Jan Oblak telah dinamakan sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini. Beliau berjaya mengatasi penjaga gol Brazil dan Liverpool Alisson Becker yang sebelum ini memegang gelaran itu.
Bintang Atletico Madrid itu telah mengagumkan banyak pihak dengan aksi hebat yang dipamerkan ketika perlawanan bertemu Liverpool dalam saingan Liga Juara-juara.
Beliau melakukan begitu banyak aksi penyelamatan yang sangat hebat dalam perlawanan itu. Aksi hambar Adrian dalam perlawanan itu menyebabkan Oblak lebih bersinar.
99 – No other goalkeeper has more clean sheets than Jan Oblak in the last ten @LaLigaEN seasons (99) @atletienglish. Strength. pic.twitter.com/p08EhtzBBo
— OptaJose (@OptaJose) April 9, 2020
Majalah bola sepak FourFourTwo telah menamakan Oblak ditempat pertama dan Alisson Becker di tempat kedua dalam senarai 10 penjaga gol terbaik dunia.
Kedua-dua penjaga gol berusia 27 tahun itu dianggap sudah berada di kemuncak karier masing-masing.
FourFourTwo turut menganggap Alisson dan Virgil Van Dijk merupakan dua penandatanganan terbaik untuk pasukan Liverpool.
Liverpool tampak berbeza sejak kehadiran dua pemain itu dan mereka telah berjaya memenangi beberapa kejuaraan utama dua musim terakhir ini.
Alisson Becker since joining #LFC
🔴 79 appearances
🧤 40 clean sheets
⚽ 51 goals conceded
📈 77% wins
🏆 1 UEFA Champions League
🏆 1 UEFA Super Cup
🏆 1 FIFA Club World Cup
🏆 1 Copa América
🏆 1 UEFA Goalkeeper of the Year
🏆 1 FIFA Goalkeeper of the YearIncredible 🙌🇧🇷 pic.twitter.com/AQPa1wLIEH
— Liverpool.com (@Liverpoolcom_) April 8, 2020
Penjaga gawang utama pasukan Barcelona, Marc Andre Ter Stegen berjaya menduduki kedudukan ketiga di dalam carta 10 penjaga gol terbaik dunia.
Dengan aksi kebal dan kental menjaga gawang gol pasukan Barcelona, Ter Stegen berjaya menewaskan rakan senegaranya Manuel Neuer yang sekadar berada di kedudukan kelapan dalam carta.
Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois dan penjaga gol Paris Saint Germain, Keylor Navas melengkapkan senarai lima teratas dengan masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.
🧤 Alisson Becker’s Premier League record in numbers:
• 58 appearances
• 48 wins
• 2 defeats
• 31 clean sheets
• 33 conceded
• 1 assist
• 1 Golden Gloves Award pic.twitter.com/FpaF0Yt2xe— LFC Stats (@LFCData) April 6, 2020
Berikut merupakan senarai 10 penjaga gol terbaik dunia setakat ini mengikut pemilihan dari FourFourTwo.
Senarai 10 penjaga gol terbaik dunia
10. David de Gea (Man United)
9. Ederson (Man City)
8. Manuel Neuer (Bayern Munich)
7. Samir Handanovic (Inter Milan)
6. Peter Gulasci (RB Leipzig)
The goalkeeper position was a big topic in Madrid after Casillas left the club after over 20 years. They decided to sign Keylor Navas after his good world cup. Navas wasnt the tallest, but his acrobatic abilities + his reflexes made him the perfect keeper for Real. pic.twitter.com/RPQfXl9Ij9
— Vice 🇩🇪 (@ViceThfc) March 1, 2020
5. Keylor Navas (PSG)
4. Thibaut Courtois (Real Madrid)
3. Marc-Andre ter Stegen (Barcelona)
2. Alisson Becker (Liverpool)
1. Jan Oblak (Atletico Madrid)
Since joining Atletico Madrid in 2014, Jan Oblak has faced 537 shots on target.🎯
During that time he has saved 431 of those!😯 pic.twitter.com/BRAZWho9w1
— Football Talk (@Football_TaIk) March 19, 2020
Selain Alisson yang berada di kedudukan kedua di dalam senarai, terdapat dua lagi penjaga gol premier league yang berada dalam senarai ini.
Bintang sensasi setan merah, David De Gea berada di kedudukan ke 10 didalam senarai kerana beliau tidak menunjukkan persembahan terbaiknya pada musim ini.
Yes it’s a poor throw from Ederson, but McTominay’s technique here is top class. pic.twitter.com/DrwSJVDFYg
— Joe Crann (@YesWeCrann) March 9, 2020
Di tangga ke sembilan menjadi milik penjaga gol utama Manchester City, Ederson. Musim ini antara musim paling suram untuk penjaga gol kedua Brazil itu.