Serie A 2020/21: Parma Calcio 1913 1-2 Inter

Dua bekas pemain Manchester United terus mempamerkan ketajaman dan kreativi serta potensi diri masing-masing tatkala Manchester United seri lagi buat kali ke-4 dalam 5 perlawanan.

Alexis Sanchez terus tajam dan mengancam apabila menjaringkan kedua-dua gol ketika Inter Milan menewaskan Parma Calcio 1913 atau pendeknya Parma 2-1 di saingan Serie A.

Pada separuh pertama agak mengecewakan buat pasukan bimbingan Antonio Conte yang gagal menjaringkan sebarang gol.

Lebih menarik kedua-dua gol Alexis Sanchez ini terhasil daripada bantuan gol yang dicipta oleh Romelu Lukaku. Dah macam Harry Kane, Lukaku sekarang.

Dua jaringan daripada Alexis Sanchez ini terhasil dalam tempoh agak singkat iaitu dalam masa 7 minit sahaja. Rindu zaman Sanchez main piano?

Jaringan pertama pada mini ke-55 terhasil daripada bola yang cuba dilarikan Lukaku namun terbias kaki pemain Parma, lalu bola sampai kepada Sanchez.

Tanpa membuang masa Sachez terus merembat ditepis sedikit penjaga gol Parma dan bola menuju ke gawang namun sempat dikeluarkan pertahanan Parma.

Melalui tekonologi garisan gol mengesahkan bola melepasi garisan sepenuhnya dengan margin yang kecil.

Tujuh minit kemudian melalui satu serangan balas pantas, seperti biasa Lukaku seperti pelesit melarikan bola dari tengah padang.

Kali ini Romelu Lukaku tidak mencuba secara solo dan melorongkan kepada Sanchez yang tidak dikawal untuk gol kedua.

Hernani Azevedo Junior menjaringkan gol saguhati untuk Parma Calcio 1913 kenangkan pada minit ke-71.

Kemenangan ini selangkah lagi mendekatkan Inter Milan kepada kejuaraan dan jika rentak kemenangan terus dikekalkan maka penguasaan hampir sedekad Juventus akan lebur.

Kehilangan 2 mata AC Milan semalam membolehkan Inter Milan Gayat dipuncak dengan kelebihan 6 mata.

Parma XI: Luigi Sepe; Mattia Bani, Jordan Osorio, Lautaro Valenti, Riccardo Gagliolo; Hernani, Gaston Brugman, Jasmin Kurtic; Juraj Kucka (c); Yann Karamoh, Dennis Man.

Inter Milan XI: Samir Handanovic (c); Milan Skriniar, Stefan de Vrij, Alessandro Bastoni; Achraf Hakimi, Nicolo Barella, Marcelo Brozovic, Christian Eriksen, Ivan Perisic; Alexis Sanchez, Romelu Lukaku

BACA:  Europa League Quarter Final 2019/20: Inter 2-1 Bayer Leverkusen