Skuad Sepanyol Diberi Suntikan Vaksin Tiga Hari Sebelum Aksi Bertemu Croatia

Keseluruhan skuad kebangsaan Sepanyol telah menerima suntikan vaksin C0V-19 mereka tiga hari sebelum sepak mula saingan Euro 2020 bertemu Sweden.

Persiapan skuad Sepanyol menjelang aksi Euro 2020 ini sedikit terganggu ketika ketua pasukan, Sergio Busquets telah disahkan positif C0V-19.

Selepas bintang Barcelona itu menjalani sesi kuarantin, kontak rapat beliau, Diego LIorente pula menjalani saringan dan diarahkan untuk menjalani sesi kuarantin.

Skuad Kebangsaan Sepanyol juga terlepas aksi pemanas badan mereka bertemu Lithuania awal minggu lalu kerana kesemua mereka menjalani sesi kuarantin.

Sepanyol terpaksa menghantar skuad bawah 21 tahun mereka untuk turun beraksi dalam aksi perlawanan persahabatan tersebut.

Dan pihak FA telah memutuskan untuk memberikan vaksi kepada semua pemain dan skuad Sepanyol, dengan para pemain menerima suntikan pertama mereka di Central Defendse Hospital pada pagi semalam.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh persatuan bola sepak Sepanyol yang menyatakan:

“Tujuan utama pemberian vaksin ini adalah untuk melancarkan perjalanan skuad Sepanyol dalam saingan Euro 2020 ini dengan lebih selamat dan terjamin, disamping membolehkan skuad kebangsaan bersaing secara sama rata dengan pasukan lain yang sudah diimunisasi.”

Pengurus pasukan, Luis Enrique ketika ini berharap anak-anak buahnya tidak mengalami sebarang kesan sampingan dari pengambilan vaksin tersebut menjelang aksi perlawanan mereka bertemu Sweden.

Bercakap pada awal minggu ini, beliau telah menyatakan bahawa:

“Presiden persatuan bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales bertanya tentang kebarang kalian untuk mengambil Vaksin pada dua bulan lalu atau tak sampai, dengan cadangan untuk melengkapkan semuanya selepas senarai skuad dikeluarkan.”

“Sayang sekali, ia tidak berjaya. Kami terima itu, kami tidak mengeluh.”

“Saya sebenarnya mahu ia dilakukan ketika senarai itu dikeluarkan, seperti apa yang sudah dirancang. Kita semua tahu yang hal ini mungkin akan datangkan kesan sampingan.”

“Ia mungkin akan ada simptoms dan isu tertentu, dan jika ia berlaku, ia sangat teruk untuk seseorang yang mengalami gejala aneh selepas menerima vaksin.”

Busquets dan LIorente masing-masing telah kembali selepas disahkan negatif, ia membenarkan mereka untuk kembali menjalani sesi latihan bersama skuad.

Sepanyol juga telah mengumumkan yang tidak ada sebarang kes positif setakat ini dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Bercakap mengenai Busquets, Enrique mendedahkan bahawa:

“Ia bukanlah itu apa yang saya mahukan dari dia, saya akan menunggu dia. Saya akan tunggu mereka semua.”

Sweden sendiri mengalami masalah yang sama dengan dua pemain utama mereka, Dejan Kulusevski dan Mattias Svanberg masih disahkan positif.

BACA:  Kemerosotan Barcelona dan Real Madrid Punca Kesenduan Sepanyol?