Shukor Adan Pertikai Kenapa Defender Malaysia Terlalu Gemar Letak Tangan Dekat Belakang

Skuad Harimau Malaya semalam turun beraksi bertemu Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan saingan AFF Suzuki Cup di Singapura.

Perlawanan yang dianggap aksi perlawanan akhir itu sebenarnya tak lah jadi perlawanan akhir kerana Vietnam terlalu selesa mendominasi keseluruhannya permainan pada malam semalam.

Ia lebih kepada aksi pemanas badan untuk skuad Vietnam sebagai persiapan untuk mereka beraksi bertemu Indonesia selepas ini.

Barisan pertahanan Malaysia dalam perlawanan semalam telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa teruk dan sangat memalukan.

Kalah 3-0 kalau main cantik tidak dianggap sebagai kekalahan yang memalukan, namun ketika kalah dan ditambah melihat aksi para pemain seperti itu, ia jelas sekali satu hal yang sangat mendukacitakan.

Barisan pertahanan Harimau Malaya ketika aksi bertemu Vietnam semalam terlalu mudah untuk dilepasi dengan mereka terlampau kelam kabut dan tak tentu arah.

Positioning ke laut, man marking tak wujud, kawalan bola taraf piala presiden, hantaran macam main petang-petang, clearance (tak pasti ada ke tidak) dan dipendekan kata barisan pertahanan negara semalam sememangnya telah mempamerkan aksi yang terlalu hambar.

Antara yang boleh dipuji dalam perlawanan semalam hanyalah aksi Rizal Ghazali yang menunjukkan aksi tak kenal penat dalam membantu barisan pertahanan mengekang asakan dari jentera serangan Vietnam.

Namun sayang sekali, ketika mahu build up serangan, Rizal Ghazali terlalu kerap menghantar semula bola ke belakang seterusnya menggagalkan serangan balas yang direncana oleh skuad negara.

Selepas Aidil dikeluarkan kerana masalah kecederaan, tempat beliau telah digantikan oleh Dominic Tan dan ramai yang berharap agar bekas bintang Police Tero itu akan mampu pamer aksi yang menakjubkan.

Bola jauh tangan dah dekat belakang sampai tak bagi tumpuan ada pemain yang tak di kawal nak buat larian masuk

Sayang sekali beliau gagal untuk mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan dengan beliau jelas sekali menjadi lubuk utama yang disasarkan oleh jentera serangan Vietnam.

Habit defender tangan dekat belakang

Antara sikap Dominic Tan dalam perlawanan ini adalah beliau terlalu gemar untuk meletakkan tangan di belakang ketika menunggu bola hantaran lintang dari pemain lawan.

Beliau seolah-olah hanya beri tumpuan untuk tak mahu handball sahaja, selain dari itu tidak ada dalam perancangan beliau.

Hal ini turut dikesan oleh Shukor Adan yang menjadi pundit dalam perlawanan ini, dengan beliau turut menyuarakan rasa tidak selesanya melihat barisan pertahanan yang terlalu gemas sorok tangan dekat belakang ketika mahu menyambut hantaran lawan.

“lagi satu saya kadang-kadang hairan kita sebagai defender sekarang jadi habit tangan letak dekat belakang kan, sedangkan opponent tu berada di kawasan area untuk crossing tu dan dia masih lagi (buat isyarat tangan dekat belakang)”

“Sebenarnya tangan letak belakang ni bagi saya (geleng kepala) kalau bola nak kena tangan ke apa pun, untuk letak belakang ni (geleng kepala), sebab dia akan ganggu kita punya balancing.”

Hal ini sangat jelas sekali berlaku dengan para pemain pertahanan negara memang kerap hilang tumpuan ketika menyambut atau berdepan dengan bola hantaran jauh dari pasukan lawan.

Mereka terlalu beri tumpuan untuk elak handball sahaja dan tidak memikirkan cara terbaik untuk mengawal bola atau mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Vietnam suka buat hantaran 50/50

Melihat kepada aksi hambar barisan pertahanan negara, jentera serangan Vietnam dan midfield mereka terutamanya lebih gemar menghantar bola terus ke kawasan Malaysia.

Hal ini kerana mereka yakin yang mereka akan memenangi semula bola tersebut seandainya dihantar ke kawasan Malaysia kerana para pemain Harimau Malaya terlalu mudah hilang penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Melakukan tackle yang sia-sia, terlepas man marking, terlalu menunggu pemain lawan masuk, membenarkan pemain lawan melakukan percubaan dan paling penting barisan pertahanan negara terlalu takut untuk bersaing.

Melihat kepada hal-hal seperti inilah yang menjadikan jentera serangan Vietnam lebih bernafsu untuk masuk ke kawasan Malaysia dan mencari ruang yang selesa untuk menguji Khairul Fahmi.

Dominic Tan hadang bola dengan cara yang kelakar

Shukor Adan sendiri mengakui yang memang ada kesilapan dari Baddrol Bakhtiar untuk gol tersebut, namun beliau lebih tertarik melihat Shahrel Fikri dan Dominic Tan.

“Saya tertumpu kepada Shahrel Fikri dan Dominic, memang Bad (Baddrol) buat hantaran bola salah dan Bad kembali pressing.”

“Dan saya pun terperanjat Dominic boleh pergi nak intercept (potong) bola cara macam ni, saya pun jarang tengok.”

Ujar Shukor sambil tergelak.

Dominic Tan telah mempamerkan satu aksi bertahan yang luar biasa dan tidak mengikut buku teks dengan kata lain tidak mengikut tertib apabila menggunakan badan berbanding kakinya.

“Kita defending kita selalu duduk mungkin kita keluarkan kaki tapi dia keluarkan badan, rasa macam hoki pulak kan?”

Sementara itu, bekas pemain pertahanan Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam bersetuju dengan Shukor Adan dan mengatakan pemain pertahanan perlu menggunakan kaki selagi boleh, menggunakan badan adalah pilihan terakhir.

“Saya rasa sebagai pemain pertahanan kita jangan bagi oppenent (lawan) kita boleh bid (kalahkan) kita dengan kaki dominan mereka.”

Ujar Shahrom Kalam pula.

“Tetapi kita nampak dia (Nguyen Hoang Duc) dah potong masuk ke dalam dan Bad dah masuk sekali, tapi bagi saya sebagai defending (pertahanan) kita kena teguh berdiri dengan kaki.”

“Jangan kita rebahkan badan, selagi kita boleh block (hadang) dengan kaki, kita terus gunakan kaki. Saya pun tak tahu apa yang Dominic ingin lakukan tadi.”

Bagi pemain pertahanan Melaka United, Razman Roslan pula kaki perlu digunakan untuk membuat hadangan kerana sudah pasti guna kaki lebih cepat berbanding menggunakan badan.

“Memang sepatutnya, sebagai pemain pertahanan kita perlu mempertahankan gol kita tapi bukan dengan cara membelakangkan gol kita.”

“Apabila kita tak nampak bola tu, kita tak dapat block, kita tak tau mungkin dia hanya menghadang mencuba nasib, kalau bola kena maka kena.”

“Saya rasa menggunakan badan agak lambat, lebih baik dia menggunakan kaki, block guna kaki.”

Muhammad Shukor Adan, Mohd. Razman Roslan dan Muhammad Shahrom Abdul Kalam nyata kelu tidak terkata dengan tindakan tidak masuk akal Dominic Tan itu namun dalam rasa agak terhibur mereka bertiga bersetuju bahawa inilah perkara yang perlu diperbaiki.

Kesilapan yang dilakukan oleh Dominic Tan itu adalah kesilapan asas dalam bertahan di mana kaki perlu digunakan berbanding badan kerana kaki lebih laju berbanding melayangkan badan.

Sumber: Astro Arena

BACA:  Dua Jaringan Padu Akhyar Letakkan Harimau Malaya Didepan