Sergio Aguero Secara Rasmi Sertai Barcelona

Selepas beberapa minggu bertebaran khabar angin, akhirnya Sergio Leonel Agüero del Castillo secara rasminya telah sah menyertai Barcelona dengan perpindahan secara percuma.

Sergio Aguero yang kini berusia 32 tahun telah diikat kontrak untuk kekal selama tahun di Camp Nou selepas sedekad menabur bakti bersama Manchester City.

Kontrak Aguero akan tamat pada penghujung musim 2022/23 dan paling menarik adalah klausa pelepasan £86 juta (€100 juta) telah dimasukkan di dalam kontrak.

Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Barcelona melalui laman Twitter mereka sebelum perincian perpindahan itu dimaklumkan melalui laman sesawang rasmi.

Dengan persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak, Aguero menjadi milik Barcelona berkuatkuasa pada 1 julai 2021 selepas kontranya bersama Manchester City tamat.

“FC Barcelona dan Sergio Aguero telah mencapai kesepakatan untuk bergabung dengan kelab mulai 1 Julai, setelah kontraknya dengan Manchester City selesai.”

“Pemain akan menandatangani kontrak sehingga akhir musim 2022/23 dan akan mempunyai klausa penamatan 100 juta euro.”

“‘Kun’ Agüero akan ditampilkan petang ini sebagai pemain Barca baru dengan program berikut:

Pada jam 6:00 petang: Menandatangani kontrak di President Suñol Box dalam acara tertutup.
.
Pada 6.25 petang: sesi bergambar di padang Camp Nou (secara tertutup)
.
Pada jam 7:00 malam: Sidang media seterusnya di Auditorium 1899
.
Penampilan pemain baru Barca dapat diikuti di seluruh dunia di Barça TV dan Barça TV +, bermula pada jam 6.15 petang.”

Sergio Leonel Agüero del Castillo dilahirkan pada 2 Jun 1988, di Buenos Aires. Kini, pada usia 32, datang ke Barca untuk terus melakukan apa yang biasa dia lakukan iaitu menjaringkan gol.

Penjaring gol tanpa kenal penat lelah, kariernya yang cemerlang menjadi bukti.

Ketika berusia 15 tahun dan 35 hari Aguero menjadi pemain termuda yang bermain di Divisyen Pertama Argentina bersama Club Atlético Independiente.

Aguero telah memenangi anugerah Golden Boy ketika dia menjadi pemain bola sepak untuk Atlético de Madrid dan masanya di Manchester City sangat bersejarah.

Secara keseluruhan, bersama City, pemain Argentina itu telah menjaringkan 260 gol dan mencipta 74 assist, selain memenangi 15 gelaran.

Aguero menjadi kunci utama Manchester City menjulang piala, Agüero meninggalkan Manchester City dengan banyak koleksi piala:

5 Liga Perdana, 6 Piala Carabao (Piala Liga Inggeris), 1 Piala FA dan 3 Komuniti Perisai (Piala Super Inggeris).

Di peringkat antarabangsa, Agüero memenangi Piala Dunia U-20 2005 dan 2007 dengan pasukan Argentina. Di samping itu, Aguero bermain bersama Leo Messi di Sukan Olimpik Beijing 2008, di mana mereka memenangi pingat emas.

Tetapi Barca tidak akan menjadi pengalaman pertama pemain dari Buenos Aires itu dalam bola sepak Sepanyol,.

Pada tahun 2006, Aguero telah menandatangani kontrak dengan Atlético de Madrid dari Independiente.

Dengan jaringan dan karakternya, Aguero dengan pantas telah menjadi salah seorang penyerang terbaik di planet ini dan memenangi Liga Europa (2009/10) dan Piala Super Eropah (2010/11).

Pada musim 2011/12 Aguero telah menyertai Manchester City … dan selebihnya adalah sejarah.

BACA:  Aguero Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sakit Dada Ketika Beraksi vs Alaves