Selepas Menandatangani Donnarumma, PSG Kini Ada Sembilan Penjaga Gol Dalam Skuad Utama

Paris Saint Germain kini mempunyai sembilan penjaga gol utama dalam skuad mereka selepas kejayaan untuk menandatangani Gianluigi Donnarumma.

Sembilan penjaga gol utama dalam sebuah pasukan sememangnya satu angka yang terlalu banyak dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan oleh gergasi Perancis itu dengan menyimpan begitu ramai penjaga gol.

Selepas berjaya membantu Itali memenangi gelaran Euro 2020 baru-baru ini dan turut dinamakan sebagai UEFA Player Of The Tournament, Donnarumma telah menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan PSG.

Penjaga gol berusia 22 tahun itu akan berebut tempat dalam kesebelasan utama skuad dengan Keylor Navas di Parc des Princes.

Ia tentunya akan memeningkan kepala Mauricio Pochettino untuk memilih penjaga gol utamanya selepas ini dengan kedua-dua Donnarumma dan Navas mempunyai kelebihan masing-masing.

Hanya dua dari sembilan penjaga gol itu yang mungkin akan berebut tempat dalam skuad utama dengan tujuh lagi pemain mungkin memang dimiliki untuk jadi back up sahaja.

Musim lalu, Navas jelas merupakan penjaga gol utama dan tembok harapan untuk skuad PSG dengan Sergio Rico menggalas tugas sebagai penjaga gol simpanan.

PSG turut memiliki penjaga gol berusia 21 tahun, Marcin Bulka dan Garissone Innocent yang masih diperam dalam skuad utama mereka.

Begitu juga dengan dua penjaga gol muda mereka Lucas Lavelle dan Denis Franchi yang masih menunggu peluang untuk dipanggil menyertai skuad utama PSG.

Selain empat penjaga gol muda itu, PSG turut memiliki bintang berusia 30 tahun, Alexandre Letellier yang baru sahaja menandatangani perjanji baru bersama kelab walaupun masih belum membuat penampilan bersama skuad utama lagi.

Walau bagaimanapun, dari sembilan penjaga gol yang dimiliki, PSG mungkin akan mengurangkannya kepada lapan dengan Alphonse Areola dikatakan akan menandatangani perjanjian secara kekal bersama West Ham musim panas ini.

Bintang berusia 28 tahun itu musim lalu menghabiskan waktu sebagai pemain berstatus pinjaman bersama Fulham yang tersingkir dari saingan Premier League di bawah kendalian Scott Parker.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Donnarumma mungkin akan dipinjamkan ke pasukan lain selepas ini namun andai ia benar, tentunya keputusan itu akan menimbulkan beribu persoalan.

Bekas penjaga gol AC Milan itu ditandatangani secara percuma selepas kontraknya bersama gergasi Serie A tamat dan beliau kini memilih nombor 50 sebagai nombor jersinya yang baru bersama PSG.

“Saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian dari kelab besar ini.”

Jelas Donnarumma kepada laman rasmi PSG selepas menandatangani kontraknya pada Rabu lalu.

“Saya rasa yang saya sudah bersedia dengan cabaran yang baru ini dan akan terus berkembang di sini.”

“Dengan Paris, saya mahu menang sebanyak mana yang mampu saya capai dan mahu beri kebahagiaan kepada para penyokong.”

Zizan Razak Itali

Donnarumma tidak dinafikan sememangnya seorang penjaga gol muda yang sungguh berbakat dan mempunyai kemampuan yang luar biasa menakjubkan.

Beliau ketika ini merupakan antara penjaga gol terhebat dunia apa lagi selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan dalam saingan Euro 2020.

Dipilih sebagai Player Of The Tournament sudah cukup untuk menunjukkan betapa hebat dan menakjubkannya bakat Donnarumma dan bertuahnya PSG mampu mendapatkan beliau menerusi perjanjian perpindahan secara percuma.

Perebutan tempat untuk beraksi sebagai kesebelasan utama antara Donnarumma dan Navas juga tentunya sangat menarik untuk disaksikan.

Mampukah Donnarumma mengambil tempat Navas sebagai penjaga gol utama PSG? Adakah beliau akan bantu kelab untuk memenangi Champions League yang diimpikan? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Donnarumma Menangis Ketakutan Diugut Diluar Pusat Latihan