Sergio Ramos Pamer Aksi Masterclasses Ketika Debutnya Bertemu Saint Etienne

Sergio Ramos telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika melakukan debutnya bersama Paris Saint Germain malam semalam.

Ramai peminat yang begitu teruja melihat persembahan pertama Ramos malam semalam, selepas beliau sebelum ini terpaksa berehat selama enam bulan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Ramos tiba di ibu kota Perancis itu pada musim panas lalu menerusi perjanjian perpindahan percuma, selepas kontraknya selama 16 tahun bersama Real Madrid tamat.

Bintang berusia 35 tahun itu bergelut dengan masalah kecederaan dan terpaksa direhatkan selama enam bulan, sebelum kembali beraksi malam semalam.

Ramos turun bergandingan dengan Marquinhos di barisan pertahanan Paris Saint Germain bertemu Saint Etienne malam semalam, dan mempamerkan aksi persembahan yang mampu membuktikan betapa hebatnya beliau.

Boleh dikatakan aksi yang beliau pamerkan itu sangat cemerlang untuk seorang pemain yang sebelum ini hampir ditamatkan kontraknya oleh pihak kelab.

Walaupun agak aneh untuk melihat Ramos beraksi tanpa armband kapten di lengannya, namun beliau tetap mampu mempamerkan aksi masterclasses yang memukau para peminat seluruh dunia.

Beliau selain kental ketika bertahan, Ramos juga kerap naik ke tengah untuk melakukan hantaran dan melakukan kerja-kerja kotor untuk mematahkan serangan lawan.

Ramos turut cemerlang ketika membantu jentera serangan dengan beliau beberapa kali menguji penjaga gol lawan menerusi tandukan dan percubaan jarak jauh.

Para peminat di media sosial yang teruja dengan persembahan Ramos menganggap yang kepulangan semula pemain pertahanan veteran itu membuktikan yang beliau masih lagi pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Selain aksi mantap Ramos dan kejayaan Messi mencatatkan hat-trick assists dalam aksi kemenangan 3-1 PSG menewaskan Saint Etienne, perlawanan ini juga menyaksikan Neymar menderita kecederaan yang teruk.

Peminat bimbang melihat kecederaan Neymar

Neymar berdepan kecederaan agak parah ketika beraksi bertemu Saint-Etienne malam semalam, dengan para peminat bimbang beliau akan terpaksa berehat panjang.

Paris Saint Germain turun dengan misi untuk mencatat kemenangan dan mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu saingan Ligue 1.

Selepas menderita kekalahan di tangan Manchester City dalam saingan Champions League pada awal minggu ini, skuad kendalian Mauricio Pochettino itu bertekad untuk mendapatkan semula rentak kemenangan mereka.

Walau bagaimanapun, gergasi Perancis itu berdepan laluan yang sukar untuk mengutip tiga mata penuh, dengan penjaga gol pasukan lawan beraksi sungguh cemerlang dalam perlawanan ini.

Walau Saint Etienne beraksi dengan 10 orang pemain, namun aksi hebat penjaga gol mereka berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya dari jentera serangan Paris Saint Germain.

PSG bahkan terlebih dahulu ketinggalan dalam perlawanan ini selepas Denis Bouanga meledak gol pembukaan untuk pasukan pelawat pada awal aksi babak pertama permainan.

Paris Saint Germain hanya mampu memadam gol pendahuluan tersebut selepas Timothee Kolodziejczak dilayangkan dengan layangan kad merah.

Bermain dengan kelebihan seorang pemain benar-benar dimanfaatkan oleh para pemain Paris Saint Germain, dengan mereka berjaya memperoleh tiga gol untuk menewaskan Saint Etienne 3-1.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or, Lionel Messi berjaya mencatatkan hat-trick assists dalam perlawanan ini, seterusnya menjadi watak penting dalam membantu kebangkitan PSG.

Gol pendahuluan Paris Saint Germain berjaya dijaringkan oleh Marquinhos yang menanduk masuk bola hasil dari sepakan percuma yang diambil oleh Lionel Messi.

Legenda Barcelona itu kemudiannya berjaya membuka ruang untuk Angel Di Maria meledak gol kedua PSG, sebelum Marquinhos menjaringkan satu lagi gol di minit-minit akhir permainan.

Semua mata walau bagaimanapun tertumpu kepada Neymar, kerana bintang Brazil itu dilihat mengalami kecederaan yang sangat teruk.

Kecederaan parah Neymar bertemu St-Etinne

Dek kerana Neymar mengalami kecederaan ankle yang agak teruk, beliau terpaksa dikeluarkan di minit-minit akhir permainan, dan digantikan oleh Eric Junior Dina Ebimbe.

Kecederaan Neymar dilihat agak teruk dengan Ankle beliau seperti berpusing dan ia benar-benar mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat.

Terjahan itu jelas memberi kesan buruk kepada Neymar yang menjerit kesakitan sebaik beliau diterjah, dan beliau juga terpaksa di usung keluar padang.

Membayangkan rekod kecederaan Neymar sepanjang kariernya bersama Paris Saint Germain, ia tentu sekali membimbangkan para peminat.

Ia sememangnya satu hal yang perlu dibimbangkan apa lagi selepas melihat keadaan ankle beliau yang berpusing, dan reaksi beliau ketika menjerit dan menangis menahan kesakitan.

Semoga saja beliau segera sembuh dan kecederaan tersebut tidak akan mengganggu perjalanan beliau untuk beraksi di Piala Dunia akan datang.

Rekod kecederaan Neymar yang membimbangkan

Kecederaan merupakan satu hal yang paling mendukacitakan dan membuatkan para pemain berduka, dengan Neymar sendiri sering merasa tekanan ketika dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah kerap dibelenggu masalah kecederaan sepanjang kariernya bersama PSG, dengan beliau dilaporkan sudah lebih dari 23 kali terpaksa diketepikan atas masalah tersebut.

Para peminat sangat berharap masalah kecederaan kali ini tidak akan menyebabkan Neymar diketepikan terlalu lama, kerana pihak kelab memerlukan khidmatnya.

Neymar diharap mampu membina gandingan mantap bersama Lionel Messi dan Kylian Mbappe, untuk membantu PSG memenangi gelaran Champions League pertama mereka musim ini.

Tidak ada sesiapa yang mampu menafikan fakta yang Neymar merupakan pemain yang sangat berbakat dan masalah kecederaan kerap membataskan aksinya di Parc des Princes.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Neymar Rindu Saat Bermain Bersama Messi & Suarez