beraksi dalam keadaan kepenatan.

Namun begitu, hebatnya mereka, hal seperti itu langsung tidak menjejaskan persembahan mereka dan Liverpool tetap berjaya mencatatkan kemenangan.

Kejayaan mereka mampu menjuarai saingan FA Cup sudah boleh dianggap sebagai satu hal yang sungguh luar biasa dasyat.

Misalnya aksi bertemu Real Madrid nanti, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu jelas sekali akan turun dengan skuad terbaik mereka.

Mereka sudah sah menjuarai saingan La Liga musim ini dan Carlo Ancelotti tidak perlu menurunkan skuad terbaik beliau untuk menghabiskan baki saingan liga.

Sementara Jurgen Klopp pula, beliau tetap harus menurunkan skuad terbaiknya untuk semua baki perlawanan yang ada kerana kesemua perlawanan itu dianggap perlawanan penting.

Mampukah Liverpool menang baki dua Piala musim ini?

Selepas kejayaan mereka menjuarai saingan Carabao Cup dan FA Cup, Liverpool kini perlu memberi tumpuan untuk baki dua pertandingan yang masih mereka sertai.

Untuk menjuarai saingan Premier League, ia sepertinya agak sukar kerana Liverpool perlu mengharapkan Man City keciciran mata bertemu Aston Villa.

Mereka turut perlu konsisten menang baki dua perlawanan terakhir untuk memastikan gelaran Premier League menjadi milik mereka.

Namun untuk saingan Champions League pula, sepertinya Liverpool lebih berpotensi untuk membawa pulang Piala telinga capang itu berbanding Premier League.

Para pemain hanya perlu memberikan yang terbaik dalam perlawanan akhir nanti, dalam usaha untuk menewaskan Real Madrid seterusnya menjuarai saingan Champions League musim ini.

BACA:Β  Firmino Kejutkan Ramai Kerana Mahu Tinggalkan Al Ahli Dan Kembali Beraksi Di Premier League