Sikap Terpuji Thomas Muller Disanjung Tinggi Penyokong Bayern Munich

Thomas Muller senantiasa menjadi pemain yang paling disayangi oleh para penyokong Bayern Munich dek kerana sikapnya yang mesra peminat.

Kali ini, beliau telah melakukan satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan jelas sekali tindakan beliau itu akan mengangkat lagi martabat beliau di Allianz Arena itu.

Beliau kali ini sanggup memanjat stands dalam usahanya mahu memastikan para peminat dapat merasa menjulang Piala gelaran liga yang dimenangi oleh mereka.

Bayern Munich berjaya menjulang gelaran Bundesliga ke-10 mereka secara berturut-turut, di hadapan para penyokong mereka sendiri di Allianz Arena hujung minggu lalu.

Bayern Munich turun beraksi bertemu Stuttgart dalam aksi perlawanan terakhir mereka di halaman sendiri dalam saingan Bundesliga musim ini.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan Bayern Munich turut mengadakan majlis mengangkat Piala selepas tamat perlawanan tersebut.

Thomas Muller dan pemain sayap Jerman, Serge Gnabry berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan, para pemain Bayern Munich mula meraikan kejayaan mereka menjuarai saingan Bundesliga buat kali ke-31.

Tidak pernah ada mana-mana pasukan yang mampu menggantikan Bayern Munich untuk menjadi begitu dominan dalam saingan Bundesliga kecuali Jurgen Klopp yang muncul Juara dua kali berturut-turut pada musim 10/11 dan 11/12.

Jurgen Klopp pada ketika itu merupakan pengurus Borussia Dortmund dengan beliau pada ketika itu memiliki barisan pemain seperti Robert Lewandowski, Mats Hummels dan Mario Gotze yang akhirnya kesemua mereka pergi menyertai Bayern Munich.

Hal itu sudah cukup untuk membuktikan yang peminat bola sepak Jerman selain dari penyokong Bayern tidak begitu mampu untuk melihat kelab mereka berjaya.

Ketika meraikan kejayaan mereka, Thomas Muller memutuskan untuk menunjukkan penghargaan kepada para peminat dengan melakukan satu hal yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa.

Tindakan beliau itu jelas sekali akan sangat menggembirakan para peminat dan tentunya ia akan kekal dalam ingatan para peminat itu buat selama-lamanya.

Muller dilihat memanjat stands untuk pergi ke arah penonton sambil beliau turut membawa Piala liga bersamanya.

Beliau kemudiannya telah menyerahkan Piala tersebut kepada para peminat seterusnya membenarkan mereka untuk menjulang Piala tersebut.

Ia jelas sekali merupakan satu hal yang paling diimpikan oleh para peminat untuk berpeluang menjulang Piala yang dimenangi oleh kelab kesayangan mereka.

Impian mereka telah dir direalisasikan oleh pemain yang paling disayangi peminat dan jelas sekali Muller bakal dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Pemain berusia 32 tahun itu pada ketika ini sedang berunding dengan pihak kelab untuk melanjutkan kontraknya dengan pihak kelab berharap akan mampu mengekalkan beliau hingga musim 23/24 nanti.

Thomas Muller melakukan debutnya bersama kelab pada tahun 2008 yang lalu dengan beliau masih kekal beraksi bersama satu kelab sahaja sehingga ke hari ini.

Sepanjang karier gemilangnya, Muller berjaya membantu Bayern Munich menjulang 11 gelaran Bundesliga, dua gelaran Champions League dan banyak lagi Piala domestik lain.

Beliau turut berjaya membuat 414 penampilan bersama Bayern Munich dan turut menjaringkan 137 gol sepanjang tempoh tersebut.

Musim ini mereka dianggap sebagai calon kegemaran untuk menjuarai saingan Champions League, namun malangnya mereka tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas di tangan Villarreal.

Satu hal yang pasti, sikap terpuji Thomas Muller itu bakal menjadi satu hal yang akan terus diingati oleh para peminat, seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain paling disayangi di Allianz Arena.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  "Saya Punca MU Kalah" - Onana Bermuhasabah Secara Terbuka Selepas Dibolosi 10 Kali