Sergio Aguero Menganjing Muat Naik Garnacho Yang Memuji Ronaldo

Legenda Manchester City tampil menganjing Alejandro Garnacho selepas bintang muda Manchester United itu meluahkan rasa terujanya terhadap Cristiano Ronaldo.

Garnacho yang kini berusia 17 tahun itu telah disenaraikan dalam senarai skuad United bertemu Norwich City malam semalam.

Beliau walau bagaimanapun sekadar memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan dan tidak diturunkan dalam aksi kemenangan 3-2 Man Utd menewaskan Norwich itu.

Ronaldo berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk skuad setan merah, dengan beliau melengkapkan hat-tricknya selepas menyempurnakan sepakan percuma di minit-minit akhir permainan.

Gol menerusi sepakan percuma itu secara tak langsung mengesahkan kemenangan Man Utd di Old Trafford seterusnya membantu mereka untuk terus mengutip tiga mata penting.

Selepas tamat perlawanan tersebut, para peminat tersentuh melihat Ronaldo menunjukkan kemuliaan hatinya terhadap Garnacho dengan beliau turut menghadiahkan ‘match ball’ kepada bintang akademi kelab itu.

Garnacho memuat naik gambarnya bersama Ronaldo di laman instagram miliknya selepas perlawanan tersebut, dengan menulis:

“Terhebat sepanjang zaman…”

Bekas pemain penyerang Manchester City, Sergio Aguero kemudiannya meninggalkan komen pada muat naik tersebut, dengan menulis:

“Kerana kamu masih belum bermain bersama yang terhebat @Leomessi.”

Bekas pemain skuad remaja antarabangsa Sepanyol itu telah dinamakan dalam skuad utama Argentina pada bulan lalu bersama seteru utama Ronaldo, Lionel Messi.

Garnacho juga turut dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan Argentina ketika berdepan Venezuela dan Ecuador ketika aksi kelayakan Piala Dunia sebelum ini.

Aguero sebelum ini turut menghentam Manchester United dengan beliau mendedahkan bahawa media kebanyakan terlalu memanjakan skuad setan merah itu.

Aguero anggap media Inggeris penyokong Manchester United

Legenda Manchester City, Sergio Aguero tampil menghentam media England dan mendakwa setiap dari mereka termasuk wartawan mereka merupakan penyokong Manchester United.

Bekas bintang Manchester City itu secara terbuka mengakui yang sememangnya semua media di England terlalu manjakan Manchester United.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu merupakan pengguna aktif Twitch dengan beliau sering berhubung dengan peminat ketika melakukan stream di platform tersebut.

Pada awal minggu baru-baru ini, beliau duduk santai sambil menonton klip rakaman aksinya termasuk aksi beliau menjaringkan gol dramatik bertemu Queens Park Rangers pada tahun 2012 yang lalu.

Gol tersebut berjaya membantu Man City menjuarai saingan Premier League pertama mereka dan selepas menonton aksi tersebut, beliau terus menghentam media England.

“Orang-orang semua tak tahu macam mana keadaan di England.”

Jelas Aguero.

“Di England, semua orang, semua wartawan, semua siaran TV, semuanya sekali, mereka merupakan penyokong Manchester United. Semuanya!”

Aguero tidak menyebut nama atau media mana, tapi beliau nampak benar-benar yakin dengan kenyataan yang beliau keluarkan.

Legenda berusia 33 tahun itu mempunyai rekod yang sungguh menakjubkan bertemu Manchester United.

Beliau berjaya menjaringkan sembilan gol dari 16 pertemuan bertemu skuad setan merah, sepanjang kariernya di Etihad.

Ketika kariernya yang hampir sedekad di England itu, Aguero berjaya memenangi enam League Cup, lima gelaran Premier League dan gelaran FA Cup.

Sergio Aguero juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City dengan beliau memegang rekod menjaringkan 260 gol untuk The Citizens.

Selepas kontraknya bersama City tamat, Aguero memilih untuk menyertai Barcelona, namun malang sekali kariernya di Nou Camp tidak bertahan lama.

Dek kerana masalah kesihatan, Aguero terpaksa mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Disember lalu, selepas didiagnos mengalami masalah jantung.

Aguero hanya mampu melakukan empat penampilan sahaja untuk Barcelona dengan beliau hanya mampu menjaringkan satu gol sepanjang tempoh tersebut.

Beliau sangat berharap akan dapat main peranan bersama skuad Argentina di pentas Piala Dunia selepas beliau kini mahu mencuburi bidang kejurulatihan.

Bekas bintang Atletico Madrid itu mendedahkan pada bulan lalu, yang beliau sempat berbual dengan pengurus skuad, Lionel Scaloni dan Presiden, Claudio Tapia tentang hal tersebut.

Scaloni baru-baru ini telah mengesahkan yang Aguero telah ditawarkan untuk memainkan peranan sebagai salah seorang barisan kejurulatihan skuad bagi menghadapi saingan Piala Dunia.

“Saya mahu dia berada rapat dengan rakan sepasukan dia, saya harap dia boleh membantu kami jika ada berlaku apa-apa sepanjang kejohanan ini.”

Jelas Scaloni kepada Indian Express.

“Dalam barisan kejurulatihan kami, kami ada mereka-mereka yang dekat dengan pemain, tapi kadang kala orang seperti itu berguna untuk menyelesaikan masalah.”

Aguero sempat membuat 101 penampilan bersama skuad kebangsaan Argentina, dengan beliau cemerlang meledak 41 gol sepanjang tempoh tersebut.

Beliau sempat beraksi di tiga edisi Piala Dunia dan turut menjadi sebahagian dari skuad Argentina yang menjuarai gelaran Copa America tahun lalu.

Kali ini, walau tak dapat bersama skuad Argentina sebagai pemain, namun beliau akan tetap bersama sebagai salah seorang barisan pegawai.

Selepas menjuarai saingan Copa America sebelum ini, sudah tentu Argentina dianggap sebagai antara pasukan kegemaran untuk menjuarai Piala Dunia di Qatar nanti.

Adakah Argentina akan mampu untuk akhirnya menjuarai gelaran idaman mereka? Atau mereka tak akan mampu mara lebih jauh untuk edisi kali ini? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Aguero Selamba Mengata Shakira dan Pique Yang Dapat Tajaan Casio Ketika Live