Pengurus seketika Manchester United, Michael Carrick telah membela Cristiano Ronaldo dan permain pemain veteran itu tiada masalah untuk bermain dengan gaya Ralf Rangnick.
Ralf Rangnick sudah pun diumumkan secara rasmi selaku pengurus Interim, kini hanya menunggu kelulusan permit kerja dan visa yang masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.
Menurut laporan dari Sky Sports, Ralf Rangnick telah mendapat permit kerjanya dan boleh memulakan tugas selaku pengurus interim pada bila-bila masa.
Ralf Rangnick has been granted his work permit to begin work as Manchester United's new interim manager.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 2, 2021
Terdapat perdebatan mengenai bagaimana Ronaldo pemain terbaik dunia lima kali akan sesuai dengan perancangan taktikal Rangnick di Old Trafford, terutamanya dengan lelaki Jerman itu mungkin akan melaksanakan pressing style.
Bagi Michael Carrick tiada masalah untuk Cristiano Ronaldo beradaptasi dengan pressing style yang bakal dicorakkan Ralf Rangnick dan cerita bukan-bukan itu hanyalah satu mitos.
Ralf Rangnick was at Old Trafford today together with John Murtough. It’s his first time into the stadium – he was dreaming of Premier League chance, it’s now time to start. 🔴 #MUFC
He’s expected to be there in the stands also tomorrow for Man Utd-Arsenal.@oliverhunt111 📸⤵️ pic.twitter.com/M5oK1YEqO7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 1, 2021
Ini kerana menurut Carrick, Ronaldo sudah terbukti sebagai pemain yang mampu beradaptasi dengan pelbagai cara permainan kerana sudah beraksi di tiga liga berbeza dan tiada masalah untuk mencetak gol.
“Mungkin semua ini hanya mitos. Dia bermain dengan pelbagai pasukan dalam tempoh beberapa tahun ini dan berjaya bermain denga pelbagai gaya permainan.”
“Ronaldo tidak henti-henti menjaringkan gol untuk setiap pasukan beliau bermain dan aku pasti dia akan terus merobek jaring, tiada kesangsian tentang perkara itu.”
“Tak kira apa situasi pemain akan beradaptasi, kau perlu ada kemahiran untuk bermain dengan gaya/corak yang berlainan. Ralf jelas mempunyai susur galur yang hebat dalam jangka masa yang panjang dan berjaya dengan cara itu. Saya pasti pemain menantikan hari dan minggu akan datang.”
Ronaldo terbukti berjaya di Premier League, La Liga dan Serie A sebelum kembali ke Premier League serta tidak berdepan masalah untuk menjaringkan gol dikesemua liga yang pernah beliau beraksi.
Carrick sebenarnya mencetuskan beberapa perdebatan mengenai Ronaldo sendiri apabila dia menamakan pemain berusia 36 tahun itu disenarai bangku simpanan dan kemudian menggunakan taktik pressing dalam keputusan seri di Stamford Bridge.
Michael Carrick dismisses 'myth' that Cristiano Ronaldo can't press 🗣 https://t.co/yurirBphvI
— ESPN UK (@ESPNUK) December 2, 2021
Namun Carrick tenang dan secara profesional telah menangkis segala spekulasi kerana keputusan dilakukan atas kepentingan pasukan bukan peribadi.
“Nampaknya ia satu keputusan yang besar tetapi, sebenarnya, antara kami dan secara peribadi, ia tidak. Jika anda bertanya kepada Cristiano – cara dia bertindak balas adalah sempurna.
“Dia berada di sekitar bilik persalinan, dia luar biasa, dia menyokong pemain. Pada separuh masa saya masuk untuk melakukan perbincangan pasukan saya dan dia memanaskan badan selama 10 minit, bersedia untuk datang pada separuh masa kedua.
“Banyak yang boleh dibuat daripadanya dan [orang ramai] cuba memutarkannya dengan cara yang negatif tetapi di sebalik tabir ia sangat berbeza.”
Dalam pada itu Carrick juga menjelaskan bahawa beliau tidak terdesak untuk menjadi pengurus Manchester United dan gembira dengan cabaran yang datang sebagai sebahagian daripada pengalaman hidup.
This graphic illustrates just how bad we’ve been and why Ralf Rangnick is necessary pic.twitter.com/KmHQ1mDOS1
— Alexei (@MUFC_redarmy99) November 28, 2021
Rangnick dianggap sebagai insan yang tepat untuk mengubah prestasi Manchester United ketika ini berdasarkan statistik diatas dan dengan falsafah yang dibawanya.
Sebenarnya kemerosotan Setan Merah bukanlah disebabkan Ronaldo semata-mata kerana malas pressing tetapi kemerosotan Bruno Fernandes, kecelaruan McFred dan betapa huru-haranya benteng pertahanan terus melingkupkan pasukan.
Berharap kepada Ronaldo untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol dan berdoa agar David De Gea terus menyelamatkan gawang hasil kesilapan pertahanan adalah suatu perkara tidak masuk akal dan bola sepak adalah permainan berpasukan.
📚 Our new interim manager’s ethos… 🧠#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 29, 2021
Kehadiran Ralf Rangnick yang digelar bapa bola sepak Jerman menghadirkan harapan yang tidak masuk akal dari sesetengah penyokong dan membangkitkan iri hati di jiwa pembenci Manchester United.
Tanpa mereka sedar Rangnick hanya pengurus interim selama 6 bulan dan akan menjadi perunding kelab selepas itu untuk tempoh 2 tahun yang mungkin dapat mencorakkan kembali Manchester United dengan falsafah bola sepak yang baru.
Ralf Rangnick juga berpijak di dunia yang nyata apabila menyatakan tugasnya adalah untuk meningkatkan kembali prestasi pemain yang kini berada di bawah tahap sebenar.
“Tugas aku adalah untuk meningkatkan prestasi pemain. Pemain akan menurut jika kau membuatkan mereka semakin bagus. Itulah yang terbaik.”
Dengan permit kerja yang sudah diperoleh amat menarik untuk dilihat bagaimanan perubahan akan dibawa kepada pasukan Manchester United selepas ini.