Senarai Penerima Gaji Tertinggi Dalam Sejarah Saingan MLS

Terdapat ramai legenda dalam dunia bola sepak yang sempat mengembangkan karier mereka dalam saingan Major League Soccer sejak dua dekad kebelakangan ini.

David Beckham merupakan antara pemain berprofil tinggi pertama yang memilih MLS sebagai destinasi pilihannya untuk mengembangkan kariernya.

Bekas bintang England itu melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid ke LA Galaxy ketika beliau masih berusia 32 tahun.

Beliau sebenarnya berjaya membantu menaikkan reputasi saingan bola sepak Amerika Syarikat itu selepas lima musim menghabiskan kariernya dalam saingan MLS.

Ramai lagi pemain bintang lain yang kemudiannya turut sama mengikuti jejak langkah beliau untuk beraksi di Amerika Syarikat.

Zlatan Ibrahimovic, Kaka, Steven Gerard, Wayne Rooney dan Andrea Pirlo merupakan antara legenda yang pernah beraksi dalam saingan MLS.

Namun dari ramai-ramai pemain bintang yang pernah beraksi dalam saingan MLS, siapa antara mereka yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah?

Menggunakan data dari Capology, berikut merupakan senarai penerima gaji tertinggi dalam sejarah saingan Major League Soccer.

Senarai penerima gaji tertinggi dalam sejarah saingan MLS:

11. David Villa – $5.61 juta setahun

10. Jermain Defoe – $6 juta setahun

=7. Michael Bradley – $6 juta setahun

=7. Frank Lampard – $6 juta setahun

=7.Javier Hernandez – $6 juta setahun

6. Bastian Schweinsteiger – $6.1 juta setahun

5. Steven Gerrard – $6.2 juta setahun

4. Kaka – $6.66 juta setahun

3. Zlatan Ibrahimovic – $7.2 juta setahun

2. Xherdan Shaqiri – $7.35 juta setahun

1. Lorenzo Insigne – $12.42 juta setahun ( ketika beliau menyertai Toronto FC pada 1 Julai)

Insigne bakal menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah saingan MLS selepas beliau sah menyertai gergasi Amerika Syarikat itu bermula musim hadapan.

Toronto berjaya meyakinkan bintang Itali itu untuk menyertai mereka pada musim panas ini namun untuk memastikan hal itu menjadi kenyataan mereka perlu mengeluarkan dana yang besar untuk ditawarkan kepada Insigne.

Masih tidak pasti sama ada Insigne akan mampu atau tidak untuk menunjukkan impak setanding dengan apa yang beliau terima dari kelab.

Satu hal yang pasti, pihak kelab jelas sekali terdesak mahu melihat beliau mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dalam saingan MLS dan membantu kelab untuk memenangi pelbagai kejuaraan.

Tawaran gaji yang lumayan jelas sekali akan mampu untuk memancing minat seseorang pemain itu apa lagi ketika mereka sudah berada di hujung-hujung karier.

Pemain yang sudah berada di hujung-hujung karier kebiasaannya akan mengutamakan tentang gaji mereka berbanding hal lain.

Berbeza dengan pemain muda, mereka kebiasaannya akan mementingkan minit permainan kerana mahu memastikan mereka senantiasa berada di tahap kecergasan serta fizikal terbaik.

Walau bagaimanapun juga, tidak dinafikan yang ada juga pemain-pemain muda yang turut mementingkan duit dengan mereka memilih untuk menyertai sesebuah kelab itu kerana terpancing dengan umpan mereka.

Lihat saja situasi Kylian Mbappe bersama Paris Saint Germain, dengan bintang Perancis itu sanggup menolak tawaran Real Madrid kerana mahu menerima tawaran luar biasa lumayan dari PSG.

Berbalik kepada Insigne, memandangkan beliau juga pada ketika ini sudah berada di hujung-hujung kariernya, maka tidak hairanlah untuk melihat beliau bersetuju untuk ke Amerika.

Memandangkan beliau sudah menghabiskan sepanjang kariernya bersama Napoli, maka para peminat juga sepertinya tiada masalah untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Musim ini beliau berjaya membantu Napoli untuk mengakhiri saingan Serie A di kedudukan ketiga, seterusnya melayakkan diri ke saingan Champions League musim hadapan.

Dalam saingan Serie A musim ini, Insigne berjaya menjaringkan 11 gol dari 32 penampilan dan sepertinya beliau akan mampu untuk menjadi mesin peledak gol terbaik untuk Toronto musim hadapan.

Sumber: GMS

BACA:  10 Pemain Bola Sepak Yang Pernah Jatuh Miskin Dan Ada Yang diisytiharkan Muflis