Sergio Aguero Takut Untuk Kembali Beraksi Habiskan Baki Musim Ini

Minggu ini, dua liga utama Eropah telah mengakhiri saingan liga mereka ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Ligue 1 Perancis telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan lagi usaha untuk memulakan semula kempen liga 2019/20.

Mereka turut mendedahkan bahawa Ligue 1 musim ini akan ditamatkan berdasarkan sistem kiraan ‘poin-per-permainan’.

Dengan itu, Paris Saint Germain secara rasminya telah ditabalkan sebagai Juara musim ini, manakala Amiens dan Toulouse akan disingkirkan.

Hal ini menyebabkan para peminat tertanya-tanya adakah premier league akan melakukan hal yang sama atau mereka tetap akan habiskan baki perlawanan musim ini.

Menurut pihak FA England, mereka sedaya upaya akan tetap berusaha untuk menghabiskan juga baki perlawanan saingan liga musim ini.

Perbincangan untuk memulakan semula saingan liga sudah dilakukan dan kesemua baki perlawanan akan diadakan secara tertutup dengan ujian
Secara komprehensif terhadap pemain
akan dilakukan.

para peminat sudah pastinya teruja untuk melihat saingan bola sepak kembali bersambung walau cuma mampu menonton di television.

Tetapi bagaimana pula dengan pemain?adakah mereka merasakan hal yang sama?

Walau seberapa besar pendapatan yang mereka terima, sudah pastinya agak tidak adil untuk menjadikan mereka alat untuk menghibur peminat diwaktu lockdown ini dengan membahayakan kesihatan mereka.

Salah seorang bintang besar dalam saingan premier league, Sergio Aguero mengakui bahawa beliau belum bersedia dan sangat takut untuk beraksi diwaktu sukar begini.

“Hampir kesemua pemain takut untuk kembali beraksi, mereka mempunyai keluarga, mereka ada anak, mereka ada bayi, dan mereka ada orang tua.”

Jelas Aguero mewakili pemain lain yang turut merasakan hal yang sama.

“Sudah pasti ia menakutkan saya, saya tinggal bersama kekasih saya, saya juga tidak pernah berjumpa sesiapa, mereka kata penyakit ini sangat mudah untuk berjangkit, penyakit ini juga bahaya.”

“Saya juga dimaklumkan kalau seseorang ktu sudah dijangkiti, dia boleh menjangkiti orang lain, mereka juga mungkin tidak mengalami gejala, tetapi mereka boleh menjangkiti kita, sebab tu kita kena duduk dirumah.”

“Kamu mungkin akan dijangkiti dan kamu langsung tak tahu apa-apa.”

Menurut Aguero juga, Manchester City masih belum memulakan latihan dan bila ianya terjadi sudah pasti mereka akan berasa janggal.

“Apabila kami pulang, saya dapat bayangkan kami semua pasti tertekan.”

Jelas Aguero lagi.

“Kami sangat berhati-hati sekarang dan buat masa ini jika ada orang sakit sudah pasti anda akan tertanya-tanya apa yang berlaku. Saya cuma mengharap penawar penyakit ini ditemui, itu sahaja.”

Sejauh mana rindunya kita kepada bola sepak, namun kesihatan para pemain dan petugas turut harus diambil kira.

BACA:  'Kau Dengan Sweden Pun Tak Layak Ke Piala Dunia' - Aguero Balas Kritikan Zlatan