‘Semakin Menjadi-Jadi’ – Messi Ledak 5 Gol Bantu Argentina ‘Tibai’ Estonia

Lionel Messi berjaya membantu Argentina membenam Estonia dengan meledak kesemua 5 gol mereka dalam perlawanan tersebut.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu bersinar ketika aksi bertemu Itali dalam saingan Finalissima di Wembley awal minggu lalu.

Lionel Messi berjaya mencatatkan dua assists ketika membantu Argentina mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan juara saingan Euro 2020 itu.

Beliau kemudiannya semakin menjadi-jadi dengan membantu juara Copa America itu untuk membelasah Estonia di El Sadar awal pagi tadi.

Lionel Messi berjaya mencatatkan hat-trick pada minit ke-47 permainan dan kemudiannya beliau berjaya menambah dua lagi gol peribadinya pada minit ke-71 dan 76 permainan.

Ini merupakan kali kedua Messi berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan dengan yang pertama ketika beliau masih beraksi bersama Argentina.

Messi ketika itu membantu Barcelona membelasah Bayer Leverkusen dalam aksi saingan Champions League pada tahun 2012 dengan meledak lima gol.

Estonia menjadi negara ke-30 yang berjaya dibolosi oleh Messi bersama skuad kebangsaan Argentina dan beliau kini memperbaiki rekodnya dengan mencatatkan 769 gol sepanjang kariernya di kedua-dua peringkat kelab dan negara.

Messi mungkin gagal untuk mendapatkan persembahan terbaiknya ketika beraksi bersama Paris Saint Germain sepanjang musim ini.

Walau bagaimanapun, ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina, beliau sepertinya senantiasa berjaya memberikan yang terbaik.

Beliau setakat ini hanya mampu menjaringkan enam gol sahaja dalam saingan Ligue 1 bersama PSG, dan itu bukanlah satu rekod yang baik untuknya.

Rakan sepasukannya juga jelas sekali sangat mengagumi Messi dengan mereka semua dilihat berebut-rebut mahu bergambar dengan bintang PSG itu selepas kejayaan menewaskan Itali kemarin.

Semua pemain Argentina mahu bergambar bersama Lionel Messi

Lionel Messi merupakan pemain paling sibuk selepas tamat aksi kemenangan 1-0 Argentina menewaskan Itali dalam aksi saingan Finalissima semalam.

Beliau sepertinya tak sempat untuk menikmati kejayaannya menjulang piala kedua bersama Argentina kerana kesemua rakan sepasukannya mahu bergambar bersamanya.

Argentina berjaya menewaskan Itali 3-0 di Wembley dalam aksi perlawanan yang menemukan antara juara saingan Copa America bertemu juara saingan Euro 2020 itu.

Argentina berjaya mencatatkan kemenangan dengan Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Ketua pasukan dan nadi penting Argentina itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan yang dilangsungkan di stadium Nasional England itu.

Messi berjaya mencatatkan assists yang sungguh dasyat ketika Lautaro Martinez meledak gol untuk Argentina dengan bintang PSG itu turut cemerlang mengaibkan Giovanni Di Lorenzo sebelum melorongkan bola mencari Martinez.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Messi jelas sekali menjadi pemain paling sibuk di atas padang dengan kesemua rakan sepasukannya berusaha mahu bergambar bersamanya.

Messi dan piala langsung tidak berpisah dengan seorang demi seorang pemain Argentina menghampiri beliau untuk bergambar bersamanya.

Laman Twitter rasmi Copa America turut memuat naik video yang menunjukkan bagaimana sibuknya Messi melayan hasrat rakan sepasukannya yang mahu bergambar bersamanya dan piala kemenangan mereka itu.

Pemain seperti Paulo Dybala, Juan Foyth dan Nicolas Otamendi kesemuanya tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama pemain terhebat sepanjang zaman Argentina itu.

Lebih menarik lagi, ada pegawai serta pengadil yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu.

Seorang demi seorang mendekati Messi yang ketika itu sedang benar-benar menikmati detik kejayaan beliau menjulang piala keduanya bersama skuad Argentina itu.

Pujian harus diberikan kepada Lionel Messi kerana beliau terus menerus melayan semua rakan sepasukan serta peminatnya itu untuk bergambar bersama.

“Ia merupakan perlawanan akhir yang indah. Semua warga Argentina di sini.”

Jelas Messi selepas tamat perlawanan.

“Apa yang kita nikmati di sini sememangnya sangat indah.”

“Kita di sini untuk berlawan dengan sesiapa saja. Hari ini merupakan ujian yang hebat kerana Itali sendiri pasukan yang hebat.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lionel Messi Pamer Aksi Menakjubkan Bantu PSG Benam Montpelier 4-0