Sergio Aguero Tiada Niat Tinggalkan Manchester City

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero menegaskan beliau mahu terus beraksi dengan City sehingga kontraknya tamat pada tahun 2020 nanti, tetapi mengakui masa depannya bergantung kepada kelab.

Masa depan Aguero di Etihad Stadium telah dipersoalkan beberapa kali semenjak Pep Guardiola mengambil alih jawatan pengurus Manchester City pada tahun 2016, walaupun pengurus tersebut sering memberi jaminan Aguero masih dalam perancangan kelab.

Tiada plan tinggalkan City buat masa terdekat

Laporan terbaru pada bulan Disember lalu mengatakan Guardiola gembira dengan persembahan yang ditampilkan Aguero dan mahu pemain ini terus kekal. Guardiola berpuas hati dengan komitmen dan kerja keras yang dipamerkan Aguero untuk bermain dalam sistem beliau.

Terbaru, penyerang antarabangsa Argentina ini telah mengeluarkan kenyataan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk berpindah keluar dari City hujung musim nanti.

“Kontrak saya bakal tamat pada tahun 2020 nanti. Sejujurnya saya mahu bermain di sini sehingga tamat kontrak. Saya akan memberikan segala-galanya kepada pasukan sehingga tamat musim ini, dan selepas itu kita akan lihat apa yang bakal berlaku.”

Aguero dipetik berkata demikian selepas pasukannya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Watford semalam. Apabila ditanya lebih lanjut sama ada beliau mahu terus kekal bersama Manchester City, beliau berkata:

Untung Jesus injured, aku dapat main full

“Secara peribadinya, saya mahu kekal. Pelan saya adalah tidak mahu bertukar kelab. Sejujurnya, saya sangat gembira disini, tetapi seperti selalu saya katakan sebelum ini, keputusan akhir terletak di tangan kelab.”

“Hanya kelab sahaja yang boleh membuat keputusan mengenai masa depan saya. Sama ada saya terus kekal atau berpindah keluar, saya akan menghormati keputusan tersebut.”

Aguero telah berada di England hampir 7 tahun sejak menyertai City dari Atletico Madrid. Beliau telah memenangi dua trofi Liga Perdana Inggeris sejak bermain bersama City dan mengakui beliau mahu memenangi Liga Juara-Juara melebihi kejuaraan liga.

“Saya lebih suka Manchester City memenangi Liga Juara-Juara dari menang liga kerana ia satu-satunya trofi yang masih belum kami menangi.”

Aguero turut menambah persaingan untuk merebut takhta juara liga masih belum berakhir tetapi mengakui mereka telah melakukan perkara paling mustahak iaitu memenangi mata pada bulan Disember.

BACA:  Haaland Sendu Kerana Terlalu Diperah Di Jerman