Senarai Rekod Yang Liverpool Akan Pecahkan Musim Ini

Dengan kemenangan Chelsea ke atas Manchester City, maka Liverpool secara rasminya telah dinobatkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.

Penantian selama 30 tahun the reds untuk mendapatkan Piala kejuaraan liga pertama mereka juga sudah berakhir kerana Liverpool adalah Juara kempen kali ini.

Kejayaan ini pastinya disambut dengan penuh kegembiraan oleh kesemua keluarga Liverpool baik dari pemain, pengurus, pemilik, pengurusan, tenaga kejurulatihan, krew, mahupon peminat.

Liverpool musim ini sememangnya antara pasukan terbaik dan paling konsisten dalam saingan liga, selepas memenangi Liga Juara-juara, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Walau saingan liga terpaksa digantung kerana penularan wabak, namun pihak FA tetap berjaya untuk menyambung kembali baki perlawanan liga dan kini saingan premier league sudah mempunyai pemenangnya.

Pasukan penakluk dunia, Liverpool musim ini merupakan antara pasukan paling digeruni lawan. Banyak rekod yang telah berjaya mereka pecahkan dan ada juga rekod yang bakal mereka pecahkan lagi.

Walau diganggu dengan penggantungan liga, Namun skuad kendalian Jurgen Klopp tetap berjaya untuk memecahkan rekod kelab yang menjuarai liga dengan baki perlawanan terbanyak.

Selain itu ada beberapa lagi rekod yang boleh dipecahkan oleh Liverpool sehingga akhir musim ini dan ada antaranya sudah pon berjaya mereka pecahkan.

1) Mengutip Mata Terbanyak

Rekod= 100 mata

Liverpool kini sedang mendahului saingan liga dengan mengutip 86 mata dan masih mempunyai baki tujuh perlawanan untuk mereka harungi.

Dari tujuh perlawanan tersebut, Liverpool cuma memerlukan lima kemenangan sahaja untuk memecahkan rekod tersebut.

Dengan aksi serta persembahan luar biasa hebat yang dipamerkan oleh mereka, tidak mustahil untuk anak-anak buah Jurgen Klopp mampu untuk melakukannya.

2) Baki Perlawanan Terbanyak

Rekod= lima

Liverpool sebenarnya sudah berjaya memecahkan rekod ini kerana the reds sudah secara rasminya bergelar Juara dan masih mempunyai baki tujuh perlawanan.

Tidak hairan mengapa Liverpool mampu untuk meninggalkan pesaing mereka dengan jarak mata yang begitu jauh, lihat saja kemantapan aksi yang mereka persembahankan musim ini, sungguh luar biasa!

3) Jurang Mata Terbesar

Rekod=19 mata

Liverpool kini mendahului saingan liga dengan kelebihan 23 mata, berbaki tujuh perlawanan tidak mustahil untuk skuad kendalian Jurgen Klopp mengutip lebih banyak mata dan City bakal keciciran mata lagi.

Tambahan pula perlawanan Liverpool selepas ini adalah bertemu Manchester City, jadi the reds berpeluang untuk menjarakkan diri dengan menewaskan the Citizens di Etihad nanti.

4) Jurang Mata Terbesar Dengan Pasukan Tercorot

Rekod= 82 mata

Berbaki tujuh perlawanan, sekiranya Liverpool menang kesemuanya maka mereka akan mengutip 107 mata secara keseluruhan.

Norwich yang berada di kedudukan tercorot liga pula kini sekadar mengutip 21 mata sahaja, memandangkan kepada persembahan tidak menentu mereka, tidak mustahil Liverpool akan menjarakkan 86 mata dari mereka penghujung liga nanti.

6) Kemenangan Di Halaman Sendiri Berturut-turut Terbanyak

Rekod=20 kemenangan

Liverpool sebenarnya juga sudah berjaya memecahkan rekod ini kerana mereka telah mencatatkan 23 kemenangan secara berturut-turut dihalaman sendiri.

7) Kemenangan Terbanyak Dalam Semusim

Rekod= 32 kemenangan

Liverpool musim ini sudah mencatatkan 28 kemenangan selepas menewaskan Crystal Palace 4-0 awal pagi kemarin.

Berbaki tujuh perlawanan, Liverpool mampu memecahkan rekod ini sekiranya mereka berjaya menang lima dari baki perlawanan mereka musim ini.

Dengan kebijaksanaan taktikal dari Jurgen Klopp serta semangat sang Juara yang ada dalam diri setiap pemain, maka tidak mustahil untuk mereka mencapainya.

8) Kemenangan Di Halaman Sendiri Terbanyak

Rekod= 18 kemenangan

Liverpool setakat ini sudah memenangi 16 perlawanan di halaman mereka sendiri dan ada baki tiga perlawanan lagi di Anfield, jadi the reds mampu memecahkan rekod ini dengan mengutip 19 kemenangan di halaman mereka sendiri.

9) Kemenangan Tempat Lawan Terbanyak

Rekod= 16 kemenangan

Liverpool sudah memenangi 12 dari 15 perlawanan ditempat lawan mereka musim ini dan the reds perlu menang kesemua baki empat perlawanan di tempat lawan untuk menyamai rekod yang dilakukan oleh Manchester City pada musim 2017/18.

9) Juara Dengan Pemain Paling Muda:

Rekod terkini: 17 tahun, 350 hari (Phil Foden).

Harvey Elliott boleh memenangi gelaran Liga Perdana ketika usianya 16 tahun 321 hari. Elliott sudah pernah bermain dalam kancah Liga Perdana musim ini. Kira rekod ini sudah menjadi milik Liverpool kan?

Walau beliau bermain sekitar satu atau dua minit dalam satu perlawanan, sekiranya Liverpool menjuarai Liga perdana beliau pasti akan menjadi pemain termuda untuk menjuarai nya.

Sekiranya saingan liga tidak digantung, Liverpool pastinya akan berjaya untuk memecahkan satu lagi rekod iaitu Juara terawal yang mana rekod sebelum ini pasukan paling awal bergelar Juara liga adalah pada 14 April.

Liverpool sepatutnya sudah menjuarai liga selewatnya pada lima April lalu yang mana ketika itu mereka dijadualkan bertemu Manchester City di Etihad.

BACA:  Paul Merson Bimbang Nunez Tak Mampu Gantikan Tempat Mane