Pengendali pasukan Sepanyol Luis Enrique telah mengumumkan senarai skuad rasmi Sepanyol untuk saingan kejohanan paling agung di Eropah iaitu kejohanan European Championship (EURO) 2020.
Luis Enrique hanya menyenaraikan 24 sahaja nama pemain berbanding 26 pemain yang dibenarkan, lebih menarik lagi apabila tiada seorang pun nama pemain Real Madrid yang tersangkut.
Sepanyol hanya menyenaraikan 3 orang penjaga gol, 7 pemain pertahanan, 6 pemain tengah dan 8 orang penyerang yang kesemuanya berjumlah empat orang.
🚨 OFICIAL | ¡¡¡NUESTRA SELECCIÓN!!!
🇪🇸 Estos son los 24 futbolistas que defenderán los colores de la @SeFutbol en la #EURO2020.
💪🏻 ¡¡Vuestro grito de ánimo será nuestra energía en la lucha por el Campeonato de Europa!!#SomosEspaña #SomosFederación pic.twitter.com/KY87e0im3p
— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) May 24, 2021
Perkara yang terpaling menarik sekali adalah Sergio Ramos tidak terpilih ke Skuad Euro 2020 Sepanyol
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, 35, mengharungi musim yang sukar pada musim ini di mana dia sekadar bermain sebanyak 15 perlawanan La Liga ekoran kecederaan dan terpaksa berehat panjang.
Keciciran namanya agak mengejutkan banyak pihak termasuk mereka yang berada di Manek Urai, memandang Ramos telah menabur budi buat pasukan Sepanyol sebanyak 180 perlawanan, memenangi Piala Dunia sekali dan juga Kejohanan Eropah dua kali.
BREAKING: Sergio Ramos has been left out of Spain's squad for Euro 2020 ❌ pic.twitter.com/eGhokKKyDm
— Goal (@goal) May 24, 2021
Dengan ketiadaan Ramos, ini bermaksud pasukan Sepanyol bakal menyertai pertandingan utama tanpa pemain Real Madrid dalam skuad mereka.
Kenapa tiada Ramos?
Pemain pertahanan veteran tersebut banyak mengalami kecederaan pada musim ini, lantas membuatkan pengurus Sepanyol yang juga lagenda Barcelona, Luis Enrique untuk mengharungi Euro 2020 dengan membawa Pau Torres, Eric Garcia dan Diego Llorente sebagai pertahanan tengah pasukan tiki-taka tersebut.
🚨🎙| Luis Enrique:
"No Real Madrid players? The only two possible players who could play, Carvajal and Ramos, are injured."
— Madrid Xtra. (@MadridXtra) May 24, 2021
Bercakap tentang cerita tidak memilih Ramos, Enrique memilih jalan untuk berahsia.
“Apa yang aku sembang dengan Ramos semalam akan kekal menjadi rahsia, aku tak akan kabo kepada sesiapapun.
“Bukan senang tau nak kabo benda yang bukan positif ke dia, tapi aku kena la buat keputusan yang mana aku dan staf aku rasa yang terbaik untuk pasukan.”
BREAKING: Sergio Ramos has been left out of Spain's squad for Euro 2020 🤯 pic.twitter.com/MHQ4ihj1mD
— ESPN FC (@ESPNFC) May 24, 2021
Pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte juga telah dipanggil buat pertama kali selepas menukar kerakyatan Perancis kepada Sepanyol pada bulan Mei yang lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu telah mewakili skuad Perancis bawah 17, 18, 19 dan 21 tahun dan beberapa kali terlepas beraksi bersama Perancis kerana kecederaan.
Sejak 2016, Julen Lopetegui telah memujuk Aymeric Laporte untuk bermain bersama Sepanyol namun Laporte masih lagi tidak berminat sehingga tahun ini.
OFFICIAL: Defender Aymeric Laporte is named in Spain’s squad for the Euros—his first call-up after switching nationality from France 🇪🇸 pic.twitter.com/Z5PT0c9NQm
— B/R Football (@brfootball) May 24, 2021
Pemain sayap Wolves, Adama Traore telah didaftarkan dalam skuad ini dan dijangka bakal melakukan debut buat pasukan kebangsaannya dalam kempen Euro nanti.
David De Gea, walaupun gagal mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gol utama Manchester United, turut dipilih pada kali ini.
Selain daripada itu, antara pemain yang bermain di England turut dipilih Enrique, dan mereka adalah Robert Sanchez (Brighton), Aymeric Laporte, Garicia, Ferran Torres (Manchester City) dan Thiago (Liverpool).
2019/20 Season – Playing for Rochdale in League One
2020/21 Season – Playing for Brighton in the Premier League and representing Spain at Euro 2020
The progression Robert Sanchez has made in just a year is unbelievable 👏🏻 #BHAFC pic.twitter.com/YfubCnLLCi
— Charlie Parker-Turner (@CParkerTurner) May 24, 2021
Progres paling menarik yang dapat dilihat dalam senarai ini adalah dengan tersenarinya penjaga gol Brighton yang beraksi di Premier League, Robert Sanchez.
Pada musim 2019/20 Robert Sanchez beraksi bersama Rochdale di League One, musim 2020/21 bersama Brighton dan kini bersama Sepanyol untuk EURO 2020 yang tertangguh.
Itulah namanya rezeki, kalau EURO 2020 tidak tertangguh mustahil untuk Robert Sanchez tersenarai.
Former Barcelona manager Luis Enrique becomes the first Spain manager to name a squad for a major tournament with no Real Madrid players 😅 pic.twitter.com/gblcQrTKEe
— ESPN FC (@ESPNFC) May 24, 2021
Sejearah terpahat apabila, Luis Enrique menjadi pengurus Sepanyol pertama tidak menamakan seorang pun pemain Real Madrid untuk Sepanyol di kejohanan utama.
Sepanyol akan beraksi dalam kumpulan E, berhadapan dengan Slovakia, Sweden dan Poland.
Berikut merupakan senarai penuh 24 pemain Sepanyol untuk EURO 2020:
Penjaga Gol (3 Pemain):
1. David de Gea (Manchester United)
2. Unai Simon (Athletic Bilbao)
3. Robert Sánchez (Brighton & Hove Albion)
Pemain Pertahanan (7 Pemain):
4. Aymeric Laporte (Manchester City)
5. Jordi Alba (Barcelona)
6. Jose Gaya (Valencia)
7. Pau Torres (Villarreal)
8. Diego Llorente (Leeds United)
9. Eric García (Manchester City)
10. Cesar Azpilicueta (Chelsea)
Pemain Tengah (6 Pemain):
11. Sergio Busquet (Barcelona)
12. Koke (Atletico Madrid)
13. Marcos Llorente (Atletico Madrid)
14. Thiago Alcantara (Liverpool)
15. Rodri (Manchester City)
16. Fabian (Napoli)
Pemain Penyerang (8 Pemain):
17. Alvaro Morata (Juventus)
18. Mikel Oyarzabal (Real Sociedad)
19. Gerard Moreno (Villareal)
20. Dani Olmo (RB Leipzig)
21. Pedri (Barcelona)
22. Ferran Torres (Manchester City)
23. Adama Traore (Wolverhampton Wanderers)
24. Pablo Sarabia (Paris Saint-Germain)