Skill Tidak Masuk Akal Lagi Genius Xhaka Dianggap Kurang Ajar

Kereta kebal Arsenal, Granit Xhaka telah mempamerkan ultimate skill di aras tertinggi yang tidak masuk akal lagi genius ketika menentang Norwich City telah dianggap sebagai tindakan yang kurang ajar.

Arsenal telah menjadikan Norwich City sebagai karung tinju mereka di boxing day walaupun boxing day ini tiada langsung kaitan dengan sukan tinju walaupun secalit.

Dua gol Bukayo Saka dan masing-masing satu dari Kieran Tierney, Alexandre Lacazette dan Emile Smith-Rowe melengkapkan kemenangan 5-0 Arsenal dengan penuh bergaya.

Granit Xhaka tidak mencetak nama selaku penjaring namun ada detik yang menjadikan Xhaka menjadi perhatian ramai dalam perlawanan ini.

Pemain antarabangsa Switzerland itu mencuri perhatian ketika meraikan gol Bukayo Saka apabila secara bergurau senda penuh girang cuba menyepak pemain muda itu.

Detik paling diingati dari Granit Xhaka dalam perlawanan ini dan akan diingati sepanjang musim ini adalah selepas beliau dirasuk Ronaldinho dengan aksi joga bonito.

Arah gerakan Arsenal telah ditukar dari kanan ke kiri dengan hantaran menyeberangi padang mencari Xhaka yang bebas tanpa sebarang tekanan dan kawalan pihak lawan.

Ketika seperti mahu menerima bola secara normal, Xhaka telah dirasuk Ronaldinho dengan mempamerkan ultimate skill, menerima bola dengan bahagian belakang badan dengan sedikit putaran badan.

Bukan kaki atau dada atau kepala tetapi belakang badan sedara-sedari sekalian. Xhaka membuktikan beliau mempunyai skill yang hebat.

Sangat lancar skill Xhaka yang membuatkan ramai kagum dan mungkin menjerit โ€˜wow!โ€™ jika melihat perlawanan secara langsung.

Namun ada juga yang tidak dapat menikmati aksi hebat Xhaka itu dengan hati yang tenang dan menganggap tindakan Xhaka itu sebagai kurang ajar.

Kenapa kurang ajar? Kerana tidak menghormati Norwich City yang menjadi pasukan belasahan atau mungkin kerana beliau adalah Xhaka bukan Neymar, Ronaldinho, Messi atau Ronaldo.

Kepada mereka yang menganggap tindakan Xhaka kurang ajar dan tidak perlu mungkin mereka dengki. Tu ulimate skill fifa street kot.

Norwich City 0-5 Arsenal

Arsenal semakin garang apabila telah membelasah pasukan bawahan penuh bermasalah Norwich City dengan lima jaringan tanpa balas di hari perayaan Krismas. Tiada belas.

Marah sangat sebab tak dapat cuti raya ke Arsenal ni? Ke marah sebab Boxing day tidak meriah seperti selalu?

Sebelum perlawanan, Arsenal mengumumkan berita duka apabila mengesahkan tiga lagi pemain mereka Cedric Soares, Takehiro Tomiyasu dan Ainsley Maitland-Niles positif Coronavirus.

Ketiga-tiga pemain terpaksa terpaksa digugurkan dalam perlawanan Premier League menentang Norwich City kerana terpaksa menjalani proses pengasingan kendiri.

Sebelum ini Albert Sambi Lokonga, Pablo Mari dan Calum Chambers terlebih dahulu diuji positif.

Namun situasi ini seakan tidak memberi kesan kepada Arsenal untuk mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut selepas tewas kepada Manchester United dan Everton.

Bukayo Saka menjaringkan dua gol ketika Arsenal mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Norwich City di Carrow Road untuk memastikan kemenangan keempat berturut-turut Liga Perdana mereka.

Gol pembukaan awal permainan daripada Saka disusuli dengan jaringan Kieran Tierney sejurus sebelum rehat dimana The Gunners mendominasi permainan dari awal.

Arsenal memastikan kemenangan pada separuh masa kedua apabila Saka menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan ini, sebelum Alexandre Lacazette menjaringkan penalti.

Pemain gantian Emile Smith Rowe menambah jaringan pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya Arsenal.

Arsenal membuka jaringan hanya pada minit keenam selepas Martin Odegaard menghantar bola kepada Saka di sebelah kanan kotak, di mana pemain berusia 20 tahun itu menggunakan kaki kirinya dan mengarahkan penyudah leret ke sudut kiri bawah.

Ini merupakan gol ke-10 Saka di Premier League untuk Arsenal, menjadikan Saka pemain kedua termuda Arsenal melakukannya pada usia 20 tahun dan 112 hari, selepas Nicolas Anelka (19 tahun, 225 hari).

Pemain sayap comel itu telah pun menyamai jumlah lima gol liganya dari keseluruhan musim lalu.

The Gunners menggandakan kelebihan mereka sejurus sebelum rehat, dengan Odegaard mencipta bantuan gol kedua dalam perlawanan selepas menghantar bola membelah padang kepada Tierney di sebelah kiri lalu disempurnakan oleh bek kiri itu di bahagian bawah tiang kanan.

Saka menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-67, menewaskan Brandon Williams dengan mudah di luar kawasan dan merembat rendah melepasi hadangan Angus Gunn untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Lacazette menambah gol keempat pada minit ke-84 dari sepakan penalti selepas dia dikasari oleh Ozan Kabak di kawasan tersebut, sebelum Smith Rowe melengkapkan jaringan pada masa kecederaan dengan penyudah mudah selepas rembatan Nicolas Pepe ditepis ke laluannya.

Gol masa kecederaan Smith Rowe menjadikan pemain berusia 21 tahun pemain Arsenal kedua yang menjaringkan gol dalam tiga penampilan sebagai pemain gantian berturut-turut dalam Premier League, selepas Tomas Rosicky pada September 2009.

Kemenangan yang memberangsangkan itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta merapatkan jurang dengan Chelsea di tangga ketiga kepada tiga mata, Chelsea jika tiada aral melintang akan turun menentang Aston Villa.

Dalam empat perlawanan terakhir di Premier League, Arsenal telah menjaringkan 14 gol dan bolos tiga gol sahaja. Menakutkan bukan?

Arsenal bermula buruk di Premier League musim 2021/22 apabila mencatatkan kekalahan dalam tiga perlawanan awal dan selepas dibelasah Manchester City, Arsenal tidak lagi lemah dan lembik.

Kekalahan kepada Manchester City menjadi titik tolak kepada kebangkitan Arsenal apabila mencatatkan 14 kemenangan, 2 seri dan 3 kekalahan dalam 19 perlawanan di semua kejohanan mereka sertai.

Norwich: Gunn, Aarons, Kabak, Gibson, Williams, Dowell, Gilmour, McLean, Placheta, Pukki, Sargent.

Subs: Byram, Cantwell, Tzolis, Lees-Melou, Mumba, Giannoulis, McGovern, Idah.

Arsenal: Ramsdale, White, Holding, Gabriel, Tierney, Partey, Xhaka, Saka, Odegaard, Martinelli, Lacazette.

Subs: Patino, Leno, Smith Rowe, Pepe, Tavares, Pablo Mari, Sambi Lokonga, Elneny, Nketiah.

Referee: Graham Scott

BACA:ย  Tindakan Granit Xhaka Tolak Pakai Armband Cetus Kemarahan Penyokong Arsenal