Senarai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Liverpool

Steven Gerrard merupakan salah seorang pemain paling di sayangi oleh para peminat pasukan Liverpool.

Bekas ketua pasukan Liverpool itu dianggap legenda terbaik pasukan dan menjadi pemain terhebat pernah the reds miliki.

Seperti pasukan lain, Liverpool turut membuka undian untuk para peminat memilih pemain terbaik sepanjang zaman pasukan itu.

Ramai pemain hebat pernah beraksi bersama pasukan Liverpool dan pergi meninggalkan pasukan selepas habis kontrak mereka.

Ada juga pemain belum habis kontrak dah merayu nak keluar. Semua itu lumrah. Yang patah tumbuh yang hilang berganti.

Tetapi Gerrard antara pemain yang tidak pernah terpancing dengan apa jua umpan untuk meninggalkan Liverpool.

Dek kerana itu sehingga kini, para peminat masih menyanjungi kewibawaan Gerrard dan kesetiaan beliau bersama pasukan Liverpool.

Bekas pemain kebangsaan England, Steven Gerrard, mendahului 3478 undian untuk dipilih sebagai pemain terbaik sepanjang zaman pasukan Liverpool.

Tempat kedua jauh dibelakang Gerrard adalah seorang lagi Legenda pasukan Liverpool Kenny Dalglish.

Berikut merupakan senarai keputusan undian yang telah didedahkan oleh Ranker.com.

Senarai 25 pemain terbaik sepanjang zaman untuk pasukan Liverpool.

25. Roberto Firmino (2015- kini)

24. Phil Neal (1974-1985)

23. Pepe Reina (2005-2014)

22. Peter Beardsley (1987-1991)

21. Virgil van Dijk (2018- kini)

20. Emlyn Hughes (1967-1979)

19. Dirk Kuyt (2006-2012)

18. John Arne Riise (2001-2008)

17. Ian Callaghan (1959-1978)

16. Steve McManaman (1990-1999)

15. Ray Clemence (1967-1981)

14. Alan Hansen (1977-1991)

13. Fernando Torres (2007-2011)

12. Michael Owen (1996-2004)

11. Sami HyypiΓ€ (1999-2009)

10. Luis Suarez (2011-2014)

9. Graeme Souness (1978-1984)

8. Kevin Keegan (1971-1977)

7. John Barnes (1987-1997)

6. Xabi Alonso (2004-2009)

5. Robbie Fowler (1993-2001, 2006-2007)

4. Jamie Carragher (1996-2013)

3. Ian Rush (1980-1987, 1988-1996)

2. Kenny Dalglish (1977-1990)

1. Steven Gerrard (1998-2015)

Gerrard akan terus dikenang sebagai seorang legenda terhebat sepanjang zaman.

Dengan apa yang pernah disumbangkan untuk pasukan, tidak boleh dinafikan pemain itu selayaknya menjadi yang terbaik antara terbaik.

Gerrard kini sedang mengurus pasukan Rangers dan telah berjaya membawa pasukan itu mencapai kemenangan demi kemenangan.

Macam mana ikoniknya kebangkitan yang Gerrard lakukan untuk memenangi Liga Juara-juara Istanbul, begitu juga semangat yang diterapkan untuk anak-anak buahnya di Rangers.

Jordan Henderson kini sedang melalui karier yang cemerlang dengan mengetuai pasukan Liverpool mencapai kejayaan demi kejayaan.

Namun beliau tidak berjaya menduduki tempat dalam 25 terbaik dan hanya berada di kedudukan ke 60 pemain terbaik sepanjang zaman pasukan Liverpool.

Henderson nampak lebih bersinar dibawah kendalian Jurgen Klopp dan beliau bakal menjadi ketua pasukan pertama menjulang kejuaraan liga perdana selepas 30 tahun.

Untuk pemain yang masih bersama Liverpool, Virgil Van Dijk menerima undian terbanyak untuk berada di kedudukan ke 21.

Van Dijk banyak membantu Liverpool sejak ketibaannya dari Southampton dengan nilai perpindahan Β£75 juta pada tahun 2018.

Van Dijk kini merupakan antara pemain pertahanan terbaik di dunia. Beliau juga menjadi pilihan untuk menggalas tugas sebagai ketua pasukan selepas Henderson dan James Milner.

Tidak mustahil untuk melihat Van Dijk bakal berada di kedudukan 3 terbaik satu hari nanti sekiranya beliau terus beraksi bersama pasukan Liverpool.

BACA:Β  Menyesal Tinggalkan Liverpool, Henderson Terdesak Kembali Ke Eropah