Ole Gunnar Solskjaer mengajar Cristiano Ronaldo cara menghormati penyokong mereka yang datang ke halaman lawan untuk memberi sokongan padu kepada para pemain.
Beliau menghalang Ronaldo untuk terus masuk ke terowong selepas tamat perlawanan dan mengarahkan pemain terhebat kelab itu untuk pergi mengucapkan terima kasih kepada para penyokong.
Ia jelas sekali merupakan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh pengurus Manchester United itu, dalam mengajar anak-anak buahnya untuk menghormati dan menghargai peminat.
Ole Gunnar Solskjaer stopped Cristiano Ronaldo from storming down the tunnel at Leicester as Manchester United implode before gauntlet run of fixtures https://t.co/15DqoLUgZF pic.twitter.com/2mMknJ21Dz
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) October 16, 2021
Leicester City berjaya meleburkan rekod tidak terkalahkan United di halaman lawan selepas mereka cemerlang membelasah setan merah 4-2 di King Power Stadium malam semalam.
The Foxes berjaya membuktikan kemampuan sebenar mereka dalam perlawanan ini selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan pada babak kedua permainan.
Kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mencatatkan kemenangan dalam aksi pertama mereka selepas kembali dari rehat antarabangsa.
Leicester City dan Manchester United berdepan dengan kesukaran ketika minggu-minggu akhir sebelum rehat antarabangsa, dan aksi minggu ini tentunya menjadi medan untuk mereka kembali mendapatkan momentum kemenangan.
Ole Gunnar Solskjaer reportedly forced Cristiano Ronaldo to applaud the travelling Man United fans 😬 #MUFChttps://t.co/RlzuUdVCav
— talkSPORT (@talkSPORT) October 16, 2021
Pasukan pelawat berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding pasukan tuan rumah, namun mereka juga sebenarnya berada di bawah tekanan yang sangat tinggi.
Tekanan itu sepertinya semakin bertambah selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 4-2 dengan para pemain United jelas tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.
Jamie Vardy dan Patson Daka berjaya meledak gol di minit akhir perlawanan untuk mengesahkan kemenangan 4-2 Leicester selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.
Ia merupakan kekalahan pertama skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu dihalaman lawan sejak dari Januari tahun lalu.
Cristiano Ronaldo was stopped from storming down the tunnel after Manchester United’s 4-2 defeat to Leicester City by Ole Gunnar Solskjaer, who told the Portuguese talisman to applaud the away fans.
Ronaldo obliged and joined his team mates.
[Express] pic.twitter.com/hQKlcrJLnq
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) October 17, 2021
The Daily Express melaporkan yang Ronaldo sebenarnya mahu melakukan rutin kebiasaannya andai beliau berdepan dengan kekalahan, yang mana beliau akan segera kembali ke bilik persalinan sebaik wisel penamat dibunyikan.
Ronaldo dengan segera mahu bergerak masuk ke terowong, namun beliau dihalang oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.
Pengurus dari Norway itu menyuruh Ronaldo untuk pergi ke arah penonton dan mengucapkan terima kasih, agar mereka rasa dihargai.
Pemain berusia 36 tahun itu sebelum ini turut menunjukkan reaksi yang sama ketika bertemu Everton sebelum rehat antarabangsa, dengan beliau terus masuk ke terowong sebaik wisel penamat dibunyikan.
Ole Gunnar Solskjaer 'will NOT be sacked' even though Man United ‘look miles off’ Premier League title race #MUFChttps://t.co/vSbArLiLQG
— talkSPORT (@talkSPORT) October 16, 2021
Perlawanan ini sebenarnya sangat penting untuk Manchester United dalam mendapatkan rentak kemenangan memandangkan laluan mereka selepas ini agak sukar.
Setan merah selepas ini akan turun beraksi beraksi bertemu Atalanta dalam saingan Champions League, sebelum bertemu Liverpool dalam saingan Premier League.
Mungkin ramai yang merasakan masa depan Ole Gunnar Solskjaer semakin pudar selepas kekalahan bertemu Leicester, namun beliau sebenarnya langsung tidak merasakan tekanan tersebut.
Cristiano Ronaldo was stopped from storming down the tunnel after Manchester United’s 4-2 defeat to Leicester City by Ole Gunnar Solskjaer, who told the Portuguese talisman to applaud the away fans. Ronaldo obliged and joined his team mates.
[Express]— The United Stand (@UnitedStandMUFC) October 16, 2021
Manchester United sendiri masih percayakan Ole Gunnar Solskjaer untuk terus mengendalikan kelab dan membawa setan merah kembali ke tempat mereka yang selayaknya.
Adakah beliau mampu untuk berdepan dengan lawan yang sukar dalam beberapa perlawanan selepas ini? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: talkSPORT