Ramos Disaman €1 Bilion Kerana Sengaja Cederakan Salah

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos bakal disaman seorang peguam dari Egypt kerana dituduh sengaja mencederakan Mohamed Salah dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah beberapa hari yang lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu terpaksa dipapah keluar pada pertengahan separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan pada bahagian bahunya.

Ketiadaan Salah jelas dirasai Liverpool dan mereka bergelut untuk melakukan serangan ke kubu Real Madrid selepas ketinggalan hasil jaringan akrobatik Gareth Bale pada separuh masa kedua.

Jika dulu penyokong Liverpool bersandarkan pada kenangan kini mereka mendabik dada dapatp bersandar pada Salah. Ketiadaan Salah menjadikan mereka sawan.

Mereka lupa bahawa bola sepak permainan berkumpulan yang melibatkan 11 pemain di padang bukannya permainan individu. Benda asaa tidak faham bagaimana mahu bergelar juara?

Salah menangis teresak-esak

Salah meninggalkan stadium dengan balutan tangan dan dilaporkan sudah menyertai pasukan kebangsaan Egypt bagi proses rehabilisasi.

Bekas pemain Chelsea dan AS Roma itu yakin dengan peluang beliau untuk mewakili Egypt di Russia nanti melalui satu tweet kurang 24 jam selepas insiden tersebut.

Ketiadaan Salah sudah pasti akan mengganggu persiapan skuad kebangsaan Egypt yang bakal membuka kempen Piala Dunia dengan perlawanan sukar menentang Uruguay pada 15 Mei nanti.

Melihat situasi tersebut, seorang peguam berasal dari Egypt telah melancarkan saman berjumlah €1 bilion (£873 juta) terhadap Sergio Ramos kerana dituduh sengaja mencederakan Salah pada separuh masa pertama perlawanan akhir tersebut.

Anda nilaikan sendiri sama ada insiden tersebut disengajakan atau tidak

Salah terpaksa meninggalkan padang selepas 30 minit perlawanan berlangsung dan tempatnya digantikan oleh Adam Lallana. Salah dipapah keluar ketika perlawanan masih lagi tanpa sebarang jaringan.

Peguam yang bernama Wahba mengumumkan menerusi stesen televisyen Sada El-Balad beliau telah membuat aduan kepada FIFA atas dakwaan sengaja menyebabkan ‘kecederaan fizikal dan psikologi’ terhadap sebuah negara dan pemain bolasepak paling bernilai dimiliki negara tersebut.

“Ramos sengaja mencederakan Mo Salah dan sepatutnya dihukum atas tindakan beliau. Saya telah melancarkan saman dan membuat aduan kepada FIFA.”

“Saya akan meminta pampasan atas apa yang telah berlaku, mungkin melebihi €1 bilion kerana melakukan kecederaan dari segi fizikal dan kesan psikologi terhadap Salah dan juga seluruh rakyat Egypt.”

Juara buat kali ke-4

Sekiranya Wahba mencapai kejayaan dalam kes saman tersebut, beliau berjanji akan menderma keseluruhan duit pampasan kepada Tabung ‘Long Live Egypt’.

Dalam perkembangan lain pula, satu petisyen telah dibuat bagi memastikan Ramos menerima hukuman daripada UEFA dan FIFA atas tindakan beliau mencederakan Salah dengan sengaja. 

Setakat artikel ini ditulis, seramai 300,000 peminat telah menyokong petisyen tersebut dan angka tersebut dijangka akan meningkat lebih tinggi dalam masa terdekat.

BACA:  Video Pemain Liverpool Meraikan Kejuaraan Premier League