Seorang Wanita ‘Pecah Muka’ Kerana Menganggap Cristiano Ronaldo Tak Cukup Kacak

Pecah muka hanya kerana menganggap Cristiano Ronaldo tidak sekacak bekas kekasihnya, itulah apa yang berlaku kepada seorang gadis malang di UK.

Gadis malang tersebut telah dipukul oleh kekasihnya kerana beliau menganggap Cristiano Ronaldo tak sekacak bekas kekasihnya.

Seorang lelaki bernama Ross Flynn dilaporkan telah membelasah teruk kekasihnya yang tidak dapat dipastikan nama sebenarnya hanya kerana komen berkait Ronaldo.

Mungkin kerana wanita tersebut bukan hanya menganggap Ronaldo tak cukup kacak, tetapi beliau juga turut percaya yang bekas kekasihnya lebih menarik berbanding bintang Portugal itu, menyebabkan Ross Flynn semakin panas.

Ross Flynn bengang ketika mangsa mendedahkan yang beliau rasa pemain penyerang Portugal itu tidaklah kacak seperti yang didakwa oleh ramai.

Menurut sumber laporan dari Sunderland Echo, Flynn terus membelasah kekasihnya tanpa belas sebaik mendengar kenyataan tersebut.

Ross Flynn dilaporkan telah membelasah mangsa beberapa kali selepas mendengar kenyataan yang menyakitkan itu.

Pasangan kekasih itu awalnya keluar minum dan makan angin bersama dengan kekasih Flynn pada ketika itu merasakan beliau adalah wanita terbahagia di dunia.

Walau bagaimanapun, tanpa di duga, selepas pulang ke rumah, beliau tidak lagi menjadi wanita terbahagia, sebaliknya beliau melalui detik yang paling ditakuti oleh kebanyakan wanita.

Ross Flynn ketika ditahan oleh pihak polis

Flynn mahu menunjukkan sisi romantik beliau dengan mengajak kekasihnya itu menonton video bola sepak bersama.

Ketika ralit menonton video highlights kekalahan 5-0 Manchester United di tangan Liverpool (mungkin lah tak tau video apa dia tengok kan) Flynn telah bertanya satu soalan yang mengejutkan kepada kekasihnya.

“Adakah kamu lebih terpikat kepada Cristiano Ronaldo atau bekas kekasih kamu?”

Soalan macam ni biasa perempuan je tanya, tapi bila lelaki tanya, nampak lah yang perempuan tu memang malang.

Mungkin kerana gadis tersebut seorang wanita yang lurus, maka beliau dengan tenang dan yakin menegaskan yang Ronaldo tak cukup tampan.

Beliau bahkan turut percaya yang bekas kekasihnya jauh lebih menarik berbanding pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Sebaik mendengar jawapan menyakitkan dari kekasihnya itu, Ross Flynn tak tahan dan terus menumbuk muka mangsa beberapa kali.

Mangsa kemudiannya meninggalkan ruangan tempat mereka menonton video tersebut untuk masuk ke bilik tidor mereka.

Flynn masih bengang dengan jawapan dari kekasihnya itu dengan beliau kemudiannya mengikuti mangsa untuk masuk ke bilik tidor.

Mangsa kemudiannya sekali lagi dibelasah di dalam bilik tidor mereka dengan wanita tersebut mendakwa beliau merasakan ada tiga ke empat tumbukan padu telah mengenai belakang kepalanya.

Mangsa mendakwa beliau bergelut menahan kesakitan kerana kekasihnya itu menumbuk beliau dengan sangat kuat.

Ross Flynn juga dilaporkan terus mengugut kekasihnya itu dengan menyatakan:

“Tutup mulut kau sekarang dan pergi tidor atau kau tahu apa akan berlaku kepada kau nanti.”

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Flynn segera ditangkap atas kesalahan memukul/menyiksa teman wanitanya.

Polis menyatakan yang Flynn sebenarnya cemburu kerana teman wanitanya menganggap bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia kerana bunuh diri lebih menarik berbanding Cristiano Ronaldo.

Mangsa mendedahkan kepada pihak polis bahawa:

“Dia kata, ‘Berani kau kata ex kau lagi kacak dari Cristiano Ronaldo. Itu bermaksud aku pun tak sekacak bekas kekasih kau.”

Jelas mangsa.

Flynn sudah ada rekod pernah membelasah teman wanitanya itu sebelum ini

Mahkamah di Newcastle mendedahkan yang Flynn sememangnya sentiasa menggunakan kekerasan sepanjang perhubungan beliau bersama kekasihnya itu.

Pendakwaraya, Omar Ahmad memberitahu mahkamah yang pasangan tersebut mula bersama sejak Februari 2021 dengan mereka turut berpindah bersama kerana kehidupan sebelum ini tidak begitu baik untuk mereka.

Walaupun Flynn pernah ditangkap dan dilepaskan atas jaminan polis, beliau dilaporkan turut kembali menyerang dan memukul wanita yang sama dua bulan selepas itu.

“Wanita tersebut mengambarkan yang hubungan beliau tidak teratur dan beliau sering menjadi mangsa keganasan kekasihnya.”

Jelas Ahmad lagi.

“Beliau turut mendakwa yang sepanjang perhubungan mereka, tertuduh sering memukul, mengawal dan suka marah-marah.”

“Ketika beliau keluar minum bersama tertuduh, beliau perlu berhati-hati dengan siapa beliau boleh bercakap kerana tertuduh akan sangat marah dan akan menuduhnya curang.”

“Ada satu titik, mangsa meninggalkan tertuduh selepas menderita patah tulang hidung kerana diserang oleh tertuduh.”

Kini Flynn telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dengan tambahan setahun seandainya tidak menunjukkan kelakuan yang baik.

Kes tersebut mencuri perhatian ramai dengan netizen percaya Ross Flynn bukanlah bengang teman wanitanya tidak memuji Cristiano Ronaldo, namun beliau sebenarnya hanya cemburu.

Cemburu teman wanitanya lebih mengagumi mendiang bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia.

Netizen juga berharap agar wanita tersebut tidak menunggu Ross Flynn dan memulakan kehidupan baru bersama lelaki lain.

Kesimpulan yang boleh dibuat, bukan marah sebab Ronaldo dianggap tak kacak, sebaliknya cemburu kerana anggap kekasihnya belum move on dan mengagumi sang mantannya.

Sumber: Sunderland Echo

BACA:  Senarai 100 Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Zaman Oleh FourFourTwo