Sejarah Piala Asia

piala asia qatar

Piala Asia merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Asian Football Confederation (AFC) untuk mencari juara benua Asia dan merupakan kejohanan bola sepak benua kedua tertua di dunia selepas Copa América dan panjang sejarahnya.

Sebanyak 46 pasukan yang bernaung di bawah AFC akan merebut kejuaraan Piala Asia yang diadakan setiap empat tahun ini dan hanya 24 pasukan sahaja akan ke pusingan akhir selepas melalui pusingan kelayakan.

Juara Piala Asia akan layak untuk beraksi di FIFA Confederations Cup yang turut disertai lagi oleh 5 pasukan juara benua yang lain iaitu CAF (Afrika), CONCACAF (Amerika Utara, tengah dan Carribean), CONMEBOL (Amerika Selatan), OFC (Oceania) dan UEFA (Eropah).

Selepas tahun 2004 lantaran pertembungan dengan kejohanan sukan yang lebih besar seperti Sukan Olimpik dan EURO setiap kali kejohanan berlangsung AFC membuat perubahan dengan memilih tahun berangka ganjil bagi membolehkan Piala Asia menjadi tumpuan.

Piala Asia seterusnya diadakan pada tahun 2007 di mana negera Asia Tenggara menjadi tuan rumah bersama iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sejak itu Piala Asia diteruskan seperti biasa iaitu setiap empat tahun.

Sejarah Format Piala Asia

Piala Asia buat pertama kalinya dilangsungkan pada 1956 di mana Hong Kong menjadi tuan rumah, Korea Selatan Juara dan Israel naib juara di edisi pertama di mana hanya 4 pasukan sahaja yang bertanding untuk edisi pertama (1956), kedua (1960) dan ketiga (1964).

Pada edisi keempat tahun 1968 satu pasukan lagi ditambah menjadi 5 pasukan. Bagi ediso 1972 dan 1976 sebanyak 6 pasukan bertanding di Piala Asia.

Jumlah pasukan bertanding terus berkembang menjadi 10 pasukan bagi edisi 1980, 1984 dan 1988. Ketika Jepun menjadi tuan rumah 1992 hanya 8 pasukan bertanding.

Bagi ediso 1996 dan 2000 sebanyak 12 pasukan beraksi di pusingan akhir. Bermula 2004 format 16 pasukan diguna pakai sehingga 2015. Dan bermula 2019 8 lagi slot ditambah menjadikannya 24 pasukan seperti hari ini.

Penambahan 8 slot ini membesarkan peluang untuk pasukan kerdil seperti Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain terutamanya untuk layak lebih kerap ke kejohanan bola sepak teragung Asia ini.

24 pasukan yang layak ke pusingan akhir dibahagikan kepada 6 kumpulan yang dihuni 4 pasukan. Juara dan naib juara layak ke pusingan kalah mati. Manakala 4 pasukan tempat ketiga terbaik akan melengkapkan slot pusingan 16 akhir.

Dominasi Piala Asia

Piala Asia secara umumnya telah didominasi oleh beberapa pasukan yang sama menjadi juara. Pasukan yang mendominasi lebih awal adalah Korea Selatan (2 kali) dan Iran (3 kali).

Sejak 1984, Jepun (4 kali) dan Arab Saudi (3 kali) pula muncul juara serta telah menjadi pasukan paling berjaya, Jepun dan Arab Saudi menduopoli dengan memenangi tujuh daripada sepuluh final terakhir.

Pasukan lain yang telah mencapai kejayaan ialah Qatar (juara semasa 2019), Australia (2015), Iraq (2007) dan Kuwait (1980). Israel menang pada 1964 tetapi kemudiannya dibuang dari AFC dan sejak itu menyertai UEFA.

Senarai Juara Piala Asia:

1956 – Korea Selatan
1960 – Korea Selatan
1964 – Israel
1968 – Iran
1972 – Iran
1976 – Iran
1980 – Kuwait
1984 – Arab Saudi
1988 – Arab Saudi
1992 – Jepun
1996 – Arab Saudi
2000 – Jepun
2004 – Jepun
2007 – Iraq
2011 – Jepun
2015 – Australia
2019 – Qatar
2023 – Malaysia

24 Pasukan Yang Layak Ke Piala Asia 2023

Senarai 24 pasukan yang layak ke Piala Asia 2023 telah diketahui sejak 2022 lagi. Piala Asia 2023 sepatutnya dilangsungkan di China ini merupakan edisi ke-18 kejohanan.

Lantaran wabak melanda dunia sejak 2020, China telah menarik diri selaku tuan rumah dan venue pertandingan dibuka kembali bagi mencari tuan rumah.

Qatar dilihat sebagai calon terbaik dengan fasiliti terkini dan tercanggih. AFC akhirnya memilih Qatar. Lantaran itulah kejohanan ini ditangguhkan ke Januari 2024.

Senarai pasukan Piala Asia 2023:

1. Australia
2. China PR
3. Iran
4. Jepun
5. Korea Selatan
6. Lubnan
7. Oman
8. Qatar
9. Arab Saudi
10. Emiriah Arab Bersatu
11. Vietnam
12. Jordan
13. Palestine
14. Uzbekistan
15. Bahrain
16. Tajikistan
17. India
18. Iraq
19. Syria
20. Indonesia
21. Thailand
22. Hong Kong
23. Malaysia
24. Kyrgyzstan

BACA:  Mancini Beri Alasan Silap Kira Jumlah Sepakan Punca Tinggalkan Pasukan Ketika Arab Saudi Masih Bertarung Penalti