Donnarumma Bergaduh Dengan Penyokong Milan Selepas Tamat Aksi Bertemu England

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma telah diganggu dan dihina oleh para penyokong AC Milan selepas tamat aksi dalam saingan Nations League.

Selepas tamat aksi perlawanan bertemu England itu, Donnarumma telah terlibat dengan insiden pertengkaran bersama para penyokong AC Milan.

Media Itali, Corriere della Sera melaporkan yang penjaga gol Paris Saint Germain itu telah dimaki hamun oleh penyokong sebaik beliau meninggalkan Molineux selepas tamat aksi terikat tanpa jaringan bertemu England.

Donnarumma kemudiannya rasa tercabar lalu berpaling ke arah penyokong yang tidak henti-henti memaki hamun beliau itu dan segera berdepan dengannya.

Para penyokong tersebut merupakan kumpulan penyokong yang menunggu para pemain dan meminta tandatangan mereka sebelum menaikki bas.

Pada awalnya Donnarumma langsung tidak memperdulikan hinaan dari penyokong itu, namun selepas ianya berterusan beliau mula hilang pertimbangan.

Dek kerana Donnarumma mula bertindak balas, maka berlakulah berbalahan antara beliau dengan penyokong.

Ketika insiden itu berlaku, beberapa pegawai dari skuad kebangsaan Itali berusaha menenangkan penjaga gol PSG itu dan mendamaikan keadaan.

Gianluigi Donnarumma merupakan pemain dari skuad akademi AC Milan namun beliau memilih untuk meninggalkan kelab pada musim panas lalu untuk sertai PSG.

Beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab dan akhirnya meninggalkan San Siro sebagai pemain bebas ejen.

Keputusan beliau mahu meninggalkan kelab telah membangkitkan kemarahan para penyokong Milan dan walaupun beliau beraksi bersama skuad Itali, ia sama sekali tidak mengurangkan rasa marah penyokong terhadapnya.

Dan walaupun Donnarumma menjadi wira kemenangan Itali menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020, para penyokong Milan masih tidak boleh melupakan apa yang beliau lakukan.

Selepas tamat kejohanan pada musim panas lalu itu, para ultras Itali mendedahkan yang ada dua banner yang dinaikkan khas ditujukan kepada penjaga gol mereka.

“Berhati-hati, kami tak lupa pembelot.”

Tulis salah satu banner yang dinaikkan oleh ultras.

“Kami tak lupa pembelot, berhati-hati ketika kamu pulang ke Milan.”

Tulis banner kedua.

“Donnarumma si bodoh yang tak bersyukur.. kamu sedut lebih banyak dari Leonardo.”

Leonardo merupakan bekas pemain AC Milan yang kemudiannya menjadi sporting director kelab dan beliau kemudiannya meninggalkan AC Milan untuk sertai Inter Milan sebagai sporting director mereka.

Di usia 16 tahun, Donnarumma telah membuat penampilan bersama skuad utama AC Milan dan beliau tidak menunggu lama untuk dipilih sebagai penjaga gol utama kelab.

Secara keseluruhannya, beliau telah membuat 251 penampilan untuk kelab dan turut dianggap sebagai antara penjaga gol terhebat dalam sejarah kelab.

Ketika musim pertama bersama PSG, penjaga gol kebangsaan Itali itu hanya membuat 17 penampilan sahaja dan beliau kekal menjadi pilihan kedua dibelakang Keylor Navas.

Donnarumma sepertinya perlu berusaha lebih keras lagi untuk merebut tempat sebagai penjaga gol utama Paris Saint Germain menggantikan Navas.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya mempunyai bakat yang sungguh luar biasa dasyat, namun harus diakui yang Navas selain berbakat, beliau juga turut mempunyai pengalaman yang menakjubkan.

Musim baharu nanti, Donnarumma perlu membuktikan yang beliau sudah bersedia untuk menjadi tembok terakhir Paris Saint Germain dan meyakinkan Mauricio Pochettino bahawa tempat sebagai penjaga gol utama kelab harus menjadi miliknya.

Sama ada beliau berjaya atau tidak, ia bergantung kepada usaha beliau untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kenali Sandro Tonali, Pemain Muda Yang Dicanang Bakal Gantikan Tempat Andrea Pirlo